Ayah menghulurkan bunga kepadaku. Aku mengambilnya. Ayah tampak pucat. Mungkin menahan sakit. Aku tahu ayah sakit dengan penyakitnya tapi masih berjaya menyembunyikannya. Ayah memeluk aku lagi, dan berkata di telingaku.
” Akhirnya ayah puas melihat Karl berjaya didepan ayah, kalau ibu ada mesti dia bangga dengan kamu. Ayah dah boleh lepaskan kamu pergi dengan tenang. Ayah dah tak larat, mungkin ini hari terakhir ayah melihat kamu. Lepas ni Karl pilihlah dunia Karl ayah dah tak masuk campur lagi.” Aku terkejut dengan kata-kata ayah. aku cuba mencari wajah ayah.
Ayah akhirnya jatuh terkulai diatas lantai. Aku menjadi takut dan panik melihat keadaan ayah.
“ Ayah bangun, ayah. Karl tak boleh hidup tanpa ayah. ayah bangunlah,” kataku sambil menangis. Orang ramai yang melihat keadaan itu hanya mampu mengelengkan kepala sahaja.
“ Bawa bertenang Karl, kau kena kuatkan semangat kau ya, ayah kau dah pergi,” kata salah seorang rakanku. Aku menjerit sekuat hatiku.” Ayah tolong jangan tinggalkan Karl. Karl perlukan ayah, Karl tiada sesiapa lagi di dunia ini ayah, kasihani Karl,” teriakku sambil memeluk erat sekujur tubub ayah yang sudah kaku tidak bernyawa.
Kini sudah genap setahun 21 hari ayah pergi meninggalkan aku. Aku harapa pemergiannya aman dan bangga kerana dia telah melihat kejayaan aku seperti yang diharapkannya aku didepan mata.
Kala ini aku masih merenung di luar jendela melihat salji turun di bulan Disember di kota Uncle Ben ini, kedinginan ini membawa aku semula kepada memori di mana ibuku pernah berkata sesuatu kepadaku ketika usiaku Sembilan tahun dulu.
” Karl bila besar nanti ibu harap kamu akan ikut jejak langkah ayah kamu, ayah kamu seorang manusia yang hebat.,” Saat itu aku tidak dapat menilai sejauhmana kebenaran kata-kata ibu.
Tapi kini aku sedar kata-kata ibu itu adalah benar belaka. Ayah adalah seorang ayah yang hebat, bahkan dia adalah kawan yang terbaik buat anaknya, iaitu aku. Kini aku sudah hilang pokok rending yang dahulunya menjadi tempat aku berteduh dan berehat.
Tempat aku menumpang kasih dan juga pokok yang selalu aku jadikan teduh. Aku selalu mengandaikan ia adalah ayah dan ibu ku yang sering memayungi aku dengan dahan-dahan kasih mereka.
Meskipun jasad mereka sudah tiada aku akan selalu mengenang dan merasa kasih mereka kepadaku.
Share this novel