BAB 9

Romance Completed 2964

“I’m sorry Dif. But you were late. I have to let you go. We are friends now,” begitu payahnya dia menyusun kata kerana terpaksa yang amat.

Aku dapat membayangkan wajah gadis itu sekarang. Pasti kulitnya yang cerah sudah berubah merah kerana sedang menangis lantaran aku mendengar suara esakan kecil. Aku sudah dapat mengagak betapa kecewanya Melissa dengan “kelewatanku”

“Melissa, I tak pernah lambat. It’s just a matter of time,”

“A matter of time? But the time given to you, ends yesterday!”

“Itu di Malaysia, sayang. You lupa ke I kat mana sekarang??”

Melissa terdiam. Ada betulnya apa yang dikatakan Hadif itu. Lelaki itu sekarang ini berada di New York. Perbezaan waktu antara New York dan Malaysia adalah 11 jam. Pantas, Melissa memandang ke arah jam di dinding. Waktu di Malaysia adalah pukul 8 pagi. Maknanya di New York sekarang ini lebih kurang pukul...

“10 malam,”

“Exactly! Jadi I masih belum terlambatkan?”

Kali ni Melissa menangis kerana terlalu gembira. ALLAH mendengar segala doa-doanya selama ini. Dan akhirnya segala penat lelahnya yang menunggu selama ini berbalas dengan hanya mendengar ucapan keramat daripada bibir lelaki itu.

“You tunggu I ye Melissa? Lepas I grad nanti, kita kahwin ye?”

“I dah tunggu you 3 tahun Dif. 6 more years wouldn’t harm me,”

Aku terharu mendengar kata-kata Melissa. Aku ambil masa selepas hampir 2 tahun untuk menyedari bahawa aku berkongsi rasa yang sama dengan gadis itu. Aku hanya menyedarinya apabila aku merasa rindu apabila Melissa tidak lagi menghantarku message dan juga email. Sejak itu, aku sedar hatiku telah dicuri olehnya.

Lafazkan ayat keramat tu Hadif. Lafazkanlah!’

“Melissa?” panggilku.

“Yes?”

“I love you!”

Tiada balasan daripada Melissa tapi aku yakin, aku dan dia sedang sama-sama tersenyum bahagia saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience