BAB 3

Romance Completed 2964

MALAM itu, setelah menerima kejutan daripada rakan-rakanku, aku meminta diri. Habis wajahku berlumur dengan tepung dan bedak setelah dilempar oleh rakan-rakan setingkatan.

Terharu hatiku apabila mereka membelikanku sebuah kek dari sebuah hotel di Ipoh dan juga hadiah berupa sebuah buku motivasi serta tasbih pemberian Amirul yang baru pulang mengerjakan umrah.. Hadiah-hadiah yang paling bermakna sepanjang aku bersekolah di sekolah berasrama penuh ini.

Selepas mandi, aku kembali ke bilikku. Aku menunaikan solat sunat malam lantaran aku mempunyai wuduk. Setelah solat, aku mencapai telefon bimbitku . Aku membaca semula message-message antara aku dan Melissa.

– Salam. Thanx 4 da bday wish and the card.

I really appreciate it. =)

Itu merupakan ucapan terima kasihku padanya.

– ow…the card got 2 u on the time..

Takut jugak kalau blom smpi lg..=)

Hm..u’re welcome..hopefully u x mrh I

Hntr kad 2 kt u..=)

Aku menggeleng kepala membaca balasannya. Salah tanggapannya padaku. Kad daripadanya merupakan yang pertama kupernah terima daripada teman-teman perempuanku. Apakah itu tidak cukup untuk membuktikan bahawa pemberiannya amat kuhargai?

– ouh..I’ve just received it just now. Knape pulk I nk mrah?

Thanx anyway. =)

Sememangnya aku tidak marah. Cuma berasa ralat kerana ini merupakan yang pertama kalinya aku menerima hadiah daripada perempuan.

– hm..sory kalau u feel uncomfortable.

Tp 2dy mmg bday u kn?

Satu sikapnya yang aku agak senangi. Dia nampaknya mengingati segalanya tentang aku walhal aku langsung tidak! Aku tak tahu langsung tentang hari lahirnya sehinggalah aku menerima message daripada kawannya yang memberitahuku. Itupun 2 minggu lewat.

Tetapi Melissa tidak marah dan dia menerima kata maafku dan juga ucapan selamat daripadaku. Sedangkan dia, mengambil masa dan tenaganya membelikan dan menghantar aku kad pada hari lahirku sendiri!

– yup. Mmg bday I pun.

U x silap. Hm..okla.

I ade hal ni. Doakan I dpt straight A’s dalam trial n SPM ye.

Thnx again 4 da card. Bye. Salam.

Salah satu alasanku untuk melarikan diri daripada terus bermessage dengannya. Aku tidak pasti mengapa kali ni aku tetap mahu melarikan diri daripadanya. Namun balasannya petang tadi, terus membuat bibirku tersenyum.

– ok. Small matter je pasal card 2.

Always do pray for you. Don’t worry. U blh scorenya!

U pun tc k? janganlah stress sangat ..bye. salam.

Masih sempat memberikan kata nasihatnya padaku walaupun aku tahu, dia pasti kecewa kerana masih belum mampu membuatku lebih melayaninya.

Aku matikan handphoneku dan letakkan di bawah bantalku. Kemudian dari tempat yang sama, jemariku menarik keluar pula kad kiriman Melissa. Aku baca lagi tulisannya.

– happy 17th birthday! I sentiasa mendoakan yang terbaik untuk you dunia dan akhirat. Semoga apa saja yang you impikan akan tetap tercapai dengan izinNya.

– Friends forever! =)

– Only this that I’m afford to buy. Hope you’ll like it!!! =)

3 perkara ringkas yang gadis itu coretkan begitu menggembirakan hatiku. Sehingga aku merasakan antara banyak-banyak hadiah yang aku terima hari ni, kad ini adalah yang paling berharga dan bermakna sekali bagiku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience