BAB 4

Romance Completed 3924

“Taklah. Saya tengah godek-godek beg ni ha. Cari MP3 saya.” Godek-godek? Comelnya! Naqi tersenyum di luar sedar,

“Kau memang tak tidur ke kalau naik bas?”

“Tidur je. Selama ni berulang-alik dari Alor Star ke Kuala Terengganu, saya tidur elok je.”

“Dah tu hari ni kenapa kau terlebih ramah ni?”

“Entah, sebab saya nak sembang dengan awak kot!” Ilya menghulurkan sesuatu kepada Naqi,

“Nak keropok durian?” Naqi tersenyum,

“Kau ni kelakar.” Ilya pula terkaku di tempatnya. Dia... senyum. Senyum manis. Sangat!

“Kau kenapa ni?” Senyuman mati.

“Tak... tak ada apa-apa.” Naqi membetulkan duduknya. Tersilap bagi senyuman dekat Ilya tadi,

“Kau tanya apa tadi?” Ilya garu kepala,

“Er... nak keropok durian?”

“Bukan yang tu!” Ilya berkerut dahi memikirkan soalan yang dia tanya pada Naqi tadi,

“Hah! Dah ingat!” Dia terjerit.

“Slow sikit suara tu. Orang lain tengah tidur.” Ilya tekup mulut,

“Oopss! Sorry!”

“Apa soalannya?”

“Awak belajar kat universiti mana dulu?”

“University of Leeds.”

“United Kingdom?” Naqi mengangguk,

“Kenapa?”

“Hebatlah awak!” Naqi ukir senyum sinis,

“Apa yang hebatnya?”

“Yelah, bukan semua dapat belajar dekat luar negara. Kira hebatlah tu. Saya teringin jugak nak pergi UK tapi tak ada rezeki.”

“Belajar rajin-rajin lepas tu sambunglah Master dekat luar negara,” usul Naqi. Ilya menggeleng,

“Not that easy. Ibu macam mana? Adik saya mesti nak sambung belajar jugak. Saya baru nak masuk last year. Tinggal lagi setahun. Lepas habis belajar, saya nak terus kerja. Nak tolong ibu.”

“Kau anak sulung?” Ilya mengangguk.

“Best ke ada adik?” Ilya sengih,

“Best sebab ada teman gaduh, teman gosip, teman ketawa, teman menangis...” Naqi senyum tawar,

“Untunglah kau.”

“Awak anak tunggal ke?” Naqi menggeleng,

“Aku anak bongsu tapi abang kakak aku tak peduli pun aku wujud ke tak.” Mama dan papa pun anggap aku tak wujud dalam hidup dia orang. Ilya tercengang.

“Aku tahu kau tak faham maksud aku. Tak apalah, buat-buat faham je.” Ilya mengangguk. Dia memang tak faham.

“Kau belajar dekat universiti mana?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience