BAB 1

Romance Completed 5789

“Wey ke hulu hilir tu nak ke mana?’’ tanya Zack. Dia punya tugas memasak, tu yang dari tadi sibuk menghadap api ni. Tapi tak ada bau apa-apa pun. Belum mula lagi ke?

“Ekau ni, tekojut den! Ni hah, aku nak cari kayu lagi, macam nak hujan aje ni. Baiklah aku topup stok kayu kering karang malam ada yang menggigil kesejukan tu satu, lepas tu ada yang kebulur, hah yang tu siapa nak jawab?”. Beg dah dipakai. Segala peralatan semua dah dimasukkan dalam tu.

“Dan, jangan lama sangat”. Teriak Fahim, dia tengah syok main air terjun. Dari datang berkhemah dekat sini tu aje lah kerja dia. Berendam. Macam dekat rumah dia ni tak ada pool aje. Sampai dah kecut tangan pun main juga.

“Ok!” Diangkat tangan sebelum berlalu. Kena cepat. Dia berlari perlahan, masih tak mahir lagi dengan jalan hutan ni. Kalau laju nanti takut tersadung akar pokok pulak. Kamera pun Danish bawa. Mana tahu ada pemandangan cantik nanti. Boleh lah snap dua tiga keping. Tapi pemandangan apa eh? Hutan? Tu aje lah yang ada kan?

Danish menunduk, semua kayu-kayu, ranting-ranting dikutip. Ada banyak juga lah. Tapi hati Danish ni masih cakap semua ni tak cukup. Makin lama, makin jauh dia melangkah. Dah terlalu jauh dari khemah tempat dia orang bermalam. Kawasan tu pun, dah makin gelap. Tapi tak menakutkan Danish langsung. Dia memang suka aktiviti outdoor macam ni.

“Awww”. Danish terjatuh, tak perasan pun ada akar ni tadi. Seluar disingsing tinggi. Nak tengok teruk tak cedera dekat lutut. Teruk juga! Luka ditiup-tiup. Motif? Tak tahu lah kenapa. Mungkin boleh hilangkan sakit kut.

“Adui! Macam mana ni? Dah lah gelap, mana aku nampak nak gerak balik. Malang betul lah, time ni lah juga nak jatuh”. Dahan pokok dipukul kuat. Bergoyang juga lah pokok tu. Sebab bukan pokok besar mana pun.

“Woi! Apa ni!!”.

Danish terkejut! Dada dipegang. Jangan kata tempat ni ada tut tut tut. Ya Allah selamatkan lah hambamu ni. Tangan diangkat memohon pertolongan. Dia pun tak berani nak dongak tengok siapa gerangan yang menjerit tadi. Laki? Entah lah..

Lutut ditemukan. Nak berdiri rasanya tak mampu, Danish dah cuba tadi. Kaki dia terseliuh. Mungkin sebab terjatuh tadi kut.

Zapp..

Muka Danish pucat, dah kecut perut. Bila masa pulak benda ni turun. Bunyi pun tak ada. Tiba-tiba aje. Dah lah berdiri depan aku. Hari pun gelap mana lah nak nampak muka dia. Kaki! Tengok kaki dia ada tak. Dipanjangkan lehernya, tapi masih tak nampak. Tak ada? Adui! Masalah apa pulak ni!

Matanya ditutupkan. Takut! Badan disandarkan pada pokok. Menggigil juga badan dia. Kenapa lah benda ni tak pergi-pergi lagi? Pergi lah. Shussh..shussh..

“Sesat ke?”

“Huh?” Mata dibuka. Terkejutnya! Muka benda tu dah rapat dengan mukanya. Rapat sangat. Sampai nafas benda tu pun terasa di mukanya. Mata dia terkelip-kelip. Benda ni orang? Perempuan!

“Saya tanya awak ni sesat ke?” Masih rapat lagi muka perempuan ni. Terkelip-kelip lagi pandang Danish. Macam gaya budak kecil pandang orang asing.

Danish telan liur. Nasib baik orang. Muka perempuan tu dipandang. Comelnya dia! Tapi….comot! Siapa dia ni?

“Awak tak dengar ke apa saya tanya tadi?”

“Huh?” Dahi berkerut. Perempuan yang dah menjauh tu dipandang. Dia tanya apa tadi? Ada ke?

“Awak sesat ke?” Dah macam malas dah nada dia. Ye lah, dah berapa kali dia tanya kan. Siapa pun mesti malas nak ulang benda sama.

“Ohh..haa”. Sekeliling dipandang. Tapi tak nampak sangat, sebab gelap. Gelap? Apa perempuan ni buat dekat tempat gelap ni? Betul ke orang?

“Awak siapa?” Ditanya pulak pada perempuan tu.

“Khayla. Panggil Ela aje”. Dia tersenyum, dirapatkan kembali muka. Siapa laki ni? Hensemnya! Tak pernah nampak pun sebelum ni. Ralit dia pandang muka Danish.

Dup dup dup. Kuat degupan jantung Danish. Comelnya dia senyum, macam anak patung lah. Tapi kenapa comot sangat? Baju pun lusah.

“Duduk mana? Kenapa duduk dalam gelap ni? Tak takut ke?” Khayla hanya tersenyum. Menampakkan gigi putihnya. Dia menggeleng kemudian.

“Tak, sini rumah Ela. Kenapa nak takut pulak? Ela dah selalu main dekat sini’. Dia tersenyum.

Rumah dekat sini? Danish pandang sekeliling lagi. Mana ada rumah dekat sini. Budak Ela ni comel, tapi menakutkan lah. Betul ke dia ni?

“Abang? Nama apa?” Jarinya bergerak. Menyentuh pipi Danish. Lagi lah kuat degupan jantung Danish. Apa dia nak buat dekat aku ni?

“Erm..em..Danish”.

Khayla tersenyum. Disentuh pulak hidung Danish, dicuit-cuit, picit, tarik. Sampai sudah nak menafas jadinya. Khayla tergelak-gelak, tak tahu apa yang kelakarnya.

“Nak panggil abang apa?” Last sekali dia menyentuh bibir Danish. Diulasnya lembut. Mata Danish dah membeliak.

“Pang..panggil..Dan aje”. Tergagap-gagap nak cakap, sentuhan Khayla membuatkan dia terlayang tadi.

“Ohh..abang Dan. Sedap nama abang”. Lembut aje suara Khayla ni. Dia berdiri pulak. Dihulurkan tangan.

Danish pandang pelik. Apa lagi dia ni nak? Dia ingat aku ni patung apa nak usap-usap muka aku.

“Jom lah. Ela tahu kaki abang Dan sakit. Ela nampak abang Dan jatuh tadi”. Dia tersenyum. Masih setia menunggu hulurannya disambut.

“Nak pergi mana?” Danish masih tak berani lagi nak sambut, dia ni cakap rumah dia dekat sini tadi kan. Kalau aku ikut nanti tak ke naya. Ada tiba-tiba esok bangun, aku dah ada dekat alam lain pulak.

“Rumah Ela. Rehat dekat situ dulu. Dah malamkan”.

“Tapi dekat sini mana ada rumah”.

“Ada lah. Abang Dan aje yang tak nampak. Jom lah, makin sejuk ni. Jangan takut Ela ni orang”. Dia tergelak. Nampak sangat laki ni takut dengan dia.

“Ok..” Disambut juga tangan tu. Kaki dia pun sakit ni, mana mampu nak bangun sendiri. Tak akan nak bermalam dekat sini. Baju dia pun tak lah tebal nak melawan suhu sejuk ni. Boleh beku silap-silap bangun esok.

Khayla masih tersenyum. Badan Danish dipapah. Ditarik tangan Danish pada pinggangnya. Menyuruh laki tu berpaut. Dipapah dia sampai ke satu perkampungan. Mulut Danish melopong! Betul lah, ada rumah dekat sini. Muka Khayla dipandang, dia hanya tersenyum. Apa tak penat ke dia ni dari tadi tersenyum aje?

“Kan Ela dah cakap. Abang Dan aje yang tak percaya”. Danish hanya diam tak melawan. Rumah-rumah kayu di depannya dipandang. Terang kebanyakan rumah tu dengan lampu minyak tanah. Macam zaman P. Ramlee lah! Masih ada lagi rumah macam ni juga eh. Dengan berbumbungkan daun. Air tak masuk ke masa hujan?

“Mak!..mak!.. tengok siapa yang Ela bawa ni”. Tiba disatu rumah yang agak paling hujung, Zhayla menjerit. Mungkin panggil mak dia kut.

“Ela? Kamu pergi mana ni? Dah mal..”. Mak Esa terkejut. Siapa pulak yang Ela bawak balik ni?

“Siapa dia ni Ela?” Figura laki tu dipandang atas bawah. Orang luar ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni.

“Ni abang Dan ma. Dia sakit kaki. Tak dapat jalan balik, sebab tu Ela bawa dia balik sini. Tumpang rehat. Boleh tak mak?” Muka dicomelkan, nak mak dia bersetuju.

Muka Mak Esa serius. Dia memang tak suka orang luar datang kampung ni. Sebab tak tahu apa tujuan dia orang ni. Mana tahu nak buat dajal dekat sini nanti. Ela ni pun apa lah baik sangat ajak dia ni datang rumah berehat. Tapi…tak sampai hati lah pulak nak kata tak.

“Ok. Tapi esok awal pagi dia kena pergi”. Mak Esa terus berlalu masuk. Dia nak sediakan tempat tidur Danish. Tak suka pun kena juga layan tetamu baik-baikkan. Rumah dia pun tak pernah terima kehadiran mana-mana tetamu sebelum ni.

“Abang Dan. Yeay! Mak kasi”. Tersenyum lebar dia pandang Danish. Dia tersenyum kecil. Pandai Khayla ni pujuk mak dia. Kalau tak tadi, tak tahu lah dia nak tidur mana.

Senyuman Khayla mati. Tergamam tengok senyuman Danish tadi. Muka dia dirapatkan kembali. Pipi Danish disentuh, diusapnya.

“Abang Dan ni hensem lah. Ela suka. Nak jadi pakwe Ela tak?”

Huh? Pakwe? Dahinya berkerut, hanya diperhatikan mata Khayla. Dia pun aku tak kenal, kenapa tiba-tiba pulak nak aku jadi pakwe dia ni?

“Ela bawa tetamu kamu tu masuk”. Jeritan Mak Esa memeranjatkan Khayla dan Danish.

Adui! Bala apa ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience