BAB 9

Romance Completed 5789

“B, tolong cancelkan meeting ni, saya ada hal”.

“Huh? Tapi boss. Kita dah sampai sini pun, wakil syarikat Bersatu pun dah sampai”. Bella mengaru kepala. Kenapa bila sampai sini baru cik boss ni nak cancelkan, alasan apa dia nak bagi nanti.

“Tapi saya sakit kepala, tak dapat nak join lah. Sorry”. Terus Khayla berlalu pergi. Laju. Malas nak bersoal jawab dengan Bella.

Tapi Dia tak sedar dari tadi mata Danish mengikut langkah Khayla. Dia tahu gadis tu nak mengelak, dia tahu gadis tu tak nak jumpa dia. Memang sengaja dia mengaturkan meeting tu, semua kerana dia nak bertemu dengan Khayla. Tapi pandai gadis ni mengelak.

“Nak pergi mana? Nak lari dari abang ke?” Tangan Khayla dicengkam. Ditolak tubuh itu ke dinding. Sekarang Khayla dah tak dapat larikan diri dari dia lagi. Nasib baik dia sempat ikut langkah Khayla tadi. Seraut wajah yang dirindui itu dipandang puas.

“Lepaskan saya lah, kalau tak saya jerit”. Khayla meronta-ronta. Cengkaman Danish terasa kuat. Merah jadinya tangan dia.

“Tak boleh. Kenapa sekarang ni Ela sombong dengan abang? Abang nak jumpa kejap pun tak boleh”.

“Saya tak kenal awak buat apa nak jumpa”. Danish merapatkan mukanya. Matanya bersatu dengan mata Khayla.

“Betul tak kenal abang?” Makin lama makin dekat jarak wajah mereka. Tiba-tiba air mata Khayla mengalir. Dada Danish dipukulnya berkali-kali, tubuh laki tu dipeluk.

“Kenapa abang Dan tinggalkan Ela? Kenapa abang Dan sanggup biarkan Ela sorang-sorang lepas Ela tolong abang? Abang Dan kejam! Kejam!!” Dipukul lagi dada bidang Danish, Danish hanya merelakan.

“Sayang…dengar sini. Abang tak tinggalkan Ela masa tu, abang dukung Ela bawa balik rumah. Tapi Ela aje yang tak sedar”.

Pukulan Khayla terhenti. Dia memandang Danish. Abang Dan dukung dia? Kenapa mak cakap abang Dan biarkan dia?

“Abang Dan tipu! Mak cakap abang tinggalkan Ela seorang dekat situ. Mak tak akan tipu Ela, tapi abang Dan”.

“Abang mungkin jahat sebab kutuk Ela dulu, tapi abang tak akan tinggalkan Ela sorang-sorang dekat situ. Lebih-lebih lagi bila Ela dah selamatkan nyawa abang. Abang tak sekejam tu sayang”.

Khayla menggelengkan kepala berkali.

“Tipu! Abang Dan tipu! Mak tak akan tipu Ela. Mak tak akan tipu Ela”. Dia menutup telinga, terduduk mencangkung di situ. Esakan dia makin kuat.

“Ela”. Tangannya menyentuh bahu Khayla. Tak sanggup dia melihat air mata Khayla, gadis hutan yang dah menghuni hati dia sekarang.

“Jangan sentuh Ela. Abang Dan jahat! Kejam! Penipu”. Ditepis berkali tangan Danish yang cuba menyentuh bahunya.

“Sayang, dengar cakap abang. Abang tak tipu sayang”.

“Jangan panggil saya sayang. Jangan!” Matanya membeliak. Marah. Tak suka dengan kata sayang Danish. Semua tu tipu.

“Kenapa tak boleh? Abang sayang Ela, abang sayang Ela sangat. Ela tahu tak betapa terseksanya abang tak dapat jumpa Ela tiga tahun ni. Ela tahu tak yang abang pergi balik hutan tu semata-mata nak cari Ela. Tapi abang tak jumpa, Ela dah tak ada. Kampung tu pun tak ada. Macam semua tu tak wujud. Kenapa Ela pergi? Kenapa tak tunggu abang?”

Khayla terkejut! Danish ada datang hutan tu balik? Demi dia?

“Abang tipu! Ela tak percaya. Dulu abang Dan sendiri yang cakap abang Dan tak suka perempuan hutan macam Ela. Abang Dan cakap Ela kotor, busuk. Kenapa tiba-tiba abang Dan cakap suka dekat Ela. Abang tipu!”

“Ela”. Digoyang tubuh gadis itu. Kenapa lah susah sangat Khayla ni nak percaya dengan dia.

“Pergi, pergi jauh. Ela tak nak tengok muka abang lagi”.

Ditolak jauh tubuh Danish. Dia takut hatinya cair balik.

“Sayang, abang Dan cintakan Ela. Kenapa susah Ela nak percaya? Apa lagi Ela nak abang buat untuk yakinkan Ela?”

“Ela tak minta apa-apa, Ela nak abang pergi aje. Jangan ganggu Ela lagi. Tolong abang, pergi”. Ditolak lagi tubuh laki itu.

“Tak akan! Abang tak kan pergi. Cukup lah sekali abang hilang Ela. Abang tak nak kehilangan Ela lagi”. Terus dicembung tubuh Khayla. Rontaan gadis tu tak memberi apa-apa kesan apa Danish. Dia dah tekad. Tekad tak akan lepaskan Ela lagi.

“Lepaskan Ela. Lepaskan!!” Menjerit-jerit Khayla berharap ada yang mendengar, tapi semua tu sia-sia. Kawasan tersebut sunyi, tak ada orang pun di situ melainkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience