BAB 4

Romance Completed 5789

“Mak Esa!” Berlari dia ke atas rumah tu, tubuh lemah Khayla masih dalam dukungannya. Sisa air mata kelihatan di pipi Danish.

“Ela!! Apa kau dah buat pada anak aku huh? Baringkan dia dekat bawah. Jangan sentuh dia lagi”.

Danish meletakkan tubuh Khayla. Dia tahu Mak Esa marah dengan dia sebab kutuk Khayla pagi tadi. Tapi dia dah menyesal, dia dah sedar.

“Mak cik, Ela selamatkan saya tadi. Dia sedut racun ular dekat kaki saya. Mungkin dia ada tertelan sikit racun tu”. Diterangkan juga hal sebenar. Mak Esa dah menangis.

“Ela, kenapa lah kamu ni baik sangat. Kenapa nak ditolong lagi laki ni. Kenapa lah kamu tak biarkan aje dia tadi, tengok sekarang ni kamu pulak yang dah kena”.

Danish tersentak. Memang betul kata Mak Esa pun. Memang laki jahat macam dia tak patut ditolong. Khayla dipandang. Diduduk disebelah Khayla. Ingin disentuh raut pucat itu.

“Jangan kau berani nak sentuh dia. Kalau kau buat melayang parang ni dekat kau nanti” Danish telan liur. Dia mengundur ke belakang.

Mak Esa jeling ke arah Danish sebelum mengambil tempat di sebelah baringan Khayla. Tadi dia pergi ambil daun untuk dilumur pada bahagian luka tu. Mak Esa ni macam doktor dekat kampung ni, dia tahu jenis-jenis daun yang boleh digunakan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.

“Kau pergi dari sini. Tak payah tunggu Ela. Aku pun tak suka tengok kau ada ni. Bukan boleh menolong apa pun, menyusahkan Ela lagi ada lah”. Dihalaunya Danish pergi. Tak suka tengok laki yang dah buat anaknya terbaring lemah ni ada lagi di sini. Daun yang dah dihancurkan dicampur dengan air. Sedikit demi sedikit perahan air dimasukkan ke dalam mulut Khayla.

“Tapi mak cik saya nak tunggu Khayla bangun dulu. Saya nak ucap terima kasih pada dia sebab dah selamatkan saya tadi”.

“Tak payah. Aku tak suka tengok kau dekat sini, kau pergi lah balik. Jangan datang sini lagi. Jangan nak kelirukan anak aku ni. Dia budak baik, tak sesuai untuk kau. Cukup lah sekali kau sakitkan dia. Dah pergi! Aku tak sanggup nak tengok Ela sedih lagi sebab kau”.

“Tapi mak cik..”

“Pergi! Aku cakap pergi, pergi lah!” Mak Esa menjerit, Danish menurut juga. Lemah aje langkah dia. Dia sempat menoleh pada Khayla. Tapi pandangan tajam Mak Esa membuatkan dia terus melangkah. Dia tahu Mak Esa bencikan dia. Khayla, maafkan saya. Maafkan saya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience