BAB 6

Family Completed 1831

“ Ayah rasa bangga hari ini melihat anak ayah berjaya, Tuhan dah dengar doa ayah,” kata ayah dengan bersungguh-sungguh. Aku hanya tersenyum aku tidak membalas pelukan ayah. aku tahu ayah mungkin merasa terkilan.

“ Ayah, Karl harap ayah dapat hadir dihari peranugerahan nanti,” aku berkata lembut. Ayah menepuk bahu aku dan terus mengangguk laju. Aku membalas senyuman itu dengan begitu mesra sekali.

Di hari peranugerahan telah pun berlangsung dengan meriah sekali. Aku lihat pagi itu ayahla manusia yang paling gembira melihat kejayaan aku. Kejayaan yang selama ini dia mahu lihat. Kejayaan anak lelakinya. Walaupun anak lelakinya seorang anak yang degil dan malas mahu mendengar kata. Seorang anak lelaki yang tidak kenal erti bersyukur.

“ Karl, cepat nanti lambat tak sempat ayah nak duduk barisan depan,” suara ayah telah menyentak lamunan aku. Aku terus mengangguk.

Pagi itu ayah mengambil tempat duduk dibarisan depan sekali sambil membawa sekuntum bunga. Mungkin mahu menghadiahkan kepadaku sebentar lagi. Aku lihat dari jauh ayah begitu teruja walaupun dirinya tidak begitu kuat melawan penyakitnya.

Aku terharu melihat pengorbanan ayah yang begitu besar sekali. Tapi aku sedikit tidak pernah menghargainya. Aku lihat ayah melambaikan tangan kepadaku. Aku membalasnya.

“ Karl Syafique Karl Badri,” namaku di panggil dan dilaung. Aku naik keatas pentas. Aku lihat ayah bangun dari tempat duduknya dan melompat keriangan setelah namaku dipanggil.

Ayah menepuk tangannya seperti kanak-kanak yang baru mendapat coklat lagaknya.

Aku tersenyum bangga. Bangga dengan diri sendiri dan bangga dengan sikap ayah. setelah aku turun ayah menerpa dan memeluk aku erat dan menghadiahkan ciuman beberapa kali. Buat pertama kali aku membalas pelukkan ayah dengan erat dan air mataku tumpah jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience