BAB 5

Family Completed 1831

Pagi itu Karl bangun seperti biasa. Dia lihat ayah sudah siap membuat sarapan pagi. Ayah seperti biasa akan memberi senyuman yang paling manis kepadaku. Aku seperti biasa akan memandang ke tempat lain.

” Karl, nanti belajar elok-elok nanti ayah boleh tengok Karl berjaya depan ayah,” luah ayah pada pagi itu. aku hanya mengangguk sahaja.

Aku bergegas keluar selepas sarapan kerana ada temu janji dengan rakanku mahu menyiapkan laporan akhir yang perlu dihantar sebelum peperiksaan akhir.

“ Karl aku tengok ayah kau baik gila kan?,” Tanya salah seorang rakannya pada petang itu.

“ Ayah, aku memang baik orangnya, kalau tak takkan jadi ayah aku kan?,” jawabku dengan bangga. Rakannya hanya tersenyum dengan jawapan Karl. Selepas perbincangan. Karl terus pulang kerumah. Dia mahu melihat ayahnya yang kurang sihat sejak kebelakangan ini.

Sampai sahaja dirumah, ayahnya sudah menunggu di kerusi dihadapan rumah mereka. Kerusi itu ayah letak khas di situ. Kata ayah senang dia mahu melihat anaknya pulang dari mana-mana. Aku hanya tersenyum melihat ayah yang tersenyum kepadaku.

“ Jom ayah masuk kedalam, cuaca dah tak berapa elok dah sekarang,” kataku kepada ayah. Ayah terus bangun dan ketawa dengan ajakan aku. Aku tahu ayah mungkin terkejut dengan ajakan aku itu.

“ Macam mana hari ni?,” Tanya ayah. aku menjawab sepatah sahaja. itu pun membuatkan ayah boleh tersenyum lagi. Begitu hebat hati ayah menahan rasa dengan kelakuan aku yang selalu bersikap angkuh apabila bercakap dengannya.

Aku akhirnya berjaya dalam pelajaran aku. Aku berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Ayah begitu bangga dengan percapaian aku. Dia memeluk aku dengan erat sekali.

Aku terkesima dengan kelakuan ayah. aku merasa sesuatu yang meresap didalam diri aku yang selama ini aku tidak pernah rasa walaupun selama ini ibu pernah memeluk aku. Air mata aku hampir tumpah tapi aku berjaya menahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience