BAB 4

Romance Completed 12831

“ Don’t be stupid Fairuz! Dulu awak yang kata awak tak pernah percayakan kewujudan cinta. Mengapa tiba-tiba cakap macam tu pula? Awak jangan nak berdolak dalih lagi. Sekarang beritahu perkara yang sebenarnya mengapa awak nak kahwin dengan saya.”

Tanganku ditarik papa agar menjauhi Fairuz. Tapi sempat aku lihat ke dalam mata Fairuz. Memang betul! Ada satu rahsia yang sedang dia sembunyikan daripada aku. But what?

“ Amrina… Papa minta tolong sangat. Tolong tunaikan permintaan papa kali ni je. Kahwin dengan Fairuz ye? Papa buat semua ni demi kebahagiaan kamu. Tolong ye..”

Apabila aku melihat papa merayu macam ni. Hati aku jadi tersentuh. Kenapa sampai macam ni papa perlu merayu? Apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum ni? Apa yang Fairuz sembunyikan daripada aku?

“ Papa…”

“ Baiklah. Papa janji. Selepas Amrina kahwin dengan Fairuz. Papa akan turutkan apa saja permintaan kamu. Lepaskan kamu ke Paris pun papa sanggup. Kan kamu nak ke sana suatu hari nanti?”

Air mataku bergenang. Papa benar-benar nak aku kahwin dengan Fairuz.

“ Tapi kenapa? Rin masih muda papa. Belajar pun tak habis lagi.” Aku memberikan alasan.

Mana mungkin aku sanggup kahwin dengan dia sedangkan hati aku ada pada orang lain. Betul ke? Yelah! Aku sukakan si dia tu.

“ Papa masih belum boleh beritahu kamu sebabnya. Tapi insya-Allah papa akan beritahu kamu selepas kamu kahwin.”

Ingin sahaja aku tolak. Tapi wajah papa yang penuh mengharap itu membuatkan impian ku musnah. Impian untuk berkahwin dengan orang yang dicintai dan mencintai. Ya Allah. Adakah ini salah satu ujian untukku?

“ Kalau itu yang papa mahu. Rina turutkan je.” Putusku lemah.

Apabila aku buat je keputusan begini, aku dah tak boleh nak intip si dia lagi. Aku juga tak boleh keluar dengan kawan-kawan pada waktu malam lagi.

Dan aku juga dah tak boleh bersikap selamba aku yang tak berapa betul ni. Aku mungkin tidak akan seceria dulu.

Tapi aku tak boleh jadi macam tu. Aku kena kuatkan diri aku. Aku juga perlu cari sebab yang papa kata tu.

“ Jom. Kita cakap dekat Fairuz.”

Aku hanya mengekori langkah papa mendekati Fairuz. Sungguh! Aku bagaikan patung apabila berdiri di hadapannya.

Tapi mengapa hati aku ni je yang tak jadi patung? Asyik berdebar-debar je apabila berdepan dengan Fairuz ni. Aku tak faham!

Kau jatuh cinta tanpa sedar kot? Eh? Tolong sikit! Tak mahu! Tak mahu jatuh cinta dengan orang yang suka mengacau hidup aku ni. Ergh!

“ dia terima. Pakcik harap Fairuz mampu membuatkan hidup dia bahagia.”

“ InsyAllah pakcik. Doakan saya agar hidup bahagia dengan anak pakcik.”

Aku rasa nak termuntah je bila dengar dia cakap macam tu. Kalau tak kerana papa, aku takkan terima kau lah mamat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience