BAB 5

Family Completed 13475

“Jo! Kau kena juga!”

“Tak nak!”

“Kena!”

“Tak nak!!”

“Aku akan paksa juga!”

“Tak nak!”

“Jo! Kau kena makan juga salad ni!”

“Tak mahu!!”

“Kena juga! Macamana nak tinggi kalau tak nak makan sayur?”

“Tak kira! Tak nak juga! Lagipun aku dah cukup tinggi dah! Kau tu je yang rendah!”

“Nanti kau tak sihat lah Jo! Sayur kan baik untuk kesihatan!” Sofie tidak mahu mengalah.

“Ah, tak kira! Selama ni aku sihat je. Kau yang makan sayur pun tak sihat, kan? Mitos!”

Sofie tersentak. Serentak itu, garfu yang dipegang terlepas dari tangannya. Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke dada. Nafasnya menjadi semakin berat.

Johanna terdiam. Dia jadi terkejut dan buntu dengan reaksi Sofie yang dilihatnya. Sofie rebah ke lantai. Johanna melihat Sofie seperti bersusah-payah untuk bernafas. Dia mendekati Sofie, lalu memangku kepala Sofie diatas ribanya.

“Weh, kau okey tak ni?” Johanna menepuk dahinya sendiri. ‘Bengong punya soalan! Dah nampak dengan mata kepala sendiri, lagi mahu tanya dia okey ke tak?’

“Weh, a..apa yang pa..patut aku buat?” Johanna semakin risau. Oleh sebab terlalu buntu, dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

“Jo.. Se..selamat tinggal, Jo..” Suara Sofie yang didengarinya terlalu perlahan. Johanna menjadi semakin tidak keruan.

“Weh, kau jangan mati sekarang..” Johanna hampir ingin menangis. Matanya berlinang. Tembok empangan air matanya boleh pecah bila-bila masa sahaja. Dia mendekatkan telinganya ke bibir Sofie supaya dapat mendengar suara Sofie dengan lebih jelas.

“Jo, ka..kau sayang aku?” Johanna mengangguk laju.

“Mestilah!” Nafas Sofie semakin berat. Dia semakin sukar untuk bernafas.

“Ka..kau sa..sanggup buat a..apa yang aku su..suruh?” Satu-satu perkataan dilontarkan dengan nada yang sangat perlahan.

“Sanggup! Aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau tak pergi sekarang!” Johanna menggenggam kedua-dua tangan Anna. Dia bertekad. Dia akan buat apa sahaja asalkan Sofie tak pergi dari sisinya.

Dia sedar, walaupun Sofie seorang yang ‘busybody’ dan suka menyibuk tentang hal dirinya, sedikit sebanyak Sofie telah memberi kesan dalam hidupnya. Semakin lama, Sofie semakin mengisi ruang dalam hatinya. Dia tidak mahu kehilangan Sofie. Tidak pada saat dan tika ini. Tidak pada waktu dia masih belum bersedia.

“Be..betul ni, Jo? Kau janji?” Soal Sofie lagi.

“Aku janji!” Jawab Johanna dengan penuh bersemangat.

“Kalau macam tu, kau kena makan salad tu, okey?” Sofie mengenyitkan matanya pada Johanna.

Johanna terkedu. Badan dan lidahnya kaku. Dia memerhatikan Sofie yang cuba untuk bangun. Pernafasan Sofie normal. Sofie tak lagi susah untuk bernafas. sofie okey. Maknanya? Tadi semua tu?

“Jo, jom makan! Nanti makanan sejuk, tak sedap pula.”

“ANNA SUFIYAH!! Kau tipu! Kau berlakon je tadi?” Johanna menjerit sekuat hatinya.

“Opss, kantoi! Aku saja je nak main-main. Tak sangka pula kau betul-betul percaya. Ada bakat jadi pelakon tak? Hihihi” Sofie menjelir lidahnya.

“Siot! Kau ni memang nak kena, kan? Meh sini kau! Biar aku luku-luku sikit kepala tu! Oh, berlakon eh? Nah, ambil ni!” Johanna menangkap Sofie lalu disekeh-sekehnya kepala Sofie.

“Adoi! Weh, sakit! Ampun, ampun!” Sofie menggosok-gosok kepalanya yang sedang menahan sakit.

“Padan muka! Siapa suruh kau main-main lagi?”

“Tapi kan, ada satu benda yang aku tak sangka. Sayang juga kau kat aku, kan?” Sofie tersenyum lebar sampai ke telinganya. Dia tergelak kecil melihat muka Johanna yang kini bertukar merah.

“Nah, ambil ni lagi! Dan lagi!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience