BAB 2

Romance Completed 2964

PAGI itu, tika solat Subuh di surau sekolahku, Ilham memintaku untuk menjadi imam.

“Apasal aku pulak yang kena jadi?”

“Hari ni kan birthday kau. Kaulah jadi imam!” Ilham lantas memeluk tubuhku. “Semoga ALLAH panjangkan umur, murahkan rezeki kau. Dapat good result untuk SPM nanti. Aku doakan yang terbaik untuk kau!”

“Thanks, Ham!” Aku menepuk-nepuk belakang Ilham.

Setelah juniorku iqamat, aku membaca doa dan niat. Kemudian , kuangkat tanganku ke udara. Ratusan pelajar di sekolahku menjadi makmumku pagi itu. Saat membaca doa, aku turut bermohon bagi diriku agar aku akan dipanjangkan umur untuk teruskan perjuanganku di bumi ALLAH ini serta harapanku agar aku akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti dalam SPM. Dan doaku telah diaminkan oleh semua makmumku.

Petang itu, setelah usai mengerjakan solat Jumaat, aku berjalan pulang ke sekolah bersama Ilham. Kami berpisah di pintu dorm memandangkan Ilham mendiami dorm seperti para pelajar yang lain manakala aku mempunyai bilikku sendiri berikutan aku mempunyai jawatan yang agak tinggi dalam Badan Lembaga Pengawas sekolahku.

=========================================================

ILHAM baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas katil. Belum sempat penatnya hilang, Hadif kembali dengan wajah yang cemas. Cukup untuk membuat Ilham berperasaan sama.

“Gila kau! Aku baru aje duduk. Tak sempat lagi nak habiskan penat, kau dah sampai. Apesal nie?!”

“Aku tunggu kau dekat bawah 10 minit lagi. Cepat turun tau. Urgent ni!” gesaku.

“Yelah. Nanti aku turun!” janji Ilham. Dia melihat sehingga temannya itu beredar ke luar.

========================

AKU bertemu kembali dengan Ilham di bawah hampir 15 minit kemudian. Dalam tanganku ada satu kad. Kad yang begitu menakutkan aku.

“Jom! Jalan-jalan!” aku mengajak Ilham.

Sedang kami berjalan-jalan, aku menyerahkan kad yang baru kuterima tadi pada Ilham. Ilham menyambutnya dengan tanda tanya.

“Sapa punya ni?”

Mataku menunjuk pada permukaan sampul.

“Kau punya?” Aku angguk. “Habis, kenapa tak bukak?”

“Aku takutlah. Kau rasa sapa hantar?”

“Manalah aku tahu kalau kau sendiri tak bukak. Cuba kau bukak dulu!”

Dengan lafaz Bismillah, aku mengoyakkan sampul. Sekeping kad berwarna biru dengan tulisan silver menarik minatku. Aku menyebut lagi Bismillah apabila jemariku membuka kad tersebut.

Ilham pelik melihat senyuman yang muncul di bibir temannya. Nampaknya isi kad itu sesuatu yang menarik. Sehingga mampu menghadirkan senyuman temannya.

“Sapa yang bagi Dif?”

Aku menggelengkan kepalaku. Aku masukkan kembali kad itu ke dalam sampulnya.

“Melissa,”

“Ouh budak yang selalu text kau tu?”

Aku angguk.

“Apa dia tulis? Aku nak baca!”

“Eh! Mana boleh! Ni kad aku. Dia bagi kat aku,”

“Adoi mamat ni! Tadi beria-ria cuak! Aku nak baca tak bagi pulak. Ada jugak yang balik bilik naik stretcher nanti ni,”

“Sorry bro! Bukan aku tak nak bagi kau baca. Aku takut nanti terlepas satu sekolah ni kalau aku bagi kau baca!” selorohku. Aku menepuk-nepuk bahu kawanku itu.

“Suka hati kau! Lambat-laun aku tahu jugak nanti,”

Aku menggenggam erat kad dalam genggamanku. Akanku kirimkan SMS pada Melissa nanti untuk mengucapkan terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience