BAB 10

Drama Completed 552

"Kau... Okey tak ni?" Rauod menegur.

"Tak." Zainal membalas, nadanya kedengaran robotik.

Rauod hanya membisu, melihat Zainal yang terbaring sahaja di atas katil
selepas apa yang berlaku beberapa hari lepas. Mata Zainal bengkak teruk
disebabkan terlalu banyak menangis. Dia bagaikan hilang upaya untuk
terus hidup. Makanan yang disediakan dijamah ala kadar sahaja, ada
masanya tidak disentuh langsung.

Sekurang-kurangnya, dia masih pergi ke tandas untuk membuang air, dan ke
surau untuk solat apabila masuk waktu.

"Sudahlah, Zainal . Redhakan saja pemergiannya," kata Rauod , tangannya
menepuk bahu Zainal .

"Kau tahu tak, budak tu tahu hayatnya tak panjang, tapi masih nak ambil
UPSR. Dapat semua A pulak tu," kata Zainal , perlahan. "Kenapa dia
beria-ia sangat? Dari mana dia dapat semangat tu?"

"Mungkin... Dari ibu bapa dia?" Rauod membuat teori. "Dia nak bagi
hadiah istimewa untuk ibu bapa dia, dan hadiahnya adalah keputusan UPSR
dia. Mungkinlah."

"Emm... Masuk akal..."

"Lagipun, kau pernah cakap dulu, yang dia kata nak jadi macam bintang, kan?"

"Ha-ah," kata Zainal perlahan. Bagaimana dia hendak lupa pada malam dia
menerima hadiah dari Jalil itu. "Bagi aku, dia bermetafora sahaja."

"Memang metafora pun," kata Rauod .

"Dia... Dia macam tahu aku tak ada motivasi nak ambil SPM, dan cuba
berikan aku semangat untuk teruskan perjuangan. Siap bagi hadiah kit
peperiksaan lagi," kata Zainal lagi, hiba. Dia bagaikan mahu menangis,
namun air matanya sudah kering. Nafasnya dihela lemah.

"Sabarlah, Zainal . Hidup mesti terus," kata Rauod , menepuk lembut bahu
Zainal . Kedengaran Azan berkumandang dari surau berhampiran. Rauod dan
Zainal saling berpandangan.

"Dah masuk waktu Asar. Jom solat?"

Zainal mengangguk.

"Kau boleh jalan tak?" Rauod bertanya, memandang Zainal dengan
ragu-ragu.Zainal terus mencebik.

"Boleh la~~~" Zainal membalas tidak puas hati, tongkat yang disandar di
sebelah katilnya dicapai.

Rauod terus tersenyum kecil.

"Muhammad Zainal , kamu dah sedia?"

"Dah, doktor."

"Kamu yakin?"

"Demi ALLAH, saya yakin."

Dan, Zainal disorong masuk ke dalam dewan pembedahan, untuk
pembedahan/limb salvage/ di kaki kirinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience