BAB 3

Romance Completed 3924

“Aku tak suka tengok movie.” Ilya dah berkerut dahi,

“Drama melayu?”

“I have allergies on those lovey-dovey dramas.”

“Habis nak cerita pasal apa?” Naqi buang pandang ke luar tingkap,

“Apa kata kita cerita pasal...”

“Pasal...?” Ilya jungkit kening.

“Pasal kita,” dan Naqi berpaling pada Ilya.

“Kau sekolah mana dulu?” Naqi bertanya sambil matanya membuang pandang ke luar tingkap.

“Menengah ke rendah?”

“Apa kata kalau kau cerita dari kau tadika?” Sinis suaranya sambil matanya mencerun pada Ilya,

“Sekolah menengah dahlah!”

“Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Alor Star. Awak?” Naqi pandang Ilya,

“Harian biasa?” Ilya mengangguk,

“Awak sekolah mana dulu?”

“MCKK.”

“Malay College Kuala Kangsar?” Ilya terlopong,

“Seriously?”

“Apa muka aku ni tak layak ke masuk sekolah tu?”

“Bukanlah tapi entah... saya terkejut.” Naqi mengangguk. Ilya gigit bibir bawah,

“Awak nak pergi Terengganu buat apa?”

“Interview kerja.”

“Eh, awak dah habis belajar?”

“Kenapa?”

“Ingat awak budak kolej lagi. Gaya tak ada macam nak pergi interview je.” Naqi senyum sinis,

“Heard that a lot. Nampak sangat aku awet muda, kan?” Ilya ukir senyum,

“Bukan awet muda tapi awak tu tak sedar diri tua.” Naqi menjeling dan Ilya cuma angkat dua jari, menunjukkan simbol ‘PEACE’.

“Awak interview dekat mana?”

“Kerteh.”

“Mesti awak orang minyak, kan?”

“Hah?” Ilya tepuk dahi,

“Maksud saya bukan orang minyak yang pergi rumah orang kampung merogol anak dara orang tu tapi maksud saya, awak belajar oil and gas.” Naqi mengangguk saja,

“Ingatkan kau nak cakap aku ni orang minyak yang merogol orang tu.” Ilya ketawa,

“Awak ni comellah bila buat muka terlopong macam tu.” Ah, sudah! Comel gila dia ketawa macam tu. Naqi buang pandang ke luar tingkap lagi. Hatinya terdetik satu rasa lagi.

“Dulu awak belajar dekat universiti mana?” Naqi tersentak. Hampir lima belas minit mereka membisu, sangkanya Ilya sudah tidur.

“Kau bukan dah tidur ke tadi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience