BAB 9

Romance Completed 3924

“Apa erti kehidupan pada kau?” Jemari Ilya yang masih menekan-nekan MP3nya terhenti. Perlahan-lahan dia memandang Naqi yang sedang merenung langit yang gelap,

“Kenapa?”

“Bagi aku, hidup ni macam game perang. Kau yang tentukan arah hidup kau. Kalau kau tersilap langkah, kau meletup terkena bom. Kalau kau rancang betul-betul, buat strategi, insyaAllah kau akan selamat tapi...”

“Tapi?”

“Tapi bila semuanya dirancang, hidup jadi bosan. Macam duduk dalam sangkar. Tak bebas nak berlari, kena ikat di kaki.”

“Sebab tu awak tak boleh samakan game perang dengan hidup kita ni. Game tu lain. Hidup kita lain. Bagi saya, kehidupan ni macam pentas lakonan yang berlakon secara spontan. Awak mainkan watak awak dan saya mainkan watak saya. Kita ikut skrip yang ditentukan Allah, yakni takdir hidup kita. Semuanya unpredictable. Kita diberi pilihan, pilih salah satu dan kita akan berjalan, mengikut takdir yang Allah tulis untuk kita. Baik jalan yang kita pilih, baik jugaklah hidup kita tapi macam saya cakap, life is unpredictable. Mana tahu di tengah jalan kita terjumpa ujian-ujian besar sebelum kita sampai ke destinasi.” Naqi senyum,

“Kau dah macam A. Samad Said.”

“Lah, saya serius ni.”

“Kita jumpa hari ini bukan kebetulan, kan?” Ilya menggeleng sambil tersenyum,

“Tak, tak ada kebetulan dalam hidup kita. Semuanya telah Dia takdirkan untuk kita.” Dan Naqi turut tersenyum. Terima kasih Allah kerana membawa dia kepada aku.

Ilya memandang Naqi yang sudah tertidur. Dia pasti bila dia tertidur tapi dia ingat lagi tadi mereka bersembang tentang erti kehidupan. Samsung Galaxy Mini dikeluarkan dari poket sweater dan diam-diam dia menangkap gambar Naqi. I’ll keep this as a token of friendship.

“Kita dah sampai mana?” Ilya yang sedang tersenyum merenung wajah Naqi yang terpampang di skrin telefon bimbitnya terus mati senyumannya,

“Setiu.”

“Kau buat apa tu?”

“Mana ada buat apa-apa.”

“Nampak gelabah ayam je.” Ilya angkat kening,

“Saya ada rupa ayam ke?”

“Adalah sikit. Mulut bising serupa ayam berkokok pagi-pagi buta.” Pap! Bahu Naqi dia pukul dengan botol air mineral yang kosong.

“Sakitlah!”

“Siapa suruh cakap saya macam ayam.” Naqi ukir senyum mengusik,

“Okeylah, macam itik. How’s that sound?”

“Ei, awak tu serupa penguin!” Terdiam Naqi seketika sebelum ketawa,

“Penguin comel. Kau cakap aku serupa penguin. Kau sebenarnya nak cakap aku ni comel macam penguin, kan?”

“Urgh! Perasannya.”

“Jangan malu-malu, aku tak kisah kalau kau nak puji aku. Aku faham. Aku memang comel.” Ilya buat muka.

“Ilya.”

“Ya?” Dia berpaling ke kanan dan tercengang saat Naqi mengambil gambarnya.

“Megat Naqiuddin!”

“I’ll keep this as a token of our friendship, kay?”

“Mana aci. Saya tak ada gambar awak,” Ilya buat muka sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience