BAB 9

Romance Completed 12831

“ Assalamualaikum papa..”

“ Waalaikumussalam. Macam mana di sana? Okey ke sayang?”

“ Alhamdulilah okey papa. Papa dan mama tengah buat apa tu?”

“ Terfikirkan kamu. Haha.. Tak buat apa-apa pun.”

Aku tersenyum hambar. Aku tahu mereka sangat merindui aku saat ini. Biasalah aku ni kan anak tunggal. Jadi pasti mereka terasa akan kehilangan aku.

“ Papa.. Rin nak tahu sesuatu. Kenapa papa suruh Rin kahwin dengan Fairuz? Rin nak tahu sangat ni.” Aku seperti mendesak papa agar memberitahu aku perkara yang sebenar.

Sekarang aman sebab Fairuz keluar beli makanan. Jadi aku ada peluang untuk bertanyakan soal ini kepada papa melalui telefon.

“ Erk… betul ke kamu nak tahu? Tapi kamu jangan salahkan Fairuz ye sayang. Dan papa tahu kamu sembunyikan hal ini daripada kami sebab tak nak kami sedih. Kami juga tahu kamu tak salah dalam hal ni. Tapi maafkan lah dia ye sayang..”

Kepalaku yang tidak gatal itu ku garu perlahan. Aku langsung tak faham apa yang papa sedang cakapkan ni.

“ Explain please..” Pintaku perlahan.

“ Papa dah tahu yang kamu ni dah terlanjur dengan Fairuz. Fairuz juga beritahu kamu dah mengandung tapi kamu sembunyikan soal itu daripada pengetahuan kami dan suami kamu. Sebab itulah kami tak beritahu kenapa. Dan sebab itu jugalah kamu bencikan Fairuz kan?”

Bagai batu yang terhempap mendengar luahan papa sebentar tadi. Air mataku juga mengalir laju selepas mendengar cerita yang sememangnya tak betul buat diri aku ni.

“ Fairuz yang kata macam tu?” Soalku dalam nada yang tertahan untuk menangis.

“ Ye. Dia dah beritahu segala-galanya kepada kami. Kami tak marah dekat kamu sayang. Kami marah dekat Fairuz tapi dia dah janji nak bertanggungjawab. Jadi kami dah boleh maafkan dia.”

Aku menekup mulutku kuat. Ya Allah. Permainan apakah yang sedang dia lakukan ni?

“ Papa.. sebenarnya..”

Baru sahaja aku nak beritahu perkara yang sebenar, kereta dia masuk ke dalam kediaman rumah. Cepat-cepat aku melangkah naik ke bilik. Kalau boleh aku tak nak dia tahu yang aku dah tahu perkara sebenar. Aku nak tengok sampai bila dia nak teruskan permainan ni.

“ Tak apa sayang. Kami faham perasaan kamu. Jangan risau, kami akan sentiasa menyokong kamu.”

Aku pantas menggeleng dan duduk di birai katil. Bukan papa! Bukan itu yang Rin maksudkan. Rin Cuma nak papa tahu yang menantu papa dah menipu!

“ Pa… nanti Rin telefon papa lain.” Akhirnya aku berputus asa untuk menyoal lebih lanjut. Aku juga dah tak berdaya nak beritahu perkara yang sebenar.

“ Yelah. Ambil masa kamu ye sayang. Assalamualaikum..”

“ Waalaikumussalam..”

Aku terus matikan talian dan rebahkan diri sebelum dia masuk ke dalam bilik. Aku jadi benci tengok wajah dia. Aku semakin tawar hati selepas mendengar cerita ni. Ternyata selama ni, dia menipu aku dan kami semua. Tak aku sangka ini diri dia yang sebenar. Jangan-jangan dia juga tipu Izwan fasal aku.

Air mataku mengalir dengan laju. Hati aku sakit sangat. Lebih sakit daripada kata-kata hinaan Izwan. Ya Allah. Mengapa dia buat aku macam ni?

“ Amrina.. saya belikan makanan untuk awak. jom kita turun.”

Dia datang dengan senyuman. Bagiku itu senyuman kemenangan dia. Aku bangun dan mengikuti langkahnya sehingga ke dapur. Aku kena lakukan sesuatu. Aku nak dia rasa apa akibatnya menipu diri ku ni.

“ Awak beli apa?” Soalku dengan senyuman. Jangan risau.. Kejap lagi aku akan cucuk jarum ye cik abang. Huh!

“ Nasi ayam. Ini kan nasi kegemaran awak. jom makan.”

“ Tapi..”

Aku memandangnya dengan senyuman kecil. Dia turut memandang aku dengan senyuman.

“ Saya mengidam nasi daging lah awak. Tolong belikan untuk saya erk?” Sengaja! Sengaja aku memperli dirinya dengan kata-kata yang lembut.

“ Mengidam? Awak mengandung ke?”

Ha! Sudah! Dia buat-buat tak tahu ke ni? Permainan apa lagi yang sedang dia cipta ni?

“ Haah. Saya mengandung. Mengandungkan anak luar nikah awak.”

Terus aku menjarakkan diri darinya dengan perasaan marah. Dia juga seperti dah sedar apa yang aku sedang cakapkan ni.

“ A..awak dah tahu?”

Aku bertepuk tangan dengan senyuman sinis.

“ Tahniah! Tahniah kerana lakonan awak berjaya. Tak sangka saya kan? Awak macam ni orangnya. Hiprokit!!!!” Pekikku dengan berang.

“ A..awak! awak salah faham. Biar saya jelaskan.”

Aku tepis tangannya daripada memegang bahuku.

“ Salah faham? Salah faham apa lagi? Papa dah beritahu saya kenapa awak nak sangat kahwin dengan saya. Apa ni? Permainan apa lagi yang cuba awak rancangkan? Sampai Izwan pun awak perbodohkan? Manusia apa awak ni ha??”

Tanpa sedar, aku terus menampar pipinya dengan perasaan marah. Tindakan itu sangat cepat. Tapi aku tak menyesal sebab ini memang salah dia.

“ Itu balasan untuk orang yang tak berhati perut macam awak. Sanggup buat hidup saya menderita.”

Aku terus melangkah meninggalkan dapur. Tapi tanganku direntapnya kuat.

“ Lepaskan saya!!”

“ Awak! tolong jangan pergi..”

Aku tersenyum sinis. Tanganku rentap.

“ Oh! Tahu pun takut bila saya pergi. Jangan risau. Saya takkan pergi selagi final exam saya belum habis. Tapi selepas itu saya akan pergi dari rumah ni buat selama-lamanya. Saya tak mahu hidup dengan seorang yang hiprokit macam awak!”

Aku terus berlari naik ke bilik dan mengunci pintu. Aku tersandar belakang pintu dengan linangan air mata. Dadaku yang berdebar hebat disentuh perlahan.

Hati! Mengapa? Mengapa kau rasa sakit sangat? Mengapa kau rasa bersalah bila menampar dia tadi? Mengapa? Dia memang patut dapat tu semua.

“ Kau tu sebenarnya dah jatuh hati dekat Fairuz dalam diam. Tapi kau je yang tak sedar-sedar lagi. Sebab hati kau kebal mencintai Izwan.”

Kata-kata Fina kembali menerjah dalam fikiran aku. Huh! Aku takkan terima lagi cinta daripada sesiapa pun apatah lagi dari dia. Dia berjaya merobek hati aku ni. Dia dah hancurkan kepercayaan aku terhadap dia. Puas kan bila kenakan aku macam ni? Puas?

Arghhh!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience