CHAPTER 6

Romance Series 5808

*********
"Sayang,kita makan dekat sini ke?"suara Nur bertukar mengada-ngada.Kalau orang lain dengar,kena dah setepek budak ni.mengada-ngada tak kira tempat.Tu pun ada dari meja sebelah jeling-jeling pandang.

"Ye sayang.Nanti bila i dah kerja,I bawa you pergi makan kedai best-best"tangan nur diraih dan Zaid mengusapnya perlahan.Sayangnya pada Nur tak dapat dikira.Bagai rumpu yang berada di padang.Banyak sangat!

"You ni kan...kenapa kopak sangat ah.Tahu I study je dalam bilik tadi,tak payah ikut you keluar.Ingat nak bawa i makan hotel ke,apa ke.Ni warung mana la yang you bawa I ni.Tak suka la! I nak balik"Tangan Zaid yang memegang tangannya dileraikan.Kaki dibawa keluar dari Warung Pak Aji meninggalkan Zaid yang terpinga-pinga di meja makan.Kalau ikutkan perutnya,apa-apa makanan yang datang dilahapnya tapi disebabkan ego yang tinggi,ditinggalkan Zaid keseorangan.Sengaja nak suruh Zaid kejar,biar lelaki tu tahu macam mana nak hargai Nur yang menjadi kegilaan ramai ni.Ramai je orang yang nak try dia,ye la kan...tinggi macam model,badan langsing,muka cantik.Lelaki mana yang tak terpikat. Cuma nama je Nur,tapi asyik pilih jalan gelap je.

Nur memang main kayu tiga.Bukan kayu tiga lah,kayu lima.Couple dengan Zaid,tapi ramai je lalaki keliling pinggang.Kalau bosan dengan Zaid,pergi dekat Ammar,kalau bosan dengan Ammar pergi dekat Rayyan,kalau bosan dengan Rayyan,pergi dekat Farid.Semua lelaki dikebasnya.Setiap lelaki memang mempunyai keistimewaan sendiri,ada yang anak datuk,muka pan asia,macam-macam lagilah.Nur sendiri pun tak tahu kenapa dia nak hubungannya dengan Zaid ni istimewa berbanding lelaki-lelaki simpanannya.Mungkin sebab Zaid ada satu sifat yang lelaki simpananya tak ada.Ikhlas!Zaid memang ikhlas mencintainya,tapi disebabkan harta,semua tu dia tak nampak.

"Nur!..Nur!.Nak pergi mana?!"Zaid mengejarnya tapi tanpa sedar dia terlanggar seseorang.

"Ma..maaf cik.Saya tak sengaja"terus dibiarkan wanita yang dilanggar bersendirian mengutip barang yang telah terjatuh.Lengan Nur ditarik supaya berhenti.

"Ish you nak apa ni?! Sakitlah...lepas!"Nur menggosok lengannya yang tidak berlapik apa-apa.Bercinta dengan lelaki kaya,tapi baju tak cukup kain.Dah banyak kali Zaid tegur supaya berpakaian lebih sopan,semuannya dibiarkan aje.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

"Ok..ok.Kalau you nak balik,I hantar you balik.Janganlah macam ni.Malu tau tak orang nampak"

"Ooo,malu! Habistu you tak fikir pulak I punya malu.You fikir you punya malu je la.I ni lagi malu tau ada boyfriend yang pokai macam you ni.I ni punya la cantik tapi boyfriend sememeh macam you.Dah la I nak balik.Kalau you nak hantar I,baik cepat! kalau tak I order cab je!"ugut Nur.

"Okey,okey jap I pergi ambil kereta"Zaid terus menuju ke tempat parking kereta untuk mengambil keretanya.Sementara itu,Nur tersenyum sinis.

Haih lelaki....senang sangat kau ikut cakap aku.Bagai anjing mengikut cakap tuannya.Baguslah tu, kau sepatutnya pergi kutip tulang je,ikut je telunjuk aku ni.Kau tunggulah nanti bila aku tinggalkan kau.Mesti meroyan kan.So sad.

**********************************************
"Baby you pergi mana tadi?I tunggu you tau.I ingatkan you nak teman I lunch"rengek Ammar.Dia dah tahu Nur ni makwe orang,nak try jugak.Mula-mula memang terkejut sebab Nur tak reject dia,lama-lama dia tak kisah pun.Asalkan Nur layan dia dengan baik.

"Sorrylah sayang...I keluar dengan Sya tadi.Ni kan I dah datang dekat you"rambut Ammar diusap-usap.Mulalah Nur mengeluarkan suara menggodanya.Nak goda anak datuk kan...mestilah layanan first class dia kena bagi.Kalau setakat Zaid,memang tak lah dia nak buat macam ni.Asyik membebel je,laki dengan perempuan ada batas la,berdosa la.Macam ustaz.Malas dia nak dengar.

"You lapar tak?jom kita pergi makan"ajak Ammar.Nur mengangguk laju.Maklumlah,tadi masa Zaid ajak makan,dia taknak.

"Jomlah sayang.I lapar sangat ni....tadi masa keluar dengan Sya,I makan sikit je sebab I nak makan dengan you"kelentong lagi si Nur ni.

"Ok,ok jom"seraya dengan itu,mereka berdua bangun dari pondok yang terletak di taman berdekatan dengan universiti.

"You nak makan dengan mana?"tanya Ammar dengan penuh kelembutan.Tangan Nur diusap-usap.

"I ikut you je"

"Kalau ikut I,I makan you je"Ammar sengih

"Ish you ni"lengan Ammar ditampar perlahan

"Aduh...sakitlah sayang"Ammar mengusap lengannya

"You tu la,nak berseloroh tak kira tempat"kereta mereka bergerak menuju ke One Utama.

Mereka bergurau senda sambil berpimpin tangan tetapi ada sepasang mata yang memerhati.

"Sayang?"Zaid dan Nur bertaut mata

"You buat apa dekat sini Nur?! Siapa lelaki ni?!"api kemarahan Zaid mula membara.Selama ni dia ikut saje permintaan Nur sampai dia kena tipu hidup-hidup.

"Sayang,ni kawan I aje.tak ada apa-apa pun"Nur meleraikan tangannya dari pegangan Ammar.

"Kawan you?You kata I kawan you?sampai hati you.Selama ni you nak kan duit I je la?!"Ammar membentak.Terjungkit bahu Nur mendengar jerkahan Ammar.Buat drama pulak la diorang ni dekat tengah-tengah shopping mall.

"Tak sayang....aaahhhh I pening la"kepala Nur mula berserabut.Dia sendiri keliru untuk mempertahankan yang mana satu.Akhirnya Zaid mula bersuara.

"Dah Nur...we are over.I tak nak lagi kacau hidup you.You pergilah dengan lelaki ni"Zaid bijak mengawal keadaan meskipun dalam hatinya sudah menangis tersedu sedan.Zaid pergi meninggalkan Nur dan Ammar tetapi tangan Nur lebih pantas.

"Sayang,I am so sorry.I janji tak buat lagi"dia sangan mencintai lelaki ini disebab ketulusan hati Zaid.Lelaki-lelaki yang mendampingi dia selama ni tak ada semua keikhlasan tu.Zaid melepaskan pegangan Nur dilengannya.Laju langkah membawa diri sambil air mata berjuraian.Ini pertama kali dia menangis disebabkan perempuan.Perempuan yang tiada maruah,sanggup menduakan dia.Sakitnya hati bila dilakukan sebegini.Dia perlu bersendirian.

"Auch.."tanpa disedari,Zaid melanggar seorang perempuan tapi langkahnya tetap laju membawa diri.

**********
"Lepastu apa jadi nek?"

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience