BAB 5

Romance Completed 2964

USAI SPM, kebanyakkan rakan-rakanku khabarnya sudah mempunyai teman wanita. Nampaknya mereka melepaskan “gian” setelah tamatnya zaman persekolahan. Aku tumpang gembira untuk mereka.

Tetapi bagiku, bercinta atau mempunyai seorang teman wanita bukanlah satu keperluan yang penting bagiku. Banyak lagi keutamaan dalam hidupku saat ini. Lebih-lebih lagi, selepas ini aku akan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi sebelum bekerja.

Melissa masih lagi “menggangguku”. Entahlah. Sepatutnya sekarang ini aku sudah boleh melayannya dengan lebih kerap kerana aku sudah tiada apa untuk dibuat. Tetapi memikirkan Melissa masih lagi bersekolah dan tahun ini merupakan tahun dia akan menduduki SPM, aku tidak mahu menggangu konsentrasinya.

Sehinggalah satu hari itu, aku telah menerima sekeping CD tanpa nama pengirimnya. Hanya disertakan nota cetakan computer yang mengatakan,

– the songs are to be heard and for you to know by YOURSELF who would give such gift to you.

Turut disertakan dalam sampul yang besar itu lirik-lirik lagu yang ada. Bergegas aku masuk ke kamarku. Aku masukkan CD tersebut ke dalam player.

20 lagu kesemuanya! Setelah mendengar kesemuanya, aku dapat merumuskan sesuatu. Seseorang sudah jatuh cinta padaku dan meminta aku untuk segera memulakan langkah yang pertama. Tapi masalahnya, siapakah pengirim CD ini dan apa tujuannya untuk melakukan perkara ini?

=======================

AKU sudah bersedia untuk masuk ke dalam balai berlepas. Perlahan aku menolak troli yang penuh dengan bagasiku. Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil. Aku menoleh. Satu kejutan yang amat memeranjatkanku melihat Melissa berdiri di tepi kaunter.

“Assalammualaikum,” ucap Melissa setelah merapati Hadif yang berdiri statik.

“Waalaikummusalam,” perlahan aku menjawab.

“Dah nak pergi ke?”

“Belum last call lagi. Sempat kalau you wanna have some chat,”

“Can we?”

“Boleh aje,”

Kami bergerak kearah kerusi-kerusi kosong. Sebenarnya aku tidak pasti mengapa aku begitu berdebar berhadapan dengan Melissa. Sememangnya benar apa yang dikatakan orang tentang pertemuan yang pertama. Sering saja lidah masing-masing menjadi kelu dan tidak berupaya untuk menggerakkan walau seinci pun mana-mana bahagian badan.

Sama seperti kami yang pertama kali bertentang mata. Aku akui dia kelihatan cantik apabila menyarung tudung. Cukup berbeza dengan gambar-gambarnya yang aku lihat di Fac.

“Mana you tahu I fly hari ni?”

“Ilham yang inform I. Ilham dengan I memang dah lama kawan sejak I kenal you lagi,” jelas Melissa.

“Maafkan I sebab dah lama tak contact you,” ujarku.

“Sampai hati you kan? You cakap kita kawan. Macam ni ke you treat kawan you?”

“I tahu I salah. Maafkan I,”

Bergema melalui corong speaker pengumuman meminta semua penumpang yang akan menggunakan pesawat SIA ke New York untuk segera ke balai berlepas.

“I rasa tu last call I,”

“Dif?”

“Hm..?”

“I have something to give you,”

“Nak bagi I? Tapi hari tu you dah bagi I tie kan?”

Melissa menghulurkan paper bag dalam tangannya kepada Hadif dan disambut Hadif dengan tanda tanya dalam benaknya.

“Apa ni?”

“You jangan bukak sekarang. Open it when you’ve aboard,” pinta Melissa.

“Apa ni?” ulangku lagi.

“You’ll know later,”

“Thank you!” Hadif mengerdipkan matanya sekali

“Jaga diri you ye? I doakan you dari sini,” mereka berdiri saling berhadapan. Anak mata Melissa sudah mula berkaca-kaca.

“You pun jaga diri you. Belajar elok-elok. I doakan yang terbaik untuk you,”

“Jangan lupakan I ye?”

“You’ll always be my friend, Melissa Firdaus,”

“Hadif! Cepatlah!” panggil Ilham.

“Jaga diri you. Assalamualaikum,”

“Waalaikummusalam,” Melissa melihat dari belakang, sehinggalah tubuh jejaka itu hilang dari pandangannya, barulah bibirnya mengungkapkan ayat keramat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience