BAB 12

Romance Completed 5789

Khayla duduk termenung di bangku belakang rumah. Dia dah buat laporan polis, tapi tak tahu apa yang dah berlaku. Kertas yang Danish bagi dahulu membawa langkahnya ke rumah ni. Rumah yang dibina di dalam hutan. Agak tersorok dari padangan umum.

Dah seminggu dia dekat sini, menunggu Danish tiba. Tapi bayang dia pun tak kelihatan.

“Apa dah jadi dengan abang Dan? Kenapa abang Dan tak datang sini jumpa Ela? Abang tak rindu Ela ke?”

“Rindu..abang rindu sangat”.

Suara tu! Khayla menangis, dah lama dia tunggu. Akhirnya tiba juga.

“Abang Dan!” Tubuh Danish dipeluk. Dia risau, tak tahu macam mana keadaan Danish.

“Larhh. Sayang ni, cenggeng sangat lah. Abang ok aje ni”. Diusap kepala gadis tu. Dia tahu Khayla risau. Dia bukan tak nak datang ke sini, tapi dia kena selesaikan hal Mak Esa dulu, bila yakin perempuan tu dah ditangkap baru dia datang sini. Dia tak nak jejaknya diikuti. Semua ni akan membahayakan Khayla nanti.

“Mana abang pergi? Kenapa tak datang sini jumpa Ela? Sampai hati abang”. Dada Danish dipukul. Danish hanya tersenyum.

“Sayang ni. Rindu abang ya?”

“Mana ada!” Muka Khayla dah memerah. Malu dengan pertanyaan tiba-tiba itu.

“Kalau tak, tak apa lah. Abang pergi dulu, Ela pun ok aje ni. Tak ada masalah pun”. Danish mengatur langkah. Nak balik.

“Abang! Jangan pergi, jangan tinggalkan Ela. Ela sayangkan abang. Ela rindukan abang”. Dipeluk tubuh belakang Danish. Danish dah tersenyum dengar, dia bukan nak pergi pun. Sengaja nak menduga Khayla.

“Abang tahu”. Matanya dikenyitkan. Tersenyum menggoda.

“Abang jahat!” Dipukul lengan Danish. Mengadu sakit laki tu, luka kena pukul dulu masih tak sembuh lagi.

“Sorry abang. Ela tak sengaja. Sorry”. Digosok-gosok tempat dia pukul tadi. Rasa bersalah.

“Tak apa, abang rela kena pukul hari-hari. Dengan syarat Ela kena terus jadi gadis hutan abang”. Dia tersenyum.

“Gadis hutan?”

“Yup. Gadis hutan yang abang jumpa masa terseliuh dulu, gadis hutan yang abang cakap busuk kotor dulu. Tapi sekarang dia dah wangi. Dah cantik. Gadis hutan yang dah selamatkan abang dulu. Sanggup tak?” Tangan dihulurkan.

“Tapi mak dengan yang lain macam mana?” Khayla masih risau.

“Jangan risau, semua tu abang dah uruskan. Tak ada siapa yang akan ganggu Ela lagi. Abangkan ada, Ela tak perlu risau lagi pasal semua tu”.

“Ela setuju”. Perlahan Khayla cakap.

“Huh?”

“Ela setuju! Ela setuju jadi gadis hutan abang”.

“Yeay! Esok kita kahwin ya sayang”.

“Huh? Esok? Cepatnya. Bila Ela cakap nak kahwin dengan abang ni?” Mukanya diseriuskan. Lebih lah pulak Danish ni.

“Tapi abang tak boleh jaga Ela dekat sini kalau kita tak ada apa-apa hubungan. Kita kahwin lah sayang. Sekarang tak boleh sebab pejabat tok kadi dah tutup, esok lah ya”. Tangan Khayla digenggam. Dia memang serius nak jadikan Khayla ni teman hidupnya. Tapi kenapa Ela tak nak pulak?

“Kalau nak Ela setuju boleh, tapi ada syaratnya”. Khayla tersenyum tersirat. Hanya dia hanya tahu maksud senyuman tu.

“Apa?” Danish tak sabar nak tahu. Jantung dia dah berdebar kencang.

“Kalau nak kahwin dengan Ela….abang kena lah jadi lelaki hutan dulu. Baru sepadan dengan gadis hutan ni”. Kening dia diangkat. Boleh ke Danish?

“Huh?”…

Danish mengeluh. Ada-ada aje sayang ni.

“Ye lah. Terpaksa lah terimakan. Nak kahwin punya pasal, abang setuju. Khayla pun tak boleh lari. Esok kita kahwin!”

‘’Wah bukan main laju dan pantas lagi!’’ getus hatinya. Dia juga tak kisah, benda baik harus disegerakan.

Apapun, pencariannya kini berakhir, sudah tidak perlu dia berlari menyorokkan diri. Dia juga tidak perlukan harta menimbun malah dia tidak inginkan sesen pun dari harta warisan. Dia hanya mahu kesederhanaan dan paling penting suami yang senantiasa bersamanya dalam suka dan duka di mana sana terutamanya dalam tempat yang paling selesa untuk dirinya, hutan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience