“Johanna. Dengar tak apa abah cakap?”
“Hah? Apa dia abah?”
“Astaghfirullah. Penat je abah membebel dari tadi.” Dato’ Razman mengeluh. Anaknya yang satu ini, memang degil. Susah untuk dibawa berbincang!
“Tak suruh pun abah membebel.” Johanna kembali menonton televisyen.
“Oh, melawan ye! Nah!” Dato’ Razman lekas-lekas mencapai ‘remote’ dan menutup televisyen. Kalau dia tidak melakukan sebegitu, anaknya itu tidak akan memberi perhatian kepada apa yang ingin diperkatakannya.
“Abah! Kenapa abah tutup?” Johanna melopong. Misinya untuk mengikuti siri-siri kartun kegemarannya terbengkalai sudah.
“Sebagai balasan sebab Jo dah pandai melawan!” Johanna menundukkan kepalanya. ‘Oh tidak! Abah dah marah! Habislah.. Doraemon ku.. Shinchan..’ Dato’ Razman hanya akan memanggil Johanna dengan panggilan Jo apabila dia sedang marah.
“Sorry, abah. Jo tak sengaja. Boleh Jo tengok TV balik?” Johanna masih menundukkan wajahnya.
“Tak boleh! Tunggu abah selesai cakap dengan Jo dulu.”
‘Habislah, lagi sepuluh minit Doraemon nak habis. Harap-harap abah tak membebel panjang.’ Johanna berdoa dalam hatinya.
“Dengar ni Johanna. Dua bulan lagi, abah akan hantar Jo dan Sofie ke Ireland. Kamu berdua akan sambung belajar di sana dalam jurusan pengurusan perniagaan, atau dalam erti lain, Business Management. Ada faham?”
“Faham..” Lemah jawapan yang keluar dari mulut Johanna. “Hah? Ireland?? Kenapa jauh sangat abah?” Johanna menjerit bagaikan baru tersedar dari mimpi.
“Sebab, kita sekeluarga akan berpindah ke sana untuk beberapa tahun.” Dato’ Razman tersenyum.
“Pindah? Tapi kenapa abah? Kejap, tadi abah kata abah hantar Jo sambung belajar dengan siapa?”
“Hisyh, tu lah! Kat mana entah dia letak telinga tu. Lain kali dengar betul-betul. Johanna, Johanna. Abah kata, abah akan hantar Jo dan Sofie. Kenal tak Sofie siapa?” Bebel Dato’ Razman lagi.
“Sofie? Siapa tu abah?” Johanna tidak tahu. Sungguh. Dia tidak kenal siapa Sofie.
“Astaghfirullah ‘al-azim. Johanna sayang, berapa dah umur kamu sekarang?” Dato’ Razman mengeluh.
“Err.. Lapan belas?” Johanna tahu maksud soalan abahnya itu. Nak kena perli lah tu.
“Hah! Dah lapan belas tahun kamu hidup pun, tak kenal siapa Sofie? Anna Sofiyah, saudara kamu, anak arwah Pak Long kamu. Lupa dah ke?”
“Oohh..” Johanna mengangguk, walaupun dalam hatinya masih tertanya-tanya akan kewujudan insan yang bernama Sofie itu.
“Walaupun kita akan berpindah, tapi kat sana nanti, abah nak kamu hidup berdikari. Jangan terlalu bergantung pada abah. Dan lagi satu, Sofie akan sentiasa bersama kamu. Kamu tu, jadi lah seorang yang bersosial sikit. Jangan asyik nak hidup dalam dunia kamu sendiri aje! Kalau boleh, anggap Sofie tu macam bestfriend kamu sendiri.” Johanna hanya mengangguk. Abahnya kalau dah bercakap a.k.a. membebel, macam peluru M16. Laju je melayang. Tak ada orang yang boleh berhentikan.
“Ingat, Sofie tu bukan macam kamu, Johanna. Dia ada asthma dan lelah yang agak serius. Jantung dia juga agak lemah. Abah bawa dia pergi sana pun sebab abah nak mengubati dia. Abah tak nak kamu berkasar dengan dia! Jangan menjerit-jerit pada dia! Faham?”
“Faham…” Kata-kata Dato’ Razman ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, sedikit pun tidak meninggalkan kesan di hati Johanna. ‘Abah, dah pukul tujuh setengah. Doraemon ku dah habis. Oh, Doraemon, ampunkan diriku.” Hati Johanna merintih.
“Dah masuk Maghrib. Kamu dah solat, Johanna?” Soal Dato’ Razman. Dia sering menitikberatkan soal agama dalam keluarganya. Dia tidak mahu keluarganya membesar tanpa didikan agama yang betul. Namun dia sendiri tidak mengerti akan anak bongsunya, Johanna. Entah di mana silapnya, dia sendiri tidak pasti.
“Mestilah belum, abah. Kan baru masuk waktu.”
“Dah, jom berjemaah!” Dato’ Razman bingkas bangkit dari sofa lalu menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.
“Hah? Shinchan!”
“Cepat, Johanna! Tak elok melambat-lambatkan waktu solat! Shinchan tu boleh tengok bila-bila. Hisyh! Dah umur 18 tahun pun tengok kartun lagi. Macam budak-budak!”
‘Huwaaaa!!’
***
“Jo, jom teman aku pergi shopping!” Sofie tersenyum riang. Hari ini, dia bercadang untuk mengubah gaya Johanna. Dia ingin mengajar Johanna supaya menjadi lebih ‘feminin’.
“Malas.” Ringkas Johanna menjawab.
“Alah, Jo, jom lah. Boring tau asyik belajar je setiap masa. Beku dah otak aku ni.” Sofie merungut. ‘Tak kira! Aku mesti bawa dia bersama-sama!’
“Pergi lah seorang! Aku malas lah.” Johanna berlalu ke katil lalu membaringkan badannya di atas tilam yang empuk. Dia mengambil bantal lalu menekup mukanya.
“Sebab aku tak mahu pergi seorang lah aku ajak kau.” Sofie merayu lagi.
“Uh-huh..”
“Jo. Kau dah janji dengan aku, kan? Kau dah janji kau sanggup buat apa yang aku suruh kan?” Gertak Sofie kali ini. Dia tak kira! Dia sudah geram.
“Yelah, yelah. Dah, tak payah buat muncung tu. Macam itik!” Johanna membaling bantal tadi ke muka Sofie namun sempat ditepis. Sofie sudah tak muncung, tetapi sebaliknya dia tersengih macam kerang busuk. Macamana rupa kerang busuk pun, dia tak tahu. Otaknya ligat merangka pelan untuk ‘mengenakan’ Johanna nanti.
Share this novel