BAB 5

Romance Completed 12831

Senyuman aku lebar apabila si dia mendekatiku yang tengah makan ni. Mujur aku makan keseorangan. Tapi betul ke dia datang ke arah aku? Tengok-tengok dia saja datang ke sini tapi nak ke awek belakang aku ni. Jangan berangan Amrina! Lagipun kau dah nak kahwin dengan mamat tu.

Baru saja aku nak suapkan makanan ke dalam mulut. Namaku dipanggil lembut. Tentunya suara si dia.

“ Amrina..”

Aku mendongak. Dia sedang melihatku dengan senyumannya. Wahh! Hensemnya!!

“ Erk.. ye saya.” Jangan jadi gugup Amrina!

“ Boleh saya duduk depan awak ni?”

Aku hanya mengangguk. Dah macam burung belatuk pun ada. Terpana tengok dia lah ni.

“ Saya nak cakap sikit dengan awak. Tapi awak kena bersikap jujur sebab saya tak suka orang yang bohong.”

Apa yang dia nak lakukan ni? Nak cakap apa ni? Haish! Berdebar-debar pulak!

“ Awak suka dekat saya atau Fairuz?”

Aku tersentak. Mengapa dia tanya soalan macam tu? Dah tak ada soalan lain ke?

“ Kenapa awak tanya macam tu? Kalau awak nak tahu Fairuz tu musuh saya. Tapi dia je tak habis-habis nak kacau diri saya ni.” Jelasku agar dia tak salah faham. Tapi dah terlambat lah Rin. Aku dah nak kahwin pun.

“ Jadi awak suka dekat saya?” Soalnya sambil menjungkitkan kening.

Terhambur keluhan kecil dari mulutku. Kalau aku mengaku apa akan jadi? Dan kalau tak pula? Ya Allah..

“ Amrina. Saya perlukan jawapan awak.”

“ Ya! Saya suka dekat awak. puas?”

Pipiku membahang selepas meluahkan perasaan aku terhadap dia. Malu weh!!

“ Haha..”

Tiba-tiba dia ketawa. Kenapa ni? Aku terpinga-pinga melihat dia.

“ Pandai juga awak berlakon ye. Suka konon. Sedangkan dalam hati awak ada orang lain. Sampai maruah tercalar. Saya ingat awak ni perempuan yang baik-baik. Rupa-rupanya… mujur Fairuz beritahu saya perkara yang sebenar sebelum saya betul-betul jatuh cinta dekat awak. yalah.. Awak asyik sangat intip saya. Tapi.. nasib baik lah. Tolonglah jangan berlakon lagi Amrina. Bertaubatlah.”

Aku mengerutkan dahi. Apa yang dia cakap ni? Aku langsung tak faham. Berlakon? Masa bila aku berlakon pula.

“ Apa Fairuz cakap dekat awak? Saya tak berlakon pun. Saya cakap betul-betul tadi. Saya memang benar-benar suka dekat awak. kenapa perlu saya bohong pula?” Soalku bertalu-talu.

Namun dia tersenyum sinis. Itu membuatkan hati aku sedikit tercalar. Kenapa?

“ Jangan teruskan permainan ni Amrina. Tolonglah tengok diri awak tu. Awak langsung tak sesuai untuk saya. Saya malulah kalau awak jadi isteri saya. Saya nak isteri yang suci dan tak penipu macam awak ni. Walaupun saya tahu awak ni tak salah. Tapi mesti ada juga salah awak sampai dia buat macam tu. Awak pun.. Ish! Tak tahulah nak cakap macam mana lagi.”

Air mataku bergenang. Apa ni?

“ Dah lah. Berhentilah Amrina. Berhenti daripada bersandiwara. Hal ni bukan main-main. Saya rasa awak memang patut kahwin dengan dia. Dia juga patut bertanggungjawab dengan apa yang dia telah buat dekat awak. Saya pergi dululah. Tapi niat saya baik. Saya nak awak bertaubat. Maaf…”

Terus dia berlalu meninggalkan aku dengan air mata. Hati aku sakit mendengar kata-kata dia. Aku jelas sekali tak faham.

Fairuz patut bertanggungjawab? Dia mana ada buat-buat apa dekat aku pun. Dan tadi dia ada cakap yang dia nak isteri yang suci. Aku ni still suci okey. Masa bilanya aku jadi penipu?

Ya Allah. Apa lagi yang akan berlaku selepas ini? cintaku dah ditolak mentah-mentah. Sampai dia hina diri aku ni. Buruk sangatkah diri aku ni depan dia. Sekalipun tak suka janganlah menghina. Tahu tak hati aku sakit sangat.

Mungkin aku perlu berdepan dengan Fairuz dan tanya dia apa yang sedang berlaku. Mesti Fairuz ada cakap sesuatu dekat si dia ni. Sampai si dia kata dekat aku macam-macam.

Argh!! Aku tak kira! Aku nakkan jawapan sebelum aku berkahwin dengan dia. Titik!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience