BAB 1

Romance Completed 2964

Lagu Perfect nyanyia Ed Sheeran yang menjadi nada dering telefon bimbitku berdering lagi. Aku menoleh pada telefon bimbit yang tergeletak di atas katil. Lambat-lambat aku melangkah. Sebaik aku mencapai telefonku itu, aku terus merasa malas. Message daripada dia tu lagi!

Entah mengapa, aku merasakan dia seorang yang begitu desperate. Mana taknya?! Seringkali dia menghantarku message pada waktu-waktu yang salah. Sampai pada satu tahap aku sudah naik menyampah dengan sikapnya itu.

Pengenalan aku dan Melissa hampir setahun yang lalu berlaku secara kebetulan. Kami dikenalkan oleh salah seorang rakan kami. Aku yang ketika itu baru saja menjalinkan hubungan persahabatan dengan Nurul, merasa terkejut apabila Nurul mengatakan ada rakannya yang ingin berkenalan denganku. Aku yang sememangnya gemar mempunyai ramai teman menerima salam pengenalan Melissa.

Tanpa kusangka, pengenalan aku dan Melissa berlanjutan buat satu jangka masa yang agak panjang. Memandangkan aku tidak pernah berhubung dengan kawan-kawan perempuanku sebegini lama, Melissa kiranya yang pertama berjaya memecahkan rekodku itu.

Aku tidak menafikan, berbual dengan Melissa ada keseronokkannya. Dia pandai melahirkan tawaku dan bicaranya tidak pernah yang berbaur tidak senonoh. Setiap patah bicaranya menunjukkan siapa sebenarnya dia. Seorang yang tidak pandai berpura-pura!

Tidak cukup dengan bermessage saja, Melissa mahukan perbicaraan melalui corong telefon pula. Pada kali pertama dia meminta aku menelefonnya, aku hanya mengatakan masanya belum tiba lagi untuk berbuat demikian. Andai nanti, apabila aku sudah benar-benar bersedia, barulah aku akan menelefonnya. Dan sejak itu, dia tidak pernah membangkitkan hal itu lagi.

Sebenarnya, bukan semua message yang dihantar Melissa adalah pada waktu-waktu yang salah. Dia tahu aku sibuk dengan pelajaranku. Messagenya hanya akan tiba padaku apabila hari cuti sahaja dan tidak ketika kami masih lagi bersekolah. Tapi aku tetap tidak merasa selesa. Bagiku, dia terlalu ingin mendekatiku tanpa sebarang alasan kukuh.

Aku mencapai kembali telefon bimbitku. Membaca message kiriman Melissa.

– Salam. Hye. U bz ke?

Ayat wajibnya apabila hendak memulakan bicara. Aku tidak tahu apakah aku harus membalasnya atau membiarkan saja seperti biasa. Tapi yang pastinya, aku malas. Akhirnya aku membiarkan saja message itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience