BAB 1

Romance Completed 12831

Pandanganku tak berganjak dari memandang si jejaka pujaan ku ini. Walau dia tak pernah perasan barangkali tak pernah sedar kewujudanku ni.

Aku tak kisah, serius aku tak ambik hati kerana aku sedar aku ni cumalah peminat misteri, dia adalah insan yang jadi crush aku entah sejak bila perasaan ini menendang.

Tapi kalau sehari tak pandang mukanya aku jadi tak keruan. Buat masa ini adalah lebih selamat jika dia taktahu aku siapa, senang aku buat aktiviti tak berfaedah ni. HAHAHA.

Naya kalau dia tahu. Tak dapat aku bayangkan kalau dia tahu. Silap haribulan boleh migrate ke Barcelona gamaknya, Malu!!

Namun, aku tak fahamlah. Kata suka dekat si dia tu. Tapi hati aku ni tak berdebar teruk macam aku berhadapan dengan Fairuz pun.

Fairuz tu boleh dikatakan musuh aku la. Kenapa? Itu lain hari aku cerita. Malas nak sebut fasal dia.

“ Hai!”

Aku tersentak dan terus menoleh ke belakang. Ternyata Fairuz. Ish! Baru sebut fasal dia tadi. Dia terus datang. Pantang betul.

“ Nak apa?” Soalku dingin.

Aku kembali menoleh ke arah si dia. Tapi hampa.. Dia dah tak ada dekat situ lah. Ala.. Fairuz punya fasal lah ni.

“ Amboi…”

Aku menjelingnya sekilas sebelum bangun daripada situ. Aku nak berganjak dari sini sebelum aku kena berhadap dengan Fairuz ni. Tengok! Sekarang hati aku tiba-tiba berdebar. Tak faham betul..

“ Awak nak ke mana? Duduklah kejap…” Suruhnya.

“ Maaf. Saya nak balik hostel. Kalau awak nak makan. Awak makan je sorang-sorang. Tak pun ajaklah awek yang ada belakang awak tu. Ye… saya balik dulu.”

Aku terus melangkah meninggalkan dia. Dia selalu spoil kan mood aku. Ke mana saja aku berada pasti dia ada. Itu adalah salah satu punca mengapa aku anggap dia musuh aku. Hairan betul. Takkan dia skodeng aku kot? Ish!

“ Amrina!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience