TOK..TOK. Hana terus menuju ke mejanya selepas memberi salam untuk masuk ke kelas. "Aik, Hana. Pergi mana tadi?" tanya Cikgu Rosni. "Maaf cikgu, tadi ada murid terlewat kat kantin... tu yang masuk lambat sikit. Saya ada tertinggal apa-apa ke cikgu?" takut-takut la kalau dia terlepas pelajaran disebabkan Amin and the gang tadi. Haru!.Dah la pertengahan tahun dah nak dekat. "Tak ada apa pon...cikgu baru je masuk. Tadi kamu cakap pasal murid lewat kan, sape nama dia?" riak wajah Cikgu Rosni terus berubah serta merta. ' Kenapa pulak cikgu nak tahu ni. Amin ada buat something ke?' gumam Hana dalam hati. " Ada tiga orang budak cikgu, tapi yang saya tahu Amin je...kenapa cikgu?". Aira di sebelah sudah membuka telinga untuk mendengar perbualan di antara Hana dan Cikgu Rosni. "Amin budak 2 Ruby tu kan.." Cikgu Rosni bertanya untuk mencari kepastian. "Ye la cikgu, ada Amin lain ke?" Hana loyar buruk seketika. 'Mentang-mentang Cikgu Rosni ni lembut, suka hati je kau Hana nak main-mainkan dia 'lantas terbit senyuman kecil di bibir Hana. "Eh, mana cikgu tahu... tapi Amin 1 Ruby tu tadi dia tolong cikgu, yang kawan dia lagi dua orang tu nama dia Husin dengan Din. Ceritanya dorang ni tolong cikgu tadi, tapi tak sempat cikgu nak bagi diorang upah, semua dah mencicit lari. Agaknya sebab ni la, takut lambat rehat" Cikgu Rosni mengeluh kecil. Salah dia juga sebab minta tolong diorang waktu rehat dah nak sampai ke penghujungnya. Tapi nak buat macam mana, dia terdesak sangat nak ke tandas waktu itu. Nak jadikan cerita, dia nampak la Amin,Husin dengan Din jalan nak menuju ke kantin. Jadi, budak bertiga tu la yang jadi mangsa tolong hantarkan buku dia pergi bilik guru. Bilik guru dekat tingkat 2, tandas guru perempuan dekat tingkat 1,dah tak tertahan la dia nak ulang alik dari tingkat 4 tempat dia berada, nak ke bilik guru lagi seterusnya ke tandas. Sudahnya, Amin and the gang la hero dia harini. "Oooo...itulah al-kisahnya.Nasib baik la saya bagi rehat cikgu, sebab tengok dorang macam desperate sangat je...kalau nak harapkan Aira ni ha, agaknya belum dapat budak-budak tu explain,dia dah heret pergi bilik disiplin" laju tangan Hana menyiku lengan Aira. "Ish na....apa siku-siku anak orang ni...sakitlah" tangannya yang disiku tadi digosok perlahan.Sebelum tempat tu jadi medan perang,Cikgu Rosni cepat-cepat mengubah topik perbualan.Budak berdua ni bukan boleh,pantang ada peluang,bertikam lidah je memanjang."Okaylah.,jom belajar.KIta ni nak dekat exam dah..karang tak sempat nak habis sampai bab last." dibelek-beleknya muka surat di buku sehingga sampai di muka surat 220. "Tapi sebelum tu cikgu nak ambil kehadiran dulu" memang selalunya setiap kali selepas rehat, cikgu-cikgu matapelajaran akan mengambil kehadiran murid dahulu, takut-takut ada yang panjat pagar nak balik sebab dah malas nak jadi orang. Nak jadi monyet la lagaknya, tu yang panjat pagar tu. Ada la juga kes macam ni sebelum ni, tu yang pengetua arahkan supaya cikgu-cikgu mengambil kehadiran dahulu sebelum memulakan kelas. "Aie..."saya"...Aishah "saya cikgu"...Aira "saya"...Ariq..Ariq. Mana Ariq?" berkerut dahi Cikgu Rosni. 'Ketua pengawas pun panjat pagar ke? ataupun ada kerja?' seribu satu pertanyaan di dalam benak kepala Cikgu Rosni. Sementara itu Hana...'kalau aku tak bagitahu, seronok la jugak kan...bagi kasi ajar sikit pakcik ustad tu.Selalu heret orang masuk bilik disiplin sebab panjat pagar,kalini dia pulak yang kena heret.Hahaha!' ketawa jahat Hana dalam hati. "Hana...Hana..."pelik betul la si budak sorang ni."Senyum apa sorang-sorang tu?" Hana menggelabah mencari jawapan yang sesuai. "Tak ada apa cikgu...Ariq ada hal cikgu. Saya ada jumpa dia tadi, dia suruh pesan dekat cikgu" setelah berperang dengan kata hati,akhirnya bidadari yang menang.Nyahkau iblis!
Pejam celik antara sedar dan tidak. Subuh menjejak hari, melangkah ke tengah hari, merangkak ke senja dan larut menjadi malam.Rutin yang berpusing tanpa henti selama setengah tahun membuatkan waktu yang berlalu seperti ribut, al-maklumlah budak sekolah yang hanya fikir pasal buku, buku,buku,nota,nota,nota.Dan pada masa yang samalah, berlaku peristiwa yang menguatkan lagi kebencian sesama sendiri antara Hana dan Ariq. Sekejap satu team presentation la, sekejap team Hana versus team Ariq la. Bila masanya satu team, masing-masing bercanggah pendapat. Sorang pergi utara,sorang pergi selatan. Tapi mereka berdua lupa satu kata hikmah,'jangan benci sangat nanti jatuh cinta'.
"Wei Hana!"seraya bahu Hana ditepuk dari arah belakang."Opocot mak kau hijau"Hana mengurut dadanya."Ish kau ni kan. Buatnya aku mati sia-sia kat sini macam mana. Dah la minggu ni tak solat taubat lagi.Sebelum mati nak jugak merasa jadi mak orang.Mana tahu dah besar nanti kahwin dengan orang mat salih rambut blonde mata hijau ke...geniuslah anak aku" Hana sengih."Mende la kau ni.Kocik-kocik lagi dah menggatal nak kahwin.Dah ada calon suami ke?" kening sebelah diangkat memandang Hana."Haah dah ada dah. Kau nak tahu?" berkerut dahi Aira memandang Hana.'Macam serius je budak ni' terbit suara hati."Sape?"terus diajukan soalan itu kepada Hana. Bab-bab macam ni laju saje dua ketuls ni."Oppa Asahi Treasure. Kau kenalkan bakal suami aku yang hensem lagi tampan tu?" mencuka terus muka Aira.Dia tahu Hana dah dapat mengenakannya."Ish kau ni.Main-main pulak dengan aku.Patutlah aku pelik,kalau-kalau ada orang yang telah mencairkan hati bestfriend aku yang sorang ni.Kalau ada la kan,aku bagi penghargaan dekat orang yang bertuah tu. Semua orang tahu Hana, kau orang macam mana.Hati sekeras ais dekat aisberg, ego tinggi gunung everest"panjang Aira berhujah."Amboi-amboi kau mengutuk orang.Nak buat macam mana,ni lah diri aku yang seadanya.Kalau aku suka someone,aku akan make sure yang aku tak bertepuk sebelah tangan. Kau kan tahu yang aku tak suka kalau aku bertepuk sebelah tangan." memang semua rakannya tahu yang Hana tidak suka pasal cintan-cintun ni.Dan semua orang dah maklum yang kalau suatu hari nanti,Hana akan buat apa sahaja untuk lelaki yang dia cintai.Sebab tu la Hana susah nak bukakan pintu hati dia untuk mana-mana lelaki."Kak,kak....Cikgu Nor panggil." tiba-tiba sahaja budak lelaki yang tidak dikenali menghampiri mereka."Hah!?"maunya terperanjat dua ketuls yang tengah rileks-rileks dekat pondok cendawan tu.Cikgu disiplin panggil ooi.Maunya tak terperanjat."Sekarang ke dik?"dengan perasaan resah gelisah Hana bertanya. "Ye kak...sekarang.Saya lalu depan bilik disiplin tadi,terus cikgu Nor panggil saya.Saya ingat saya ada buat salah,rupa-rupanya dia suruh panggil akak dengan kawan-kawan akak" panjang lebar budak itu menerangkan."Kawan-kawan?" Aira memandang Hana,Hana memandang Aira."Bawa kawan-kawan akak yang pengawas sekali tau!.Bye kak,saya pergi dulu!"Budak itu membuka langkah cepat meninggalkan mereka berdua yang sedang terpinga-pinga."Dik!...dik!"Aira mengeluh kecil."Buat apa nak jerit-jerit,budak tu dah lesap dah.Jomlah panggil yang lain,satgi nak masuk kelas dah."lantas Hana bangun lalu menarik tangan Aira mengikutinya.
AGAK-AGAKNYA KENAPA CIKGU NOR TU PANGGIL HANA DENGAN FRIENDS DIA EK?KALAU NAK TAHU,JANGAN LUPA BACA CHAPTER 3 NANTI. BYE!
Share this novel