BAB 6

Drama Completed 552

Bungkusan kecil panjang berbalut surat khabar itu direnung Zainal , lama.
Di permukaannya ada sebaris ayat yang ditulis menggunakan pen marker
berwarna biru.

*'Jangan buka sebelum Liliput keluar hospital.'*

Zainal tertawa kecil. "Budak Jalil ni, aku betul-betul panggil dia
Liliput kang, baru tahu." Bungkusan itu terus diletakkan di dalam lokar
sebelah katilnya. Dia kemudian baring di atas katilnya dan terus lena
dibuai mimpi.

"Abang Zainal !"

Terlompat kecil Zainal dibuatnya apabila Jalil tiba-tiba muncul di pintu
utama wad. Niatnya mahu ke kedai runcit di tingkat bawah hospital. Mahu
beli buku nota dan pen.

"Ish, budak ni, buat terperanjat je," bebel Zainal perlahan sambil
mengurut dada. Jalil hanya ketawa mengekek melihat reaksi Zainal tadi.

Zainal melihat pakaian Jalil. Dia berkemeja T dan berseluar trek, bukan
pakaian hospital seperti selalu.

"Eh, dah boleh keluar hospital ke?"

"Ha-ah," kata Jalil. Dia terus memeluk Zainal , erat. "Terima kasih sebab
selalu teman Jalil tengok bintang. Dan selalu ajak makan sama-sama.
Masakan /Auntie/ Balqis sedap." Suaranya sedikit serak apabila
menuturkan ayat-ayat tadi.

Zainal membalas pelukan itu, menggosok lembut rambut Jalil. "Tak ada
apa-apalah semua tu, Lil," kata Zainal , tersenyum. Pelukan dilepaskan.
Zainal menyeka air mata Jalil yang mengalir di pipi. "Dah, jangan nangis.
Ingat, jaga diri. Jaga kesihatan. Okey?"

Jalil mengangguk. Dia kemudian keluar dari wad, pergi ke arah ibu
bapanya di koridor. Sewaktu beredar, sempat Jalil menoleh ke arah Zainal
yang berdiri di pintu wad sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience