BAB 3

Family Completed 1831

Mereka semua memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Mungkin pelik melihat rambutku yang terpacak. Bajuku yang tidak terurus.

Ayah pun sama, katanya dia takkan biarkan aku keseorangan kesekolah itu. Jadi ayah masuk sekali didalam kelas aku. Semua mata memandang aku dengan ayah.

Maklumlah anak dengan bapa masuk kesekolah. Aku dengan ayah duduk dibarisan depan. Budak-budak kelas aku semuanya bercermin mata. Aku hanya tergelak kecil.

‘Sekolah apala yang ayah aku daftarkan?’ kataku dalam hati.

Didalam kelas tu ayahlah orang yang paling seronok sekali setiap kali cikgu aku bertanya soalan ayahlah yang selalu menjawab soalan itu. kelas muzik pula, ayahla yang selalu mengajar rakan-rakan kelasku.

Aku hanya memandang sepi melihat telatah ayah. Ayah menjadi kesayangn dari kalangan guru dan rakanku. Ayah seolah-olah gembira untuk datang belajar.

Masa berganti bulan, sudah satu penggal aku bersekolah disitu, ayah pula sudah tidak sekuat dulu.

Setiap pelajaran yang dipelajari tidak dapat lagi dia ‘tangkap’, otak ayah sudah penat. Ayah pun mengambil keputusan untuk berhenti belajar.

Tinggallah aku keseorangan disekolah itu tanpa ditemani oleh ayah lagi. Agak janggal tapi aku tepuhi juga.

Aku pulang agak lewat kerana petang itu guruku membuat kelas tambahan. Aku lihat ayah masih menunggu aku diluar pagar sekolah.” Karl dah makan?,” Tanya ayah.

Aku hanya mengeleng kepala sahaja. ayah hanya tersenyum melihat tingkah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience