BAB 2

Family Completed 13475

“Sofie, Uncle nak buat satu permintaan, boleh?” Dato’ Razman memulakan bicara pada petang yang sunyi itu. Hanya bunyi ombak yang memecah pantai menjadi muzik latar bagi perbualan antara mereka berdua.

“Kenapa pula tak boleh Uncle? Setiap manusia kan berhak membuat permintaan.” Sofie melontarkan senyuman manis kepada bapa saudaranya itu.

“Boleh Sofie berjanji dengan Uncle, yang Sofie akan jadi ‘bestfriend forever’ Johanna? Boleh Sofie berjanji, untuk sentiasa di sisi Johanna, dalam susah atau senang, dan tak akan tinggalkan Johanna? Boleh Sofie janji dengan Uncle?” Dato’ Razman memandang tepat ke dalam sepasang anak mata milik Anna Sofiyah. Hanya keluarga rapat sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Sofie itu.

Sofie terkedu. Senyumannya mati serta-merta. Dia menelan air liur. ‘Apa makna Uncle Razman? Berjanji untuk sentiasa di sisi Jo? Berjanji teman setia selamanya? Ni dah macam buat perjanjian sehidup-semati je. Apa makna semua ni?’

“Uncle. Apa maksud Uncle? Sofie tak faham, Uncle.” Lambat Sofie memberi respon kepada permintaan bapa saudaranya itu.

“Sofie, tipulah kalau Sofie kata Sofie tak faham dengan permintaan Uncle. Uncle tahu Sofie faham apa yang Uncle perkatakan tadi. Sofie kan budak cerdik.” Dato’ Razman tersenyum manis. Tiba-tiba Anna teringatkan adik-beradiknya yang lain. Abang-abang dan kakaknya yang telah lama dia tidak berjumpa.

“Tapi, kenapa Sofie, Uncle? Kenapa tak Kak Ell? Amir ke, Naz ke? Kenapa mesti Sofie? Itu yang Sofie tak faham. Uncle tahu kan yang Sofie..”

“Syhh..” Sofie terdiam apabila jari telunjuk Uncle Razman mendarat di bibirnya. Sofie melihat bapa saudaranya itu menggelengkan kepalanya. Tangan Uncle Razman mula mendarat di tangannya, lalu jari-jemarinya diramas perlahan.

“Uncle tahu, sayang. Uncle tahu semuanya. Uncle tahu, Uncle tak salah pilih Sofie. You are the choosen one, sayang. Uncle tahu, Sofie mampu lakukannya. Lagipun, permintaan Uncle senang je kan, sayang? Just be there when she needs someone. Sofie pun dah kenal sangat Johanna tu macamana, bukan?

Uncle tak pilih Elliza, Amir dan Nazmin sebab mereka bukan sama umur dengan Johanna. Mereka tak akan dapat bersama-sama dengan Johanna selalu. Lagipun mereka dah dewasa. Lain lah macam Sofie. Sofie sebaya dengan Johanna, jadi bagi Uncle tak susah untuk Johanna bergaul nanti. Lagipun, Sofie kan anak buah kesayangan Uncle.” Dato’ Razman mengenyitkan mata kanannya. Anna menundukkan wajahnya ke bawah, memandang butiran-butiran pasir yang tidak terkira jumlahnya.

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapinya sayang. Pasal Sofie, Sofie jangan risau. Selagi hayat dikandung badan, selagi Uncle masih bernyawa, Uncle akan buat segala-galanya yang Uncle mampu untuk Sofie. Uncle dah anggap Sofie macam anak kandung Uncle sendiri. Boleh ya, sayang? Boleh Sofie tunaikan permintaan Uncle? Boleh Sofie berjanji dengan Uncle?” Rayu Dato’ Razman lagi.

Sofie melihat jauh ke dalam anak mata Dato’ Razman. Pandangannya kemudian beralih ke arah matahari yang kian terbenam di hadapan mereka. Dia gundah. Fikirannya bercelaru. ‘Arghh!!’ Hatinya menjerit dalam diam.

‘Tingginya harapan Uncle Razman terhadapku. Yakinnya dia bahawa aku tak akan mengecewakannya. Apa yang harus aku lakukan? Patutkah aku memberi janji?? Nak menolak permintaan tersebut, aku kasihankan Uncle Razman. Dia nampak sangat bersungguh-sungguh dan berharap. Lagipun, aku dah cukup terhutang budi dan nyawa dengannya. Sanggupkah aku menolak permintaannya yang satu ini? Aku juga menganggap Uncle Razman seperti bapaku sendiri. Namun, andai aku terima, mampukah aku untuk melaksanakannya? Dapatkah aku berada di sisi Jo sentiasa? Mampukah aku?’

Sofie mengeluh perlahan. Sedang dia buntu memikirkan apa yang harus dilakukan, dia teringat akan pesanan arwah ayahnya.

“Tiada manusia yang sempurna atas muka bumi ini. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hidup perlu selalu berganding bahu, bukan meruntuhkan satu sama lain. Tak luak pun kalau kita tolong orang dalam kesusahan, atau siapa-siapa yang memerlukan bantuan. Kita tolong apa yang termampu dan serahkan pada takdir. Allah lihat sejauh mana usaha kita.”

Akhirnya, Anna Safiyah tersenyum simpul. Dia menghadiahkan senyuman paling manis kepada Dato’ Razman. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

“Baiklah. Tak salah kalau Sofie cuba, bukan? Sofie akan tolong Uncle, tapi dengan syarat!” kini giliran Sofie pula mengenyitkan matanya.

“Anything for you, my dear!” balas Dato’ Razman. Dia tersenyum riang, menampakkan barisan giginya yang putih.

“Sofie tak nak Uncle pasang harapan yang tinggi sangat kat Sofie, memandangkan keadaan fizikal Sofie yang kurang sempurna ni bakal menjadi halangan besar.” Ucap Sofie.

“Kacang! Terima kasih sayang!” Dato’ Razman memetik jarinya. Mereka kembali menghayati panorama indah sambil ditemani melodi alunan ombak.

‘Jo, aku janji, selagi aku masih bernafas, aku akan jadi sahabat karib kau.’

“Sofie, kalau boleh, Sofie cuba ubah gaya penampilan Johanna tu sekali ye? Pretty please..”

“Hahh??!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience