Completed
552
Rauod melangkah keluar dari hospital, sambil menghela nafas berat. Masa
melawat baru sahaja tamat. Telinganya terngiang-ngiang kata-kata Zainal
sebelum meninggalkan wad tadi.
"Aku dah ambil keputusan, tak nak ambil SPM tahun ni."
"Tak apa. Tahun depan boleh ambil..."
"Tak. Aku takkan ambil."
"Eh? Kenapa?"
"Sebab... Buat apa nak ambil kalau hayat kita dah tak panjang..."
Mahu sahaja dia ketuk kepala Zainal . Tapi, mengenangkan kata-katanya yang
kedengaran depresif, dia diamkan saja.
"Takkanlah disebabkan ujian berat sebegini, kau nak putus asa..." Rauod
menggumam perlahan.
Seorang jururawat sedang mundar mandir di koridor yang menghubungkan
wad-wad di hospital itu. Gayanya seolah-olah sedang mencari seseorang.
Sesekali kepalanya digaru.
"Kak Ju," jururawat itu bertanya kepada seorang jururawat senior di
kaunter triaj. "Akak ada nampak Liliput tak?"
"Liliput? Tak ada la pulak. Dia hilang lagi ke, Teja?"
Teja mengangguk laju. "Alah... Mana budak ni pergi... Kak Ju, kalau
jumpa si Liliput tu, bagitahu Teja ya."
Teja menyambung pencariannya. Kak Ju hanya mengangguk sambil mengemas
kertas yang bersepah di kaunter itu.
Share this novel