Senyuman yang sukar dimengertikan dengan kata-kata. Aku terus masuk kedalam bilik sambil mencapai buku komik yang berada ditepi katilku. Aku membelek dengan kasar.
PETANG itu aku hanya duduk dirumah sambil menonton ulang tayan perlawanan bola yang aku terlepas semalam, sudah jam 6 petang namun ayah masih belum pulang lagi.
Katanya dia mahu pergi daftarkan aku ke sebuah sekolah. Aku hanya diam sahaja apabila sekolah dijadikan isu pada pagi itu. tidak sampai setengah jam ayah pulang. Aku hanya membuat tidak endah sahaja dengan kepulangan ayah.
Aku Nampak sekeping kertas yang berada ditangan ayah. Aku kerling sepintas lalu. ayah kemudiannya duduk disebelahku sambil menghulurkan kertas itu kepadaku. Aku terus merampas dengan kasar.
Aku membaca dengan teliti isi surat yang ayah bagi kepadaku.
“ Ayah, apa ni ayah?, Karl tak nak pergi sekolah ni,” kataku dengan kasar.
Ayah terkejut dengan tindakanku. Dia bangun sambil menepuk bahuku. Aku menepis dengan kasar tangan sasa ayah.
“ Karl, ayah nak yang terbaik untuk Karl. Ayah tak nak Karl menyesal dengan apa yang ayah pilih ni, lagipun ni sekolah yang terhebat,” kata ayah seakan memujukku. Didalam diriku seakan menyampah dengan pujukkan ayah itu.
“ Kalau ayah nak sangat sekolah tu, ayah sendirilah yang masuk. Karl tak kan masuk sekolah tu,” bentakku geram sambil membaling kertas ke arah ayah.
Aku terus berlari naik keatas. Tapi aku sempat menangkap kata-kata terakhir yang terluah dari mulut ayah.
“ Ayah akan daftar masuk sama kelas dengan Karl,”.
PAGI itu merupakan hari pertama aku masuk kesekolah. Sebuah sekolah yang sangat mengerikan aku dengan budak-budak yang semuanya skema, bercermin mata besar, rambut yang terbelah tepi dan semua sekali seakan sebuah sekolah sarkas.
Share this novel