BAB 8

Romance Completed 5789

“Ela!” Langkah Khayla mati, dia menoleh. Pandang tepat pada Danish. Tapi nampak kosong sangat pandangan tu.

“Encik tak boleh datang dekat”. Seorang bodyguard Khayla dah menghalang langkah Danish. Tu memang tugas dia, memastikan bos dia tak didekati dengan orang yang tak dikenali.

“Kenapa pulak tak boleh? Ela kenal aku lah”. Danish tak puas hati. Kacau lah laki ni. Siap ada bodyguard lagi Ela sekarang.

“Cik Ela kenal laki ni?”

Khayla menggeleng kemudian terus dia berpusing. Melangkah pergi. Dia tak nak kenang lagi peristiwa lama. Dia tak akan maafkan Danish. Dia bukan gadis hutan yang naif dulu, yang senang cintanya ditolak. Dia tak selemah tu lagi.

“Ela! Ela! Jangan pergi. Ela!!” Langkah Kyala diikut. Berlari dia mengejar, tapi nasib dia tak baik sebab terjatuh ketika menuruni tangga.

“Ya Allah Dan, macam mana boleh jatuh ni?” Zack menghulurkan tangan. Nak membantu Danish bangun. Kenapa Danish menangis? Apa kaitan Danish dengan gadis cantik tadi tu?

******

“Boss petang ni ada perjumpaan dengan wakil dari syarikat Bersatu. Cik dapat datang ke? Ataupun nak saya carikan pengganti?”

Kyala tersenyum.

“Saya boleh aje pergi. Dah nak sampai masa nanti inform saya balik”. Langkah setiausahanya dipandang. Kejadian semalam terimbas kembali. Kenapa Danish kejar dia? Kenapa nak panggil dia semalam? Semua sebab perubahan diri dia ni ke? Sebab dia sebenarnya anak hartawan, pakai baju cantik, berjawatan tinggi. Kalau dia masih gadis hutan Danish nak ke dengan dia?

Kenapa baru sekarang nak kejar dia, kenapa bulan 3 tahun lepas. Apa yang dia ni nak. Kenapa tak biarkan aje dia bahagia tanpa bayang dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience