BAB 11

Romance Completed 5789

Air mata bertakung pada mata Danish. Tangan Khayla yang masih setia memandang di luar dipegang. Berat hati dia nak lepaskan gadis tu pergi.

“Maafkan Ela. Tapi Ela kena pergi juga. Ela masih tak dapat percayakan abang”. Pegangan tangan Danish dirungkaikan. Dia tak menoleh langsung memandang ke arah Danish.

Tangan Khayla dicapai semula. Kali ni kuat pegangan dia. Khayla menoleh. Dahinya berkerut. Pautan tangan dipandang.

“Izinkan abang hantar Ela sampai dalam. Untuk kali terakhir. Lepas ni abang janji tak akan cari Ela lagi”.

Khayla menahan air mata yang nak mengalir. Kata Danish menghiris hatinya. Tak akan cari dia lagi? Tu ke yang dia nak? Betul ke pilihan yang dia ambil ni?

Khayla hanya mengganguk.

“Macam mana kau buat kerja ni? Mana Ela pergi?” Jerkahan seseorang mematikan langkah mereka. Khayla merungkaikan pautan tangan, nak mencari dari mana datangnya suara tu.

“Maaf puan. Kami dah cari. Tapi masih tak jumpa dia”. Khayla memandang seorang laki yang sedang menunduk menghadap seorang wanita tua. Mak? Apa yang dia orang tengah cakap ni? Danish hanya memerhatikan dari sebelah Khayla. Dia lagi tak faham apa yang sedang berlaku ni.

“Kau ni yang bodoh. Perempuan yang satu tu pun susah nak jaga ke? Sebab kau semua rancangan aku selama bertahun ni bakal musnah. Sebab kau rancangan aku nak bunuh Ela tergendala. Kalau tak aku dah dapat dah semua harta dia. Bodoh!”

Bunuh? Harta? Dada Khayla turun naik mendengarkan ayat Mak Esa. Danish dekat sebelah dah membuntang mata dia. Kenapa mak Ela sanggup nak bunuh anak dia sendiri? Khayla yang sudah mengalirkan air mata dipandang.

“Tapi puan masa dia sakit dulu kenapa puan tolong? Kenapa tak biarkan aje dia mati”.

Dia tertawa pulak tiba-tiba. Terasa kelakar dengan pertanyaan orang suruhan dia tu. Sebab tu dia bos bukan budak hingusan ni. Benda ni pun tak boleh fikir sendiri ke?

“Kalau dia mati awal macam mana aku nak dapatkan harta dia”.

“Ela?” Mak Esa terkejut! Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Dia tertawa lagi. Kalau dia tahu senang lah kerja aku.

“Jadi kau dah dengar semua tadi?” Mak Esa tergelak sinis. Dia nampak ketakutan yang tergambar pada raut Khayla. Kau ingat dengan sorok belakang Danish tu boleh selamatkan nyawa kau?

Danish memandang sekeliling. Dia orang dah dikepung. Tak ada jalan nak selamatkan diri lagi.

“Kenapa mak buat semua ni? Kenapa nak bunuh Ela? Ela ni anak mak?” Walaupun berlindung dibelakang Danish ketakutan, dia masih nak bertanyakan lagi hal tu.

“Kenapa?” Mak Esa tergelak. Kuat! Danish dan Khayla dengar pun takut. Menyeramkan ketawa Mak Esa tadi.

“Sebab aku bukan mak kau, aku ni mak tiri kau aje. Aku jaga kau selama ni sebabkan harta aje. Ramai saudara kau yang nak ambil jaga kau dulu, tapi aku sempat larikan kau dulu. Setiap kali hidup pindah randah dalam hutan, semua penduduk kampung tu orang aku juga. Tapi kau tak perasan kan? Sebab tiap kali pindah aku akan pastikan dulu tempat tu direka sebiji macam kawasan kampung yang sama macam asal. Kau pun aku angkat masa tengah tidur”.

Danish berkerut. Memikirkan sesuata. Patut lah masa dia nak keluar dulu, dia dapat rasakan yang dia berada pada kawasan yang sama aje. Rupanya, setiap kawasan tu dah diubah.

“Kenapa? Kenapa kena tipu Ela?”

“Sebab aku tak nak harta kau jatuh dekat tangan saudara kau yang bodoh tu, aku tunggu masa aje nak bawa kau keluar. Tunjuk pada umum, bila kau dah cukup umur aku akan bunuh kau. Jadikan aku pewaris semua ni”. Mak Esa tergelak lagi. Dia bangga dengan diri sendiri sebab pandai sangat merancang semua ni. Tunggu dah habiskan nyawa Ela aje, lepas tu semua akan jadi milik dia.

Khayla keluar dari tempat dia bersorok. Danish pegang kuat tangannya, takut Khayla diapa-apakan nanti.

“Kalau mak nak semua tu Ela boleh bagi aje. Tak perlu buat semua ni. Mak dah jaga Ela selama ni, Ela tak kisah pun pasal harta tu”.

“Kau ni memang bodohkan, aku ni tak lah bodoh nak percayakan cakap kau. Aku tahu kau nak perangkap aku. Jangan harap aku nak jatuh dalam perangkap kau”.

“Ni bukan perangkap mak. Ela tak kisah pun nak bagi mak semua harta tu. Ela sayangkan mak”. Dia cuba nak menghampiri Mak Esa. Tapi Danish dah bertindak awal, dia mengenggam erat tangan tu. Rontaan Khayla hanya dibiarkan.

“Kau lagi sayangkan aku dari dia?” Jarinya menunjuk ke arah Danish.

Khayla memandang Danish sekejap sebelum menoleh ke arah Mak Esa balik. Air mata yang menganggu pandangnya dikesat.

“Ya, Ela sayangkan mak lebih. Sebab Ela tahu mak tak akan tinggalkan Ela macam Danish buat dulu”.

Ketawa Mak Esa meletus. Makin kuat.

“Kau ni memang bodoh lah Ela. Aku ni langsung tak sayangkan kau, kau ingat aku suka ke jaga kau selama ni? Kau ingat aku suka ke duduk dalam hutan tu sangat? Tapi sebabkan harta tu aku buat juga. Laki ni pun bodoh boleh sukakan perempuan macam kau ni. Dah lah kotor, busuk. Betul lah apa yang dia cakap dulu. Kalau kau nak tahu, memang aku sengaja tipu kau. Aku sengaja cakap yang dia tinggalkan kau dulu, sebab aku tak nak rancangan aku terjejas hanya sebab cinta monyet kau orang ni”.

“Kau yang bodoh bukan Ela, kau yang busuk. Semua yang kau cakap tu hanya merujuk pada diri kau sendiri”. Kuat Danish bersuara. Tak guna nak cakap baik dengan orang jenis ni. Kalau dah sampai nak membunuh tu kena hormat lagi ke?

Khayla terkejut! Mata Mak Esa dah membuntang. Kurang ajar!

“Apa kau cakap??”

“Aku cakap kau bodoh. Masih tak dengar lagi? Nak aku ulang? Kau ni bodoh! Sebab harta sanggup jadi macam ni. Kau tak sedar harta yang paling bernilai sebenarnya bukan semua harta warisan Khayla tapi Khayla sendiri”.

Dada Mak Esa turun naik, menahan amarah. Matanya dah bagi isyarat, suruh orang suruhan dia bertindak.

“Ambil kertas ni, lari”. Ditolak tubuh Khayla pergi. Tapi dia tak nak. Dia tak sanggup nak tinggalkan Danish.

“Pergi Ela, pergi. Pergi jauh dari sini”. Khayla menggeleng kepala. Dia tak nak.

“Pergi. Sini bahaya. Tolong demi abang, pergi selamatkan diri Ela, abang tak sanggup tengok Ela terluka lagi. Pergi dari sini!!” Khayla menangis. Dia tak mampu nak tolong Danish yang dah teruk kena belasah.

Bila ternampak bayang seorang laki yang ingin mendekatinya, dia mula berlari. Sekuat hatinya, dia sempat menoleh ke belakang. Nampak Danish bangun memukul laki yang menghampirinya tadi. Sehabis daya, Danish memukul mereka. Seorang lawan enam orang mana mungkin. Khayla hanya mampu menangis, menangis kerana kebodohannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience