BAB 7

Family Completed 13475

“Weh, lama lagi ke?” Johanna bersuara keletihan. Sudah puas satu bangunan kompleks itu dijelajahi, namun masih belum ada tanda-tanda bahawa Sofie akan berhenti berehat dalam masa terdekat.

“Weh, weh! Aku ada nama lah! Abah bagi aku nama Anna Safiyah tahu! Bukan ‘weh’!” Protes Sofie.

“Alahai, marah pulak dah. Sorry lah sayang. Ni, apa benda yang kau nak cari sebenarnya? Dah habis satu kompleks ni kita pusing. Satu, satu, butik kau dah masuk.”

“Alah, ikut aje lah. Aku tak jumpa lagi apa yang aku nak.” Sofie bersuara perlahan. Dia sendiri sebenarnya sudah keletihan. Namun, apa yang dicari masih belum juga dijumpai. Walaupun semua butik dia dah singgah, namun dia masih belum jumpa ciri-ciri pakaian yang kena dengan ‘selera’ nya.

“Kita rehat dulu lah. Aku penat la weh.” ‘Tak faham betul aku dengan Sofie ni! Apa benda entah yang dia cari. Bersemangat betul!’ Johanna merungut dalam hati.

Walaupun hatinya berasa sangat geram pada Sofie kerana mengheretnya ke kompleks itu, masih ada terselit rasa belas kasihan disitu. Johanna menghampiri Sofie. Dia mengeluarkan sapu tangan dari kocek lalu dikesat peluh yang menitis dari wajah dan leher Sofie. Sofie hanya tersenyum malu.

“Ha, nampak dah!” Tiba-tiba Sofie bersuara lantang. Butik yang dicarinya akhirnya telah berjaya ditemui. Dia menarik tangan Johanna lantas berlari ke arah butik tersebut.

“Weh, kau biar betul!? Butik ni yang kau nak pergi?” Johanna melopong.

“Yeszaa!” Sofie tersengih lebar kembali. Semangatnya yang hampir terbang tadi kini bangkit kembali. Dia meluru masuk ke dalam butik dan melihat baju-baju yang sudah lama menanti untuk bertemu si bakal pembeli dan pemakai.

Johanna masih lagi melopong. Dia hanya berdiri kaku di luar butik. Sepasang matanya yang bundar itu masih lagi memerhatikan papan tanda yang memaparkan nama butik tersebut. ‘Mbak Hendon Boutique’. Johanna mengesat-ngesat matanya, mana tahu kalau-kalau dia sedang bermimpi. Pipinya terasa kebas. Seperti dicubit sesuatu. Namun matanya masih tidak berganjak dari papan tanda tersebut.

“JO!!”

“Omak ekau molotup sup lotup! Anak itik terbang tinggi!” Johanna melatah. Dia merungut dadanya. Terasa bagaikan jantungnya hampir gugur ke lantai.

“Penat aku panggil. Cubit pun tak berkesan juga. Kau buat apa termenung kat luar ni? Jatuh cinta kat papan tanda tu ke? Dah, jom masuk dalam!” Sofie menarik tangan Johanna sekali lagi. Dia mengheret Johanna ke salah satu rak pakaian. Sepasang gaun berwarna biru muda dicapainya dari situ lalu ditayangkan pada Johanna.

“Apa pendapat kau? Lawa tak gaun ni?”

‘Lawaaanyaaa!! Kalau aku yang pakai mesti lagi lawa.’ Johanna menjawab, namun hanya dalam hatinya sahaja.

“Erm, not bad. Tapi, tak besar ke kalau kau pakai?” Johanna menjawab. Dia memandang gaun tersebut dan Sofie silih berganti. Fikirnya, tak sesuai kalau Sofie yang pakai. Sofie seorang yang rendah dan kecil. Sekiranya dia memakai gaun tersebut, pasti ukuran lengan baju tersebut besar jika dibandingkan dengan bahunya. Labuhnya juga pasti terlebih.

“Lah, ada ke aku cakap aku nak pakai? Aku pun tau gaun ni besar untuk aku.” Sofie tersengih.

“Dah tu, kau nak beli untuk siapa pula?” Johanna bengong seketika.

“Kau agak siapa?” Sengihan Sofie makin melebar.

Jo terdiam seketika. Otaknya ligat berfikir, namun tiada siapa yang terlintas di kepalanya. ‘Siapa? Tak kan lah…’

“Siapa??!” Hati Johanna berdebar kencang. Sofie tidak menjawab. Matanya hanya memandang Johanna dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, berulang kali. Johanna seperti dapat melihat dua buah tanduk yang tumbuh atas kepala Sofie.

“Oh no! No way, Sofie!” Johanna menggeleng laju. Dia cuba untuk lari dari situ. Namun kakinya terasa seperti digam di lantai marmar yang dipijaknya.

“Yes way, Jo! Baju ni aku pilih untuk kau. Sesuaiiii sangattt!!”

“Weh, tak nak la.”

“Alah Jo, boleh lah. Please..” Rayu Sofie.

Gulp! Johanna menelan air liurnya. Terasa payah sekali untuk ditelan. ‘Apa aku nak buat ni?’ Johanna gelisah. Hatinya berasa seperti ingin mencuba gaun tersebut, namun egonya menghalang. Mindanya menidakkan hatinya. Terasa seperti ada tembok tinggi yang menghalang dirinya dari mencuba gaun tersebut.

“Jo, cuba eh. Aku percaya, kau mesti lawa kalau pakai gaun ni. Mesti comel!”

‘Comel? Comel ke kalau aku pakai? Ahhh cuba je lah!’ Jeritan Johanna bergema di setiap rongga dalam hatinya.

“Aaa, tapi..”

“Tak ada tapi-tapi! Dah, pergi cuba cepat.” Buat kali ketiga, Sofie mengheret Johanna. Kali ini menuju ke bilik persalinan yang disediakan di dalam butik tersebut, khas buat para pelanggan yang ingin mencuba pakaian-pakaian yang dijual. Johanna hanya menurut, lalu masuk ke dalam bilik persalinan tersebut bersama gaun tadi.

Sementara menunggu Johanna menyalin pakaian, Sofie berjalan-jalan sekitar ruang butik itu. Diperhatinya dari satu sudut, ke satu sudut yang lain. ‘Nasib baik lah aku jumpa butik ni! Dah lah baju-bajunya lawa, murah pulak tu! Nasib baik Aunty Rahmah ada bagitahu hari tu.’

Sofie teringat kenangannya ketika membeli-belah bersama Aunty Rahmah, isteri Uncle Razman, merangkap ibu kepada Johanna. Kali pertama dia memasuki butik ini, responnya sama seperti Johanna tadi. Namun, hatinya cukup berpuas hati setelah dapat membeli dua pasang gaun labuh untuknya sendiri. Memang lawa! Memang berkualiti! Memang murah! Setelah itu, dia bertekad untuk membawa Johanna ke situ. Sekali dalam sepanjang hidupnya pun jadi lah.

“Jo! Kau dah siap salin belum?” Sofie menjerit dari luar pintu.

“Aa.. Kejap, kejap!” Johanna memberi respon dari dalam.

“Salin tahu! Kalau tak, aku robohkan pintu ni, aku bukak baju kau yang serba hitam tu nanti! Biar aku yang salinkan! Hahaha,” Sofie menggertak Johanna. Dia ketawa jahat.

“Yelah, yelah! Bagi aku lagi lima minit!” Johanna merengus kasar. Dia bergegas menyalin pakaiannya, takut sekiranya Sofie menceroboh masuk ke bilik persalinan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience