"SUKA kau?!!!"melopong mereka berempat.Kalau lalat masuk tu,naya je.
"Ye...dia kata dia suka aku.Aku tak tahulah geng,tiba-tiba je dia dtg kat aku kata yang dia suka aku."debaran di dada hanya Allah yang tahu.Dia tak nak digelar perampas,lagi-lagi dengan si Eva tu.Walaupun Fir tu cuma boyfriend dia je, tapi Eva tu memang dah sayang Fir tu sangat-sangat.Kalau jadi suami nanti,lagaknya boleh mati meroyan.Kalau Eva tahu yang Fir suka dia....memang kena ponteng sekolah berhari-hari lah.Kasi sejuk sikit walaupun nanti kena sembur jugak. Nanti ada je tak kena pasal dia.Tak bertugas masa rehat la,ponteng kelas la.Dia ingat dia anak guru disiplin suka-suka hati dia je nak buat ni macam sekolah ni bapak dia punya.Tak pasal-pasal nanti asyik cikgu mengumpat yang dia ni asyik masuk bilik disiplin aje.
"Habistu kau kata apa?Diam je ke?"Aira memandang Hana semacam.DIa tahu Hana tengah stress,sebab tu dia tak nak buka cerita sebelum ni.Ye....memang diorang berempat nampak Fir ada datang dekat Hana time diorang buat study group haritu.
"Itulah masalahnya.Aku tak bagi kata putus lagi...."
"Maksud kau?Kau nak terima dia?"terkejut Elisa mendengar kata-kata Hana.Mananya tak terkejut kalau Hana terima Fir,memang tercetus peranglah antara Hana dan Eva.Haritu Ukraine dengan Rusia,tapi sekarang Hana dengan Eva. Dia tak sanggup nak tengok bestfriend dia menderita.Semua orang tahu Eva memang manja sebab dia anak tunggal.Elisa harap Hana fikir masak-masak sebelum buat keputusan.
"Bukanlah...kau gile ke apa aku nak terima dia.Aku just nak susun ayat nak reject dia nanti.Tapi aku rasa insecure la kalau aku reject dia.Korang tahu la kan,Fir tu banyak konco-konco dia.But the way,aku ada benda nak bagitahu korang...make sure korang jangan makan la eh.nanti tercekik pulak"senyuman kecil terukir di bibir Hana.Dia cuba untuk melupakan segala resah gelisah yang menghantui dirinya dan memang dah tiba masanyauntuk bagitahu yang lain
"Apa?"mereka berempat bertanya dengan dahi berkerut.'Ish si Hana ni,buat saspenlah la pulak' gumam mereka bermepat dalam hati.
"A..aku..aku...suka orang lain lah geng"muka Hana mula merah apabila mengatakan bait-bait ayat itu.Dah lama dia mennyimpan rahsia ini dari rakan-rakannya.
"Hah!! kau suka orang!? Tak percaya aku Hana yang hati sekeras batu ni fall in love with someone. Kau biar betul Hana?"tempelak Amanda.
"Betullah geng. Aku takut la...aku tak pernah ada feeling cenggini sebelum ni."
"Kau takut kena reject?"kening sebelah diangkat oleh Amanda. Seraya dengan itu,Elisa menepuk belakang badan Amanda."Orang tengah stress hang boleh pulak keluar kan ayat-ayat pedih camtu"
"Sorry...sorry. Aku cuma tak nak kau fikirkan pasal jawapan orang yang kau suka tu.Kau rileks jer.Kau kan Hana yang hebat,impossibble la kalau orang reject kau.Kan?"
"Kau sure ke Am?aku takut la...Korang kan ada pengalaman,ada apa-apa advise tak untuk aku?Macam...apa next step yang perlu aku buat?"
"Kau confess je lah Na...sape yang kau suka tu?kitorang nak tahu gak taste kau"
"Aku malu la...."merah padma dah muka Hana.Nak bagitahu klu ke bagitahu nama terus? Persoalan yang bermain dia minda akhirnya terpadam terus apabila Elisa bersuara.
"Susah sangat,kau tak payah bagitahu,biar aku teka"bab-bab teka meneka ni bagi semuanya kat Elisa.Hampir separuh tekkannya sebelum ni tepat.
"Ariq?"
"Tet"
"Is?"
"Tet"
"Faiz cringe?"nama Faiz cringe ni memang dah melekat pada Faiz sebab,bila perempuan cakap dengan lelaki sama ada pasal kerja ke or benda lain,dia mesti akan kata cringe.Tak tahulah dia fikir apa.Semua classmate syak yang otak si Faiz ni mesti kuning.
"Ko gile ke?Baru aku nak kata asalammualaikum,nanti dia kata cringe.Tokseh aku"
"Haha...sorry..sorry.Habistu sape ni?penatlah aku"
"Aik elis....bukan kau hebat ke bab-bab mcm ni?"perli Aira dengan double jerk
"Penatlah aku. Hana kau tu suka sape pulak?.Takkanlah alien kot?cuba kau bagi klu sikit"jenuh otaknya memikir.Haih si Hana ni.Siapa la orang yang bertuah tu.
"Small klu or big klu?"
"Semi la...taknak klu senang sangat or susah sangat.Kalau klu senang,jatuhlah maruah aku.Dah tak boleh panggil queen of riddle."
"Ye la queen of riddle.Klu yang mungkin semi bagi aku tapi aku tak tahu la bagi kau ni senang ke tak.Queen of riddle la kan...New "
"Kau tak habis-habis nak sindir aku kan Na oi...Apa yang new?Klu kau ke?"sebelah kening diangkat.New?Baru?Apa yang baru ni Hana oii.Feeling baru?Baju baru?Budak baru?.Eh..budak baru?
"Kau jangan cakap kat aku budak baru kelas kita tu,Hana.Budak baru setahu aku ada budak taiko tu je.Kau biar betol?"Aira menyampuk.Selama ni dia memang nampak Hana asyik pandang-pandang je budak taiko tu.Aira tak adalah syak apa-apa. Mungkin Hana pandang bersebab la kan.Husnuzon je la.Lagipun diorang kan pengawas,memang macam-macam budaklah diorang kenal.tapi tak sangka rupa-rupanya diam-diam ubi berisi si Hana ni.Dia pun tak tahu la Hana ni kes cinta pandang pertama ke apa.Kalau ye la kan.....memang x padan lansung.Hana dah kepala batu campur dengan si taiko tu.Dari tadi asyik sebut taiko je.Sape nama dia ek?
Terbit senyum kecil di bibir Hana.Sah memang betul ni!Haru la nanti...
"Betol la tu Aira....korang semua mesti tak percaya kan?ye la,bagi korang dia tu datang dari sekolah entah mana-mana.Dengar-dengar awek keliling pinggang kan?"memang dia tak nak bagitahu siapa-siapa lagi.Belum ready.Kena buat macam preparation untuk menghadapi segala kata-kata yang akan keluar dari mulut dorang ni.
"Ish gila la..."
"Tak mungkin...."
"Aku tak percaya.."
"Dia prank kita kot..."
Hana geleng kecil.Dia tahu sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah.Samalah macam kes dia ni.Berapa lama pun dia sorokkan,lama-lama kawan-kawan dia akan tahu jugak.Itu sebab harini dia terus terang dekat rakan-rakannya .Dia sendiri tak tahu macam mana boleh wujud perasaan suka tu.Berbalas cakap pun tak pernah.Selalunya kalau terserempak,dia akan suruh geng dia or pengawas lain yang settlekan.Maklumlah kalau terjumpa mesti time budak tu buat salah.Dah heboh satu sekolah.Budak baru 1st day dah buat hal.Mana taknya heboh,hampir menangis weii pengawas lelaki time tegur dia.Lelaki weiii!!...lelaki!!.Walaupun tak ada tumbuk menumbuk,sepak menyepak.Setahu dia,budak baru tu cuma cakap je.Ye la kan...kekadang kata-kata tu lebih tajam daripada pisau.Tengok gaya macam orang berada.Kalau orang berada,macam mana lah boleh lepas dekat sekolah kerajaan.Patutnya mak bapak dia masukkan dekat sekolah swasta.Senang la nak buat kerja jahanam-jahanam pergi tanam dia tu.Tak ada orang nak marah.
*********************************************************************************************************
"Masuk,masuk weii..."
"Ha,serang-serang dekat situ.."
"Cepatlah,aku nak mati dah ni..."
"Ala...tengok dah kalah"serentak tiga orang remaja lelaki mengeluh
"Asy..Asy!!.Mana kau?!!"Ghaly menjerit di sebelah sana.
"Asy!!!!"Iffat pula menjerit.Mana pulak la si Asytar ni...
"Ha?!ke..kenapa?menang ke kita?"Asytar akhirnya bersuara.Jauh dia mengelamun tadi.Sedar-sedar Iffat dengan Ghaly tengah menjerit.
"Kau dah kenapa,Asy?kau ok tak...walaupun aku tak nampak muka kau tapi aku tahu kau tengah mengelamun kan?"Ghaly bertanya.Sebab si Asy ni la, dorang semua kalah.
"Mana ada...aku ok jer.Korang pahal jerit-jerit.Nanti mama aku datang kang dia marah.Penat aku pujuk dia tau...korang tahu-tahu je la mama aku cam mana.Nak suruh aku belajar je 24/7.Karang aku mati sebab otak dah tepu baru tahu"setelah pelbagai cara Asytar memujuk Puan Sri Soffiya,akhirnya mama dia izinkan.Naik rimas dah mamanya.Asyik tanya nak urut kaki ke,nak teman pergi shopping ke,nak masakkan ke.
"Kau jangan tipu kitaorang la Asy...Kitaorang kenal kau sejak tadika kot.Agak-agaklah kau,kau kenapa sebenarnya?"Khalis tahu yang Asytar ni kena tanya elok-elok.Kalau tak, sampai ke sudah semua orang tak tahu.Asytar telah dididik dengan baik oleh keluarganya.Walaupun dekat sekolah perangai macam nauzubillah.
"Aku rasa macam ada orang tengah sebut pasal aku la..."memang tu faktor utama dia mengelamun.Tengah sibuk tekan tetikus tetiba rasa lain macam.Tahu-tahu Iffat dengan Ghaly menjerit-jerit nama dia berkali-kali macam ada rumah orang terbakar nak selamatkan diri.
BERSAMBUNG
Sorryy.....lama KH tak upload.Lately ni KH busy sangat nk study for exam.Tapi sekarang alhamdulillah semuanya dah settle.Sebab lama KH tak upload,chapter lepas ni akn di upload awall.Maybe esok..Commentlah sikit korangg..Nak tahu jugak apa feeling bila baca Alkisah Hana ni.Mesti korang tertanya -tanya kan,sape hero novel ni.Kalau nak tahu,stay tuned!
Share this novel