Malam itu ayah terbatu-batuk. Aku hanya mendengar dengan perasaan sedikit risau. Tapi egoku menguasai segalanya. Aku terus masuk kedalam bilik menyiapkan kerjaku.
“ Karl jom makan,” ajak ayah. Aku hanya mengangguk dan terus duduk di meja makan. Ayah kelihatan gembira pada malam itu. Aku hanya memandang ayah.
“ Kenapa Karl pandang ayah?,” Tanya ayah. Aku tersentak dengan pertayaan ayah. Aku terus mencapai sudu, malu dengan pertayaan itu.
” Makan, nanti sejuk tak sedap,” kata ayah lagi.
Aku tahu ayah seperti menyembunyikan sesuatu daripada aku. Aku menyuap nasi sambil memerhati ayah yang seakan berselera sekali.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, kini aku sudah pun menamatkan sekolah tinggi aku dengan cemerlangnya.
Aku akhirnya mendapat tawaran menyambung pelajaran di Australia. Kata ayah dia sanggup berpindah ke Australia, asalkan dia dapat melihat anaknya berjaya.
Aku hanya terdiam sahaja dengan kata-kata ayah.
Akhirnya aku akur dengan permintaan ayah. Aku akhirnya berpindak ke Australia. Keadaan ayah semakin hari semakin teruk. Batuk ayah pula makin lama tidak hilang.
Aku menjadi risau. Ada juga aku menyuarakan supaya pergi ke klinik. Jawapan ayah hanya dia batuk biasa.
“ Aku berdoa padamu Ya Tuhan moga anakku Karl menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata. Walaupun dia selalu menyakiti hatiku tetapi aku sedikit pun tidak terasa hati dengan perbuatannya. Bagi aku dia adalah anugerah terindah selepas pemergian isteriku. Bagilah aku melihat kejayaan dia di depan mataku sebelum aku menutup mata,” selepas habis berdoa. Dia terus tertidur.
Disebalik dinding Karl mendengar doa yang dibacakan oleh ayahnya. Akhirnya air matanya jatuh juga.
Share this novel