BAB 10

Romance Completed 12831

Seminggu telah pun berlalu. Sepanjang itu jugalah aku langsung tak mempedulikan diri dia. Dia je yang selalu ambil peduli hal aku. Dia juga tak berputus asa dalam memujuk ku kembali. Dia selalu minta maaf atas kesalahan dia. Tapi tak pula dia beritahu kenapa dia lakukan sebegitu.

Maybe dia memang bersalah dan tanpa sebab dia buat semua tu. Sekarang aku dah tak seceria dulu. Semuanya gara-gara dia. Fina ada kata dekat aku. Aku tak patut biarkan dia macam tu. Lagipun dia suami aku.

Tapi aku still tak boleh terima la apa yang telah dia lakukan. Ingat hal ni begitu mudah ke untuk aku lupakan? Kalau otak aku ni komputer tak apalah juga. Tapi aku ni manusia biasa yang punya perasaan juga.

“ Amrina… Jom makan. Saya dah sediakan sarapan.”

Dia juga tak pernah berputus asa memanggilku untuk bersarapan. Setiap pagi dia akan lakukan perkara yang sama. Cuma aku je kadang-kadang makan. Tak berselera.

“ Saya juga dah bersedia nak beritahu awak sesuatu.”

Tapi hari ni? Kata-kata dia tadi berjaya menarik perhatiaku untuk makan sarapan. Adakah dia nak beritahu perkara yang sebenar? Atau dia dah sedia untuk lepaskan aku? Kalau ya kenapa hati aku ni macam tak relakan je.

“ Jomlah turun. Saya tunggu dekat bawah.”

Dia terus keluar daripada bilik tanpa membelai rambutku terlebih dahulu. Apa dah kena dengan dia? Betul ke dia akan pergi? Ya Allah.

Dengan perasaan yang berdebar-debar aku turun ke bawah. Aku melihat dia yang sedang menekur ke arah makanan. Seperti fikirkan sesuatu.

“ Awak nak cakap apa?” Soalku dingin. Seperti biasa aku akan sentiasa bersikap dingin dengannya. Kalau di luar aku hanya bersikap selamba. Mujur orang tua kami tak tahu masalah kami.

“ Awak nak tahu kan kenapa saya buat macam tu?”

Aku hanya berdiam diri sambil memandang ke arahnya. Mulutku ketap. Biar dia terangkan segala-galanya.

“ Sebenarnya saya buat semua ni demi kebaikan kita berdua. Saya sangat mencintai awak dan saya tahu awak pun mencintai saya. Cuma awak tak sedar sebab hati awak asyik teringatkan Izwan. Tapi bukan itu je sebabnya. Punca utama adalah saya tak mahu awak jatuh ke tangan Izwan.”

But why?

“ Sebab dia bukan seorang lelaki yang baik Rin.. dia hanya nak permainkan awak. Selepas awak balik daripada intip dia masa tu. Dia memanggil saya. Saya ingat nak bincang fasal assignment. Ternyata fasal awak. Dia ada tanya kenapa saya asyik ganggu awak. jadi saya jujurlah.”

“ Apa yang dia cakap?” Soalku dengan cepat.

“ Dia kata awak tak berhak untuk digandingkan bersama saya. Dia juga kata dia tahu awak asyik intip dia. Tapi dia hanya biarkan. Dia kata juga yang dia akan jadi kan awak sebagai perempuan simpanan dia. Kalau dia ada kata dia jatuh hati dekat awak tu. Itu bermakna dia tipu. Dia seorang playboy Rin. Saya Cuma tak nak awak jatuh ke tangan orang seperti dia. Jadi saya reka cerita. Saya kata saya dah terlanjur dengan awak.”

Aku terkedu. Ya Allah. Betul ke apa yang dia cakap tu?

“ Maafkan saya. Saya dah tak boleh fikir masa tu. Hanya itu je yang saya mampu fikir demi menyelamatkan awak. Tapi saya tahu awak takkan boleh terima alasan saya ni. Tak mengapa. Saya tahu salah saya ni dah melampau. Jadi saya ingin lepaskan awak. saya rela jika ini yang awak mahukan. Saya sanggup.”

Dush! Keputusan yang dia buat itu membuatkan jantungku seakan-akan berhenti seketika. Di…dia nak lepaskan aku? Ya Allah.

“ A…wak? Betul ke ni?”

Dia tersenyum kelat di depan aku. Dia mencapai tanganku lalu menepuknya perlahan.

“ Saya rela. Saya tak nak awak hidup menderita apabila hidup dengan saya. Sedangkan awak langsung tak mencintai saya. Jadi pergilah.. jangan risau fasal papa dan mama. Saya akan uruskan segala-galanya.”

Ingin saja aku membantah. Tapi lidahku kelu untuk meluahkan rasa. Mengapa aku terasa sukar nak ungkapkan kata-kata ni. Hatiku juga bagai tak merelakan dia buat begitu. Bukankah ini yang aku mahukan?

“ A..awak serius?”

Dan anggukan dia membuatkan aku rasa tak berdaya.

“ Kejap lagi saya akan balik ke rumah ayah. Mungkin saya akan dikahwinkan dengan pilihan mereka. Mereka dah tahu perkara ni. Dan mereka mahu saya meminta maaf dekat papa dan mama. Amrina.. maafkan saya sebab buat awak macam ni. Maybe bukan takdir kita untuk terus bersama. Mungkin jodoh awak bukan dengan saya.”

Dia bangun sambil tersenyum hambar didepan aku.

“ Minggu depan saya akan balik untuk uruskan penceraian kita. Jadi buat masa ni awak boleh tenangkan fikiran awak. maafkan saya..”

Ujarnya ikhlas sambil membelai rambutku dengan lembut. Air mataku tiba-tiba bergenang. Tanpa disedari, air mataku telah pun mengalir. Dan dia menyeka air mata ni buat pertama kalinya.

“ Saya janji saya takkan buat awak menangis lagi selepas ni. Jangan risau. Saya takkan muncul lagi di hadapan awak. tapi awak kena janji yang awak kena jaga kesihatan. Kalau boleh awak kena makan sarapan. Nanti gastrik teruk pula.”

Dia mula melangkah ke arah pintu tanpa menoleh lagi. Jadi keputusan yang dia ambil itu benar-benar serius. Dia dah bernekad.

“ Awak!” Jeritku. Dia menoleh.

“ Tu… Terima kasih!”

Argh! Apa yang aku cakapkan ni. Aku nak cakap tunggu tapi lain pula yang keluar. Kenapa dengan hati aku ni??

“ Sama-sama. Saya pergi dulu.”

Aku benci dengan diri aku sekarang!!! Arghh!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience