KARL duduk di tepi jendela dan merenung ke luar melihat salji yang jatuh di celahan pokok pine.
Saat ini dia terkenang pada kata ayahnya yang selalu memarahinya kerana selalu termenung diluar jendela tetapi itu hanya pesanan yang hanya dibiarkan sepi tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Baginya apa yang keluar dari mulut ayahnya hanyalah omongan kosong yang langsung tidak membawa apa-apa makna kepada dirinya.
“Karl tak elok duduk kat luar tu, termenung bermuram durja kenapa? mari dekat ayah,” ajak ayahnya pada petang itu. petang itu salji turun dengan lebatnya. Sejak kematian ibunya, ayahla yang menganti tempat ibunya.
Sejak dia berpindah ke Negara lain dia dapat merasakan ayahnya cuba membawa lari dia dari kehidupan sebenar di Malaysia.
Baginya ayahnya yang salah. Salah kerana membawanya berpindah ke kota London yang penuh onak dan duri.
Dia lebih rela tinggal seorang diri di Malaysia daripada tinggal di Negara yang begitu asing dengan dirinya.
Dia lebih rela bermandi peluh dek cuaca panas berbanding menahan kedinginan yang menyusup ke sum sum tulang di negara orang ini.
Walaupun jauh disudut hati ayahnya ingin melihat dia berubah menjadi seorang manusia yang berjaya dalam kehidupannya.
Tapi semua itu tidak sedikit pun dia Nampak, baginya ayah tak ubah seperti musuh ketatnya.
“Ayah ada masak spaghetti Karbonara kegemaran Karl, marilah makan” ajak ayah yang mencuri lamunannya.
Dia hanya menjeling tajam kearah ayahnya. Ayah seorang manusia yang sabar dengan setiap yang aku lakukan. Apa sahaja yang aku lakukan hanya sebuah senyuman yang diberikan oleh ayah.
Share this novel