BAB 11

Romance Completed 12831

“ Hei! Kau okey ke ni?”

Aku hanya mampu tersenyum kelat di hadapan Fina. Aku jadi semakin tak berdaya kebelakangan ni. Semenjak dia pergi tiga hari yang lalu. Aku bagai rasa kehilangan.
Kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam diri aku. Dan dah tiada layanan dia untukku. Mengapa aku mesti rasa begini?

“ Fina.. Dia dah lepaskan aku.” Luahku perlahan. Mataku terpaku memandang ke luar tingkap restoran.

“ Siapa yang kau maksudkan ni? Fairuz?”

Aku tersenyum lagi. Tapi senyuman aku dah tak semanis dulu lagi.

“ Jawab Amrina!”

Bahuku digoncanganya kuat. Aku menepis tangannya perlahan.

“ Ya! Puas?” Aku tak sengaja meninggikan suaraku kepada dia. Aku sangat buntu saat ni.

“ Tapi kenapa? Bukankah dia sangat sayangkan kau? Aku tak percaya.”

“ Betul! Sebab dia bersalah. Dia tipu semua orang termasuk aku. Jadi dia rasa dia patut lepaskan aku sebab tak mahu tengok aku menderita lagi.”

Aku menekup mukaku dengan tangisan.

“ Habis kenapa kau nak bersedih pula? Bukankah ini yang kau mahukan? Kau nak sangat kan?”

Aku tersentap. Wajah Fina yang berang tu aku pandang.

“ Ya! Dulu memang. Tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku jadi macam ni. Aku tak tahu!! Fina.. tolonglah aku..”

Aku menangis lagi. Bahuku terus dipautnya perlahan.

“ Sabar. Aku tahu kenapa kau jadi macam ni. Sebab kau memang mencintai dia Amrina. Kau je yang tak sedar dan asyik menafikan perasaan tu. Aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk luahkan segala-galanya kepada dia.”

Aku terdiam. Ya! Sekarang aku mengaku yang aku benar-benar telah mencintai dia. Dulu mata aku ni buta sebab Izwan. Sekarang baru aku sedari siapa yang baik dan siapa yang tak baik.

“ Maafkan aku. Tapi aku tak mampu..”

Aku menyeka air mataku dengan senyuman dibuat-buat.

“ Why?”

“ Sebab dia nak kahwin lain.”

“ Kau masih belum terlambat Amrina.”

“ Aku dah terlambat Fina! Lagi tiga hari dia akan datang jumpa aku untuk uruskan penceraian.”

Aku terkejut melihat Fina yang sedang berjalan ke arah Fairuz. Ha? Macam mana dia boleh ada dekat sini?

“ Rin!”

Aku terpinga-pinga melihat Fina dan Fairuz sedang berdiri di hadapan aku masa ini.

“ Maafkan aku. Tapi aku Cuma nak bantu kau. Aku nak kau hidup bahagia. Dan aku rasa Fairuzlah orang yang paling sesuai untuk kau.”

Bahuku ditepuk sebelum dia beredar daripada sini. Aku pandang pula ke arah Fairuz. Wajahnya kelihatan cengkung.

“ Awak tak sihat ke?” Soalku risau.

“ Sihat. Cuma hati ni je yang tak sihat. Awak tahu kan apa yang berlaku kepada saya sebelum ni? Hati saya terseksa apabila terpaksa berkahwin dengan orang yang langsung saya tak cintai. Maybe hati saya masih ada dekat awak kot.”

Aku terkedu mendengar penjelasannya. Walaupun mukanya berlagak biasa. Tapi aku tahu hatinya sedang menangis.

“ Macam mana awak boleh berada di sini?”

“ Fina yang telefon. Katanya nak jumpa. Tapi tak sangka dia akan mempertemukan kita berdua. Lagipun kita kan dah nak bercerai.”

“ Awak nekad?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulutku. Dan dia merenungku tajam. Aku salah cakap ke tadi?

“ Kenapa? Awak nak saya berubah fikiran?”

Aku terkelu lidah untuk berkata-kata. Adakah aku ni seperti perigi mencari timba. Tapi tak salah sebab aku nak betulkan kembali apa yang salah tu.

“ A..awak. Awak percaya tak kalau saya kata jangan teruskan penceraian ni?”

Aku menyoal tanpa memandang ke arahnya. Aku jadi malu. Macam mana kalau dia tolak? Aku tahu dulu aku selalu melawan dan bersikap dingin dengan dia gara-gara dia menipu aku. Tapi kini? Argh! Aku tak tahu nak jelaskan macam mana.

“ Maksud awak? Awak nak teruskan perhubungan ini?”

Akhirnya aku hanya menganggukkan kepala.

“ Awak ni biar betul? Dah fikir masak-masak ke? Bukankah awak benci sangat dekat saya?”

Aku tersentap. Dia sedang sindir aku ke apa ni? Hey! Sepatutnya aku yang patut sindir kau lah!!!

“ Tak mengapa.”

Baru saja aku nak bangun, dia menarik lengan ku supaya aku terus duduk.

“ Tapi saya akan berkahwin minggu depan. Semuanya dah tersedia.”

Aku tersenyum kelat.

“ Kalau itu yang terbaik saya terima. Saya sanggup bermadu.”

Tajam dia merenung diriku. Tiba-tiba pipiku disentuhnya perlahan.

“ Apa perasaan awak sekarang ni? Awak dah menyedari soal perasaan tu?”

Pipiku ditelusnya lembut. Aku mengangguk perlahan. Malu nak mengaku sebenarnya sebab aku dah banyak buat salah dekat dia.

“ Boleh tak saya nak minta sesuatu? Saya nak dengar dengan jujur apa perasaan awak sekarang.”

Aku tersentak. Tangannya ditolak ke tepi. Aku menilik wajahnya yang sedang tersenyum kecil itu.

“ Maaf. Tapi saya memang tak boleh. Maybe saya ni..”

“ Awak mencintai saya?”

Once again! Hatiku berdebar hebat. Wajahnya yang cengkung itu diperhati dengan penuh debaran.

“ Amrina… please…”

Aku menggeleng pula. Lantas aku bangun dan berlari daripada situ. Maafkan saya awak! saya tak mampu nak ungkapkan perkataan ni. Memang tak boleh. Sebab saya rasa saya dah tak layak setelah apa yang saya buat dekat awak sebelum ni. I’m sorry!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience