CHAPTER 8

Romance Series 5808

Hana dan Asytar berjalan beriringan menuju ke belakang kantin.Sunyi sepi tanpa ada yang mahu memulakan perbualan.Nak harapkan Hana,memang taklah!Tiba-tiba Asytar memberhentikan langkah secara mengejut.Hampir terhantuk kepala Hana di belakang badan Asytar.Segera Asytar berpaling ke belakang.

“Kau okey ke?”Akhirnya suasana yang sunyi sepi dipecahkan dengan soalan daripada Asytar.

“Okey je”senyuman kecil terukir di bibir Hana.

“Kau memang selalu senyap eh?”

“Kenapa awak tanya macam tu?”pelik Hana mendengar soalan Asytar.

“Tak de lah,aku pelik.Aku tengok kawan-kawan kau tu tak berhenti bercakap,macam kepoci je”

“Eh mana ada diorang kepoci.Diorang just ambil berat tentang orang lain je.Boleh tak kalau saya nak tanya satu soalan”soalan yang sering menjadi buah mulut kelas 3 Diamond.Soalan yang sangat popular dan sampai sekarang persoalan tu masih belum terjawab.

“Go ahead”tanpa teragak-agak Asytar mebmeri keizinan.

“Betul ke awak anak datuk?kenapa awak masuk sekolah sini?”

“Mana satu yang aku kena jawab dulu?”soalan dibalas dengan soalan sambil sebelah kening diangkat.

“Eh sorry sorry.Ikut awak la nak jawab yang mana satu”dalam hati Hana dah sibuk memaki diri sendiri. ’Tu lah,gelojoh sangat’

“Aku bukan anak datuk,tapi Tan sri.Kenapa?salah ke kalau anak Tan Sri masuk sekolah ni?”Asytar tahu lambat laun soalan sebegini mesti akan diajukan kepada dirinya.Kadang-kadang dia terdengar soalan sebegini keluar dari mulut rakan-rakan sekelasnya.Tak sangka pulak dalam ramai-ramai orang,Hana yang akan tanya.

“Eh,jangan salah sangka.Kami Cuma tertanya-tanya,sebelum ni kan awak international school,kenapa tiba-tiba pindah sekolah?kalau nak dibandingkan international school dengan sekolah ni,memang macam langit dengan bumi la”

“Saje.Mungkin korang semua fikir yang international school tu seronok,tapi sebenarnya biasa-biasa je.Aku just nak rasa macam mana sekolah dekat sekolah kerajaan.That’s it”Asytar memndang Hana yang rasanya sedang menghadam setiap perkataan yang dia kata.Memang orang akan kata dia gila or tak reti bersyukur,tapi itulah kenyataanya.Cuba untuk merasa kehidupan orang biasa walaupun cara hidup dia seratus kali berbeza daripada orang lain.Mungkin sesetengah orang fikir seronok hidup dalam kemewahan,tapi sebagai seorang remaja yang telah dididik dengan cara untuk tidak berlagak atau sombong dengan harta atau pangkat yang family ada,itu semua sudah biasa bagi dia.Lagipun,family dia selalu berpesan bahawa harta ni hanya pinjaman daripada Allah,bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik.

“Awak jangan fikir pulak yang saya ni busy body ke apa.Saya just nak tahu je,sebab tak pernah lagi ada anak orang berada masuk sekolah macam ni..”

“Aku tahu korang semua pelik kan?tapi tak ada sebab lain pun.Mama dengan Abah aku pun okey je”rancak berborak,tak sedar yang mereka sudah tiba di belakang kantin.

“Awak kutip botol mineral je,biar saya kutip tin”lantas mereka mengutip tin kosong dan botol air mineral yang terdapat di belakang kantin.Betul kata Tania,sini banyak sangat barang yang boleh dikitar semula bahana sini tempat budak-budak selalu lepak apabila tiba waktu rehat.tengah sibuk mengutip tin,tiba-tiba ada seorang budak melanggarnya sehingga tin kosong yang terbelah dua tertoreh ke telapak tangan.Dia sendiri pun tak tahu macam mana tin itu telah dibelah dua.

“Auch...”Hana menjerit kecil.Asytar mengangkat muka daripada mengutip botol mineral yang terdapat di tepi longkang apabila terdengar seseorang mengerang kesakitan.Laju kaki dibawa dan tangan Hana terus diraih.

“Kenapa dengan tangan kau?Kau okey ke?Sakit tak?”Hana tergelak kecil mendengar soalan yang bertubi-tubi keluar daripada mulut Asytar.

“Kenapa kau gelak?”rasnya tangan yang sakit,bukan otak.

“Taklah,tadi awak marah saya sebab tanya soalan sekaligus.Padahal awak pun sama”Hana senyum.

“Aku terkejut.Ye lah,kau tengok tangan kau ni,macam mandi darah.Macam mana boleh jadi macam ni?”baru Hana hendak menjawab tiba-tiba Amin datang dari belakang.

“Eh kak Hana.Kenapa dengan tangan akak tu?Darah!”Amin segera menutup matanya dengan kedua belah tangan.Ngeri!

“Amin?Dari mana awak datang?”berkerut-kerut dahi Hana melihat Amin berada di sini.Jam di tangan dijeling.Baru pukul 10,sepatutnya murid-murid petang hadir pada pukul 12.

“Saya datang awal la kak.Boring duduk rumah.Eh,akak ada nampak Husin tak?dia bawa lari kasut saya” Amin menjawab dengan tangan yang masih menutup kedua belah mata.

“Oooo...Husin la yang langgar akak ye”terkejut Amin.Tangan yang menutup mata dijatuhkan lalu memandang tepat ke muka Hana.

“Hah!Husin langgar akak?Siap kau Husin,langgar akak kesayangan aku”Amin beredar dari situ untuk mencari Husin.Asytar mengangkat double jerk.Hana hanya menggeleng kecil.Dia tahu soalan yang bermain di kepala Asytar.

“Kau kena cuci luka ni.Jomlah kita naik kelas”Asytar melihat plastik yang berisi barang-barang kitar semula.Rasanya dah banyak ni...

“Eh,barang-barang ni dah cukup ke?”

“Okeylah tu.Kalau tak cukup,nanti aku pergi cari lagi”tanpa menunggu jawapan Hana,Asytar segera membuka langkah.

“Eh..”Hana mengejar Asytar yang sudah jauh ke depan.

“Hana,Asy...lamanya korang”Tania menyambut mereka di muka pintu.Melihatkan rakan-rakannya yang lain sudah berada di kelas,Hana tahu dia yang terakhir.Bulat mata Tania melihat tangan Hana yang sudah bermandi darah.

“Hana!pahal tangan kau ni?”Tania mejerit.Semua kepala yang berada di dalam kelas berpaling kepadanya.Cikgu Faezah datang kepada Hana dengan riak wajah yang risau.

“Hana,kenapa dengan tangan awak?”

“Saya tertoreh tangan cikgu”teragak-agak Hana menjawab.Dia taknak buat Cikgu Faezah risau kerana rasanya tak ada apa-apa pun.Nanti basuh lepastu letak minyak.Okeylah tu.

“Tertoreh?!Tania,awak pergi teman Hana pergi tandas cuci luka tu”Cikgu Faezah mengeluarkan arahan.Nak taknak kenalah ikut.

“Baik cikgu”tangan Hana yang tidak luka ditarik supaya keluar.

“Cuba kau cerita dekat aku kenapa tangan kau ni sebenarnya”Tania bertanya apabila melihatkan tangan Hana.Macam manalah kawan dia ni boleh tenang je dengan tangan yang bermandi darah.Tak sakit ke?

“Masa aku tengah kutip tin tadi,ada budak langgar aku dari belakang.Nak nak tin yang aku pegang tu terbelah dua.Aku pun tak tahu macam mana tin tu boleh terbelah dua.Agaknya ada murid buat projek ke pastu dia baling tin tu dekat situ”terang Hana dengan panjang lebar.

“Ya Allah...kau ni kan,cuba hati-hati sikit.Terkejut aku bila tengok tangan kau tu”Hana gelak.Memang kalau orang tangan dia ni,automatik terkejut.Agak serius jugaklah luka dekat tangan dia ni.

“Kak Hana!kebetulan jumpa akak dekat sini,saya memang nak cari akak pun tadi.Nak bagi ni”plaster dihulurkan ke Hana.

“Terima kasih.Dah awak pergi duduk elok-elok dekat foyer tu,jangan nak berlari-lari.Nanti kalau langgar orang lain macam mana”

“Maaf kak.Sebab saya dengan Husin,akak yang kena”Amin tunduk.Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

“Tak apelah,benda dah nak jadi.Akak okey je ni,tak ada apa-apa pun”Hana memandang Husin yang tunduk melihat lantai.Haih,kesian budak ni.Sebab kawan dia,dia pulak yang susah-susah.

“Oh akak!siapa abang hensem yang pegang tangan akak tadi eh?”teringatkan masa dia terjumpa Hana di belakang kantin,Hana bersama dengan seorang lelaki.Nak tanya,tapi kalut pulak lepas tengok darah mengalir dari tangan Hana.Amin melihat muka Hana yang berubah merah dan Tania yang terpinga-pinga,sah dia terbocor rahsia.

“Siapa yang pegang tangan kau Hana?”laju soalan cepu mas luncur dari mulu Tania.Hana memandang Amin dan menjegilkan matanya.Kantoi dah!

BERSAMBUNG

AWAL SIKIT CHAPTER NII.ENJOY!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience