BUNYI ketukan pintu didengari dari dalam bilik disiplin."Masuk!"
"Assalammualaikum cikgu,ada apa ye nak jumpa saya?"suara Hana lantas kedengaran apabila memasuki bilik disiplin tersebut.
"Hah kau.Kau ni memang tak ada maruah diri eh?Selamba kau je nak buat kerja terkutuk ni kat sekolah!.Sama je perangai kau macam mak kau.Gatal!"rasa macam bergegar sekolah apabila mendengar jerkahan Cikgu Nor.tiba -tiba je,tak ada angin tak ada ribut nak tengking orang.Cikgu Nor mengeluarkan telefon bimbit dia dari dalam handbag.
"Cikgu,saya bukan nak biadap tapi nama arwah mak saya cikgu jangan sebut.Saya tak kisah cikgu nak maki hamun saya ke,pukul saya ke.Tapi saya memang pantang kalau nama arwah mak saya disebut.Cikgu ingat tu."berderau jantung Hana.Rindunya pada kedua orang tuanya masih lagi tidak terubat walaupun sudah 6 tahun mereka kembali kepada pencipta yang esa.
"Oh kau,menjawab!.Ni la contoh perangai budak yang tak cukup kasih sayang.Nenek kau tak ajar ke jangan tinggikan suara dengan orang tua,hah!"telefon bimbit Cikgu Nor lantas diletakkan dia atas meja kerjanya. Rakaman video dimainkan.Kelihatan Hana dan Firdaus berduan di bawah pokok yang berada di padang.
'Patut lah bengang sangat,boyfriend anak dia rupanya'bisik suara hati Hana."Apa yang cikgu tengok tu tak betul.siapa yang bagi cikgu video ni?Eva?"kalau betul la si Eva,maunya dicekik-cekiknya budak tu.Suka hati je tabur fitnah.Baik bunuh je aku terus,kan senang.Lepas ni tak ada orang dah kau nak lepas geram.
"Kau jangan nak tuduh anak aku macam-macam eh.Perangai yang tak semenggah,suka hati je petik nama anak aku!Mana kawan-kawan kau tu?diorang pun bersekongkol sekali kan?!"Cikgu Nor menonjol kepala Hana untuk melihat pintu masuk bilik disiplin kalau-kalau rakan-rakan Hana telah sampai.
"Diorang pergi solat cikgu.Kalau sebab ni la cikgu panggil kitaorang semua,baik tak payah.Saya boleh jelaskan semuanya.First,saya dengan Firdaus tak ada hubungan apa-apa pun.Second,ni semua fitnah je cikgu.Saya masih waras lagi nak buat perkara terkutuk macam ni dekat sekolah.Masa tu kawan-kawan saya pergi kantin,kalau cikgu tengok video tu betul-betul,ada orang lain dekat padang tu.Kitaorang tak buat apa-apa pun cikgu.Dia just tanya saya kerja yang Cikgu Sanisah bagi dalam kelas semalam je".
Maklumlah kerja yang Cikgu Sanisah bagi tu kena siap dalam 1 hari je.Semua macam lipas kudung siapkan kerja tu.Mereka pun dah tahu cikgu nak harini,malam semalam tak nak buat.Semua dok tengok phone.Yang perempuan sibuk bergelek-gelek dekat tiktok,yang lelaki main game PUBG la,ML la.Kalau ikutkan hati dia yang jahat ni,tak nak dia ajar siapa-siapa.Biar je semua kena jalan itik satu kelas.Padan muka!.Tapi sebab semalam cikgu Sanisah dah bagi amanat suruh dia tengok-tengokkan semua orang.Nak tak nak,kena tolong juga lah.
"Dah la kau.Keluar!" telefon cikgu Nor yang diletakkan di atas meja diambil kembali."Buang masa aku je si Eva ni,dah la aku nak layan lagi 2 episod Kdrama ni" walaupun suara cikgu Nor sayup-sayup kedengaran,tapi Hana dapat dengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Cikgu Nor.
'Eva...Eva.Kenapalah kau nak cari pasal dengan aku.Aku tak pernah pun kacau hidup kau'.Hana menggeleng perlahan.Cepat kakinya membawa laangkah untuk meninggalkan bilik disiplin itu.Tepat sahaja dia menjejak kaki ke luar,bahunya dirempuh oleh seseorang.
"Lain kali jalan pandang depan boleh tak!".Suara itu familiar.Sangat-sangat familiar.Hana mengangkat mukanya untuk melihat manusia yang tengah berdiri di hadapannya.Eva!.Eva yang tengah menangis.'Apahal la pulak minah ni.Patutnya aku yang menangis sebab kena fitnah macam-macam.Ni dia la pulak.'Dahi Hana berkerut melihat Eva yang tengah menangis sambil menuju ke meja Cikgu Nor yang terletak di hujung bilik disiplin.
**********************************************************************************************************************
"WEI korang!"seraya empat tiga kepala diangkat melihat pemilik suara itu."Korang tahu tak yang Eva dah breakup dengan Fir?"belum sempat mereka berempat menjawab, Tania meneruskan percakapannya."Aku macam pelik gila tau...ye la kan,diorang dah relay 2 tahun kot.Kalau nampak Eva,mesti nampak Fir.Kalau nampak Fir, mesti nampak Eva.Dah macam belangkas dah dua ekor tu.Tetiba je aku dengar dah breakup."
"Mana kau tahu,Nia?" soal Amanda kehairanan."Adibah bagitahu aku,aku pun terkejut gilerr"dengan mimik muka Tania menjawab."Tapi....thats not a main topic yang aku nak share kat korang.Ce teka apa?"tiga yang lain sibuk memikirkan jawapan kecuali Hana yang sedang ralit membaca buku sambil memasang earphone di telinganya."Hana!"jerkah Tania.
"O ku putih.ku putih barulah putih" serentak dengan itu yang lain sudah pecah tawa mereka."Kau ni kenapa Hana?mengelamun semacam je...tak nak share ke?"
"Tak ada pape la..kau kenapa? tiba-tiba je jerkah aku.Terkejut tau"Hana mengurut dadanya perlahan. Kalau Tania jerat dekat telinganya,mau pekak dia."Aku cakap tadi kau dengar tak?".Hana mengangkat kening sebelah. "Ish kau ni kan...aku kata yang Eva dengan Fir dah breakup.Kau tahu tak?"
"Kau baru tahu ke?"soalan dibalas dengan soalan."Kau ni kan...aku tanya kau,kau tanya aku balik...Ye cik Hana,aku baru tahu.Kau dah tahu lama ke?"pelik betul si Hana ni.Selalu dia yang macam katak bawah tempurung.Asyik tertinggal bas je."Dah lama aku tahu...just aku tak nak bagitahu korang je"dengan selambanya Hana menjawab. Amanda menepuk belakang Hana."Aduh...sakitlah Am.Kau pahal,tadi Nia sekarang kau pulak.Korang ni dah kenapa?"soalan diajukan kepada mereka berempat."Kau la yang kenapa.Apa pasal kau tak nak share dengan kitaorang?"serentak mereka berempat menjawab.Setelah itu,semua berdekah-dekah ketawa.Ada yang menekan-nekan perut.Aduh la hai.Memang sehati sejiwa ni.
"Sebab ada kaitan dengan aku.Korang ingat tak haritu yang cikgu Nor panggil kita semua masuk bilik disiplin?"muka Hana terus berubah keruh."Ingat...pastu?"Tania menjawab."Masa kes bawah pokok tu,betul Fir ada tanya dekat aku question yang dia tak tahu...tapi dia ada kata something dekat aku and aku rasa tu punca Eva dengan Fir breakup."
"Dia kata apa kat kau,Hana?.Benda tak senonoh ke?.Kau nak aku jumpa dia?"bertubi-tubi soalan diajukan daripada empat ketuls kepada Hana."Tak payalah.Over gila korang.Dia kata....
BERSAMBUNG
APA LA YANG FIR KATA DEKAT HANA TU KAN...STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER. BYE!!
Share this novel