BAB 7

Romance Completed 5789

3 tahun 6 bulan berlalu….

“Kau kenapa tak layan girl tu tadi?” Kesian dia melihat gadis yang datang mengajak Danish untuk berbual bersama tadi.

“Tak ada mood aku. Kau aje lah yang layan perempuan tu”.

“Kau ingat dekat Ela lagi ke?”

“Sesaat pun aku tak pernah lupakan dia Am”. Air dicapai, diminumnya sebelum tiba-tiba air tersembur.

“Dann! Apa ni, basah kut baju aku. Agak-agak lah wei”.

“Sorry-sorry tak sengaja. Aku nampak dia tadi Am”. Mata dia melingas mencari bayang seseorang, tapi tangan dia sibuk lap nak keringkan baju Zack. Sampai tak sedar yang dia terlap muka laki tu.

“Woi! Ni muka aku lah. Yang kau pergi lap buat apa”. Ditepis jauh tangan Danish. Malu kut, dah lah tadi tersembur air sekarang muka kena lap dengan tisu pulak. Jatuh saham dia nanti.

“Sorry-sorry”. Dia tersengih.

“Banyak lah sorry kau. Siapa yang kau nampak ni?” Mata dia turut melihat sekeliling. Nak tengok siapa lah yang sebenarnya Danish nampak sampai tersembur air pada dia.

“Ela. Aku nampak dia tadi”.

“Huh? Ela? Gadis hutan tu? Tak akan lah dia ada dalam majlis ni”. Zack menggeleng kepala. Dia tak percaya. Mustahil sangat baginya.

“Dia bukan gadis hutan lah Am. Kau ni pun jangan lah main cakap aje”. Muka Danish dah merah. Dia tak suka orang bagi nama bukan-bukan pada Khayla. Tapi tak sedar dia yang dia yang mulakan dulu nama panggilan tu. Apa lah Danish ni.

“Ok sorry bro. Aku tahu kau tak suka. Tersebut tadi. Tapi betul ke Ela tadi?”

‘Betul! Aku yakin tu dia. Walaupun dia dah berubah macam mana pun, aku pasti yang gadis tadi tu dia. Aku ingat muka dia”. Yakin Danish ni berkata. Zack pun angguk aje lah. Kalau salah cakap nanti takut kena marah pulak.

“Dipersilakan cik Khayla pengarah syarikat Ayla Construction yang merupakan pewaris sebenar pemilik syarikat ini untuk memberikan sepatah dua kata”. Suara pengerusi majlis tu berjaya buat Danish tersembur lagi air minumannya pada Zack. Muka Zack dah bengang. Apa pulak ni? Kenapa asyik aku yang kena? Dah lah orang lain dah gelak ni.

“Kau ni kenapa Dan? Tak puas nak basahkan…”. Danish dah tutup mulut Zack. Banyak cakap lah dia ni. Jarinya lurus ditunjukkan ke arah Khayla.

“Cantiknya dia Dan. Kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni. Kau kenal tak? Boleh bagi aku nombor dia?” Terus terlupa marah dia pada Danish. Baju yang basah pun tak terasa. Wajah gadis yang sedang bercakap tu sangat memukau hatinya. Cantiknya dia! Siapa gadis ni?

“Dia pengarah syarikat ni?” Bengang juga lah dengar Zack puji Khayla. Tapi memang dia pun tak nafikan yang Khayla nampak cantik sangat malam ni. Tak sangka gadis hutan dah berubah jadi puteri kayangan. Sedrastik ni perubahan dia, kalau dulu baju dia lusuh sekarang dah pandai pakai dress labuh siap ada manik-manik mahal lagi. Yang penting langsung tak lusuh. Kalau dulu rambut dia…adui..susah nak terangkan..Tapi sekarang lurus aje macam dah berkali guna teknik relaxing. Siap dengan berjawatan besar lagi, siapa sebenarnya Khayla ni?

“Huh? Pengarah? Bukan Puan Diana ke selama ni yang pegang jawatan tu?”

Danish angkat bahu. Dia tak berminat pun dengan semua tu. Dia lagi berminat nak tahu macam mana gadis hutan ni dah berubah sedrastik ni. Rindunya pada dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience