BAB 8

Romance Completed 12831

“ Amrina… bangun sayang. Kita dah sampai ni.”

Aku tergeliat kecil. Aku juga terkejut melihat kediaman rumah didepan mata aku ni. Wow! Cantik gila! Terus aku menoleh ke arahnya dengan riak tak percaya.

“ Rumah awak ke ni?” Soalku inginkan jawapan.

“ Ya. Ayah saya yang hadiahkan sempena perkahwinan kita.”

Aku keluar daripada kereta dan memerhati keadaan sekeliling. Ish! Ini dah macam bukan rumah tapi macam istana pun ada. Besar sangat! Rumah aku pun tak besar macam ni. Sedangkan nak duduk dua orang je. Ayah bagi rumah macam ada ramai yang nak duduk dekat sini.

“ Jom masuk!”

Apabila masuk je dalam rumah, aku terpegun. Ya Allah! Cantiknya!!! Teruja aku saat ini.

“ Mesti mahal kan rumah ni?” Terpacul soalan itu daripada mulutku. Namun dia menjawab juga.

“ Tak tahulah. Ayah yang beri. Ayah tak nak beritahu saya pun berapa harga rumah ni. Nama pun hadiah kan?”

Aku mengikutinya ke arah bilik. Boleh dikatakan semua ruang dalam rumah ni amat besar. Macam aku sedang berada dalam kelas kot. Bilik pun dah macam ruang tamu.

“ Okey. Kita duduk dekat sini.”

Dahiku berkerut.

“ Kita? Saya nak bilik asing.” Ujarku tegas.

Amboi dia! Banyak cantik! Aku nak bilik aku sendiri. Inilah akibatnya kalau kahwin dengan orang yang kita tak suka.

“ Kenapa pula? Kita dah kahwin pun kan? lagipun tak baik tau awak ingkar arahan suami awak ni.”

Ujarnya lembut tapi kata-kata itu amat mendalam maksudnya ye. Argh!

“ Mentang-mentang dah jadi suami. Bolehlah awak nak kuasa veto awak tu ha? Huh!”

Dengan geramnya, aku berjalan lalu sengaja terlanggar bahunya. Marah! Aku duduk di birai katil dengan perasaan bengang. Lantaklah dia nak kata apa pun.

“ Ingat ye sayang… mama pesan apa dekat rumah tadi?”

Dia menjungkitkan kening nakal. Argh!!! Mama!! Suami Rin ni gunakan kuasa dia lah. Macam mana ni???

“ Whatever!! Huh!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience