CHAPTER 7

Romance Series 5808

"Lepastu apa jadi nek?"tanya Hana.Berdasarkan cerita yang Nek Jah ceritakan,tiada lansung yang berkaitan dengan mamanya.Apalah salah mamanya sampai Cikgu Nur benci sangat.

"Lepas kejadian tu, Cikgu Nor tetap kejar papa Hana.Kekadang tu,sampai datang rumah.Kalau tak ada papa Hana,nenek biar je dia menjerit melalak dekat luar.Macam-macam la dia kata,I lap you,I kismis you.Nenek malas nak layan"Hana ketawa kecil mendengar cerita neneknya.Tapi,sungguh dia tak dapat jawapan kenapa Cikgu Nor benci sangat mamanya.

"Nenek ni kan... bukan lap la tapi love.L.O.V.E.Lagi satu,bukan kismis tapi miss.M.I.S.S."Hana senyum.

"Tak pe la...sama je bunyinya"

"Tapikan nek....apa kena mengena dengan mama?"akhirnya soalan yang bermain di kepalanya diajukan.

"Tak lama lepas tu,papa Hana suruh nenek masuk meminang mama Hana.Tu yang Cikgu Nor kamu tu bengang sangat,padahal dia yang layan orang lain belakang papa kamu.Papa kamu kata,dia jumpa mama kamu masa kejadian dekat pusat membeli belah.Mama kamu yang datang pujuk papa kamu walaupun dia tak kenal"Nek Jah menerangkan dengan panjang lebar.Hana berhak tahu cerita yang sebenar di antara papa dan mamanya serta cikgu Nor.

"Eh,Hana tak pergi belajar dekat taman dengan kawan-kawan ke?" Nek Jah bertanya.Rancak sangat berborak sampai lupa.Nek Jah tahu nanti Hana bakal menduduki peperiksaan pertengahan tahun.Besar dah cucunya yang sorang ni.Selepas anak dan menantunya meninggal,dia yang mencurah segala kasih sayang kepada Hana.Dia akan pastikan Hana tidak akan berasa kosong atau sunyi.

"Tak la nek...penat.Nak rehat je harini,pagi td kan Hana dh pergi"

"Yelah, kalau macam tu.Rehat je la dulu ye,kesian cucu nenek ni"tangan Hana diusap lembut

*********************************************************

"Hana,pahal kau lambat?Lagi 2 minit je nak tulis nama lambat ni"takut sungguh Elisa kalau Hana lambat sampai.Ye la kan,nanti nama Hana masuk buku kehadiran lewat.Diorang pengawas memang kena datang awal dari murid yang lain.Tak pasal-pasal cari masalah karang,lagi-lagi dengan Cikgu Nur tu.

"Sorry la wei...aku tolong nenek tadi.Dia tersedar lewat,nak buka gerai lagi.Tu yang lambat sikit"

"Hesh kau nii,nasib baik tau.Kau bertugas kan harini?"Elisa dah siap cek dekat papan tanda yang khas disediakan untuk pengawas sebelum datang ke pondok pengawal untuk mengambil kehadiran murid lewat

"Haah,aku bertugas sekali"terus diletakkan beg dia atas kerusi yang terdapat di pondok pengawal.Tempat biasanya 2 orang pengawas menangkap murid-murid yang lambat ke sekolah.Tak sempat dah dia nak letak beg dekat foyer sebab dah lambat,nanti terkejar-kejar pulak.Kesian Elisa nak kena uruskan sorang-sorang.

10 minit berlalu

15 minit berlalu

20 minit berlalu

"Wei...macam dah tak ada orang je.Kita tutup la jom"waktu berugas mereka sepatutnya dah nak dekat habis.Apa salahnya naik awal kan.Tak ramai dah murid lewat sejak cikgu-cikgu disiplin bagi talk dekat semua murid haritu.Ada la sorang dua yang tak reti faham bahasa.Tak tahu dah nak cakap macam mana.Yang peliknya,murid-murid yang lewat semua budak melayu,kalau budak cina india bolehla tahan jugak sebab ada yang tak faham bahasa melayu.

"Ye laa...jom.Akak,dah boleh tutup pagar.Kami nak naik dah,terima kasih"baru dua langkah,akak guard panggil diorang kembali.

"Dik..dik.Ada orang lagi ni"seraya Hana dan Elisa berpaling kembali.Elisa senyum kecil.Ceh,biasa dah budak ni datang lewat.Elisa pandang Hana sambil mengangkat double jerk.Crush siapa la tu kan...Mereka membawa langkah ke pagar.

"Kenapa lambat?jam mahal-mahal dekat tangan tu,cuba tengok sekarang pukul berapa"ayat sindiran dikeluarkan.Hana disebelahnya hanya mendiamkan diri.

"Jalan jem"alasan yang direka oleh Asytar.Mananya jalan jem.Dia yang bangun lambut tadi.

"Dah berapa lama sekolah?kalau dah tahu jalan jem,gerak la awal.Itupun mau ajar ke?"sebelah kening diangkat.Hana sudah memukul-mukul lengannya.Marah la tu.

"Sorry kak pengawas.Sebelum ni sekolah swasta,tak tahu la pulak.."tanpa menunggu jawapan yang akan diberikan,Asytar segrea menuju ke kelasnya.

"Eeeeee...geramnya aku.Berlagak betul"Hana dijeling sebelah mata.Seperti biasa,tiada apa-apa komen,lagi-lagi tu orang yang dia minat ******************************************************
"Baik...harini cikgu akan bahagikan kamu semua kepada kumpulan yang cikgu telah sediakan.Memandangkan kelas kamu lelaki dan perempuan sama bilangan, satu kumpulan akan ada 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki"murid-murid kelas 3 Diamond terpinga-pinga setelah mendengar penjelasan Cikgu Faezah.Lantas Amanda mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan

"Cikgu,kenapa kami kena bahgikan kepada kumpulan?Sebelum ni kan kita dah ada kumpulan masing-masing"senyum kecil Cikgu Faezah.Dia dah agak murid-muridnya akan bertanyakan soalan sebegini.Jadinya,dia dah siap sediakan jawapan terlebih dahulu.

"Untuk pengetahuan semua,markah peperiksaan nanti akan dicampurkan dengan markah kajian kes.Kumpulan yang akan cikgu agihkan sebentar lagi ialah kumpulan yang akan bersama-sama menyiapkan kajian kes.Kamu semua tahukan yang kita akan mengelilingi satu sekolah untuk menyiapkan kajian ini?"

"Tahu cikgu!"serentak murid-murid 3 Diamond menjawab.Semasa Cikgu Faezah memberitahu mereka bahawa kajian kes akan dibuat dalam kumpulan,semua sengih-sengih macam kerang busuk.Sekarang,semua masam mencuka bahana tak dapat pilih group sendiri.

"Dah tak payah nak buat muka macam tu.Cikgu dah susun cantek punya"senyum sinis Cikgu Faezah.Padan muka!Kalau dibiarkan mereka semua menyiapkan kajian kes bersama-sama kumpulan yang sedia ada,maunya tak siap sampai akhir tahun.Banyak main je ini budak!

"Ala cikgu....tak seronoklah kalau macam tu.Tak boleh ke kalau kitaorang guna group yang lama?Percayalah cakap saya,lagi laju punya kami siap"Ariq cuba untuk berdalih sambil menunjukkan ibu jari yang membawa erti 'good'

"Boleh..kenapa pulak tak bolehkan?"kening Cikgu Faezah diangkat-angkat.

"Okey..okey cikgu.Ampun,tuanku"Ariq berseloroh kerana dia tahu apabila Cikgu Faezah dah masuk mood macamtu memang bahaya.Silap-silap dia pulak yang jadi santapan tengah hari Cikgu Faezah.

"Group pertama......"Cikgu Faezah membaca nama ahli setiap kumpulan sehingga kumpulan yang terakhir.

"Weii Hana,kau sama kumpulan dengan budak arrogant tu la"Elisa menyampuk.

"Ha?Budak arrogant mana?"berkerut-kerut dahi Hana.

"Halah,halah...budak yang kau em,em tu la"Elisa sengih.Kepala Hana ralit mengingati nama ahli kumpulannya yang baru diberitahu oleh Cikgu Faezah sebentar tadi.Terus mukanya berubah riak.Betul lah!

"Jodoh,jodoh"Aira tambah minyak bahana melihat muka Hana yang berubah merah.

"Ha,Aira.Apa yang jodoh?Nak kahwin dah ke?"tanpa diketahui,perbualan mereka telah didengari oleh Cikgu Faezah.Murid-murid 3 Diamond bertubi-tubi mengelakkan Aira yang disakat Cikgu Faezah.Aira di tempatnya sudah senyum malu.

"Dah semua,siap sedia untuk gerak.Harini kita akan buat kajian yang pertama dahulu iaitu mengutip barang-barang terpakai untuk dikitar semula.Cikgu taknak kamu semua pergi ambil dalam stor cleaner.Cari sendiri,pergi ronda-ronda satu sekolah.Gerak sekarang!"sebaik sahaja Cikgu Faezah menghabiskan ayat,semua mencicit keluar.

"Korang nak cari dekat mana?"tanya Ariq.Hana,Tania dan Asytar berada di dalam kumpulannya.Dia pun tak sangka yang dia akan bekerjasama dengan budak baru aka anak datuk kot.Dia ni anak polis pun sudah digeruni ramai,lagilah anak datuk.

"Aku tak kisah.Tapi apa kata kita bahagi dua.Aku dengan kau pergi dekat belakang surau,Hana dengan Asytar pergi dekat belakang kantin.Setahu aku dekat situ banyak barang-barang terpakai"Tania senyum kepada Hana.Sementara Hana menjegilkan mata kepadanya.Memandai betul la Tania ni...

"Okaylah..kau okay ke Hana dengan Asy?"Ariq tanya kepada Hana apabila melihat Hana yang masam semacam.

"Aku tak kisah.Asalkan kajian kita siap"jawapan selamat.Nanti kantoi pulak..

"Okaylah, kitaorang gerak dulu"Ariq dan Tania bergerak meninggalkan Hana dan Asytar sendirian.

BERSAMBUNG

ENJOY

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience