Kring!!!!.... "Masuk kelas sekarang!, dari tadi lambat makan...borak-borak je lebih! " kuat suara pengawas perempuan dari kantin kedengaran. "Sorry la kak...kitaorang pergi jumpa cikgu tadi, tu yang lambat sikit " salah seorang daripada tiga orang murid itu menjawab. "Akak tak kisah korang nak pergi jumpa cikgu ke apa ke...tapi korang dah tahu korang lambat, kenape dari tadi korang borak- borak je lebih ?" lembut suara pengawas yang memakai tanda nama Hana itu bertanya. "Kau ni rilek ah... tak payah la nak melenting, cakap baik-baik sudah" sambung Hana sambil mengusap-usap belakang badan pengawas yang menjerit memarahi budak- budak yang terlewat. "Kau ni bagi sangat muka dekat dorang ni... tu yang semua naik kepala tu ! ". Terjungkit bahu Hana mendengar jerkahan rakannya. Aira pergi meninggalkan Hana yang masih terkejut di kantin."Apahal tu kak Hana? bendera jepun ke? " tanya salah seorang budak yang bernama Amin. "Entah...akak pon tak tahu. Dia memang macam tu lately ni... mentang-mentang penolong ketua pengawas, suka hati dia je nak jerkah-jerkah orang macam tu. Akak pon kadang-kadang terasa jugak, tapi nak buat macam mana....kawan kan" luah hati Hana kepada mereka. Lega la jugak dapat mengadu,walau dekat budak-budak yang tak faham sekali pun. Kalau nak mengadu kat member lain, takut ada yang salah sangka pulak. "Kesian akak,sabar je la kak...akak, boleh tak bagi kitaorang lima minit je? " tanya Amin. "Akak tak kisah, tapi kalau ada pengawas lain yang lalu... akak cau dulu la " jawab Hana dengan sengihan di bibir. 'Lawak la pulak kalau aku tinggalkan dorang kat sini sorang-sorang. Nanti kalau ada pengawas lalu, terkial-kial nak menjawab'."Please la kak" rayu Amin sambil buat muka nak minta pelempang. "Okaylah,lima minit je tau...START NOW!!!" serentak dengan itu mereka makan dengan lahapnya. "Akak pergi belakang jap tau..nak tengok kalau ada budak macam korang ni ha... lambat!". Amin hanya mencantumkan jari telunjuk dengan ibu jari yang membawa maksud okay. 'hailah budak...budak.Tak pasal-pasal aku yang bersekongkol dengan korang'
Selang tiga minit dari masa yang dijanjikan, Hana mendengar rakan Amin, iaitu Husin terbatuk -batuk. 'Apekehal la pulak budak-budak ni' gumam dalam hati sambil membawa langkah ke depan kantin. Alangkah terkejutnya dia melihat ketua pengawas berada di situ.' Aduh,kantoi la pulak...dah la yang datang mamat ustad ni. Kalau orang lain senang la aku nak kelentong...'."Apesal diorang tak balik kelas?", tanya ketua pengawas yang mencerunnya atas bawah. 'Banyak-banyak orang kau jugak ke mute girl ooiii..macam mana la aku nak cakap dengan kau ni mute girl'. "Aku..aku...'apasal pulak tak ada idea nak jawab apa ni...' "....dorang tolong cikgu tadi, tu yang rehat lambat" 'kelentong je la apa-apa pon, asal tak kantoi sudah'. "Betul ke?" soalan dialihkan kepada Amin and the gang. 'Tolonglah amin ooii....akak dah tolong kau ni'. "be..betul bang,ki..kitaorang tolong cikgu tadi, tu yang rehat lambat..." Amin memandang bawah sambil menjawab soalan yang diajukan oleh Ariq. "Apa pasal orang tanya, jawab pandang bawah? tak ada adab ke? atau ada buat kesalahan?"senyum sinis dihadiahkan kepada Amin kemudiannya kepada Hana. 'Aduh... Amin oiii,kan dia dah syak' Hana merenung simpati kepada Amin yang bakal menitiskan air mata kerana takut jika kalau dia akan diheret ke bilik disiplin. "Eh kau ni,tanya lebih-lebih pasal?.Kan dia dah kata yang diorang tolong cikgu, kau tak boleh husnuzon sikit ke?" panas Hana mendengar kata-kata sinis yang keluar dari mulut Ariq. 'Amboi..amboi...saje je dia nak tengok budak tu rasa bersalah kan...'. "Yang kau marah apasal?...kau bersekongkol sekali?". sengaja Ariq hendak mencurahkan minyak ke dalam api yang membara. "Suka hati kau je nak tuduh orang macam-macam kan...kau bukan pakcik ustad ke? tak boleh nak husnuzon sikit?" sindiran dihadiahkan kepada Ariq dengan kening terangkat sebelah. "Dah la, malas aku nak layan kau...Amin! jom masuk kelas dengan akak...tinggalkan pak ustad ni sorang,makin dilayan makin menjadi-jadi pulak perangai dia". serentak dengan itu kaki dibawa menuju ke kelas. "Hanal!" panggil Ariq dengan jeritan. 'Apasal pulak pak ustad ni'. " Nak apa!"kepala ditolehkan ke belakang menghadap Ariq yang sedang bercekak pinggang. "Cakap kat cikgu aku masuk lambat, ada hal". "Tak nak,kau cakap la sendiri! apasal pulak aku nak jadi wakil kau?!" 'suka hati dia je...ingat aku ni babu dia'. "Kalau kau tak nak bagitahu, aku repot disiplin pasal harini" senyuman sinis plus sarkastik dihadiahkan. 'Eiii suka hati dia je nk ugut-ugut orang' "Yela-yela..aku bagitahu.Janji kau senyap pasal kes harini sudah. Deal!".'Bagus pon mute girl'. "Okay..deal"..
HAII...NI CHAPTER FIRST DARI KH. HARAP KORANG ENJOY. MUNGKIN CHAPTER NI BOSAN SIKIT TAPI INSYAALLAH CHAPTER-CHAPTER AFTER THIS AKAN LEBIH FUN...BYE!!
Share this novel