BAB 2

Romance Completed 3924

“Kau jangan merepek boleh?” Ilya menjuih bibirnya ke depan. Si lelaki naik dari Alor Star tapi tutur katanya tak ada bunyi utara langsung,

“Awak ni, tak baik menghampakan permintaan saya tau?”

“Kau ingat aku peduli?” Si lelaki menjawab. Ilya mengeluh,

“At least bagitahulah nama awak.”

“Megat Naqiuddin. Dah? Puas?”

“Orang panggil awak apa? Naqiu? Din? Que? Naqi? Megat?” Naqi tepuk dahi,

“Kau memang spesies tak faham bahasa, kan?”

“Panjang sangatlah Megat Naqiuddin tu,” tanpa mengendahkan komen Naqi, Ilya bersuara.

“Naqi. Panggil aku Naqi.”

“Saya nak panggil Din, boleh?” Naqi dah tak lalu melayan kerenah si gadis berkemeja kotak-kotak,

“Suka hati kaulah asalkan kau jangan kacau aku.” Ilya sengih keji,

“Naqi, jom sembang!” Naqi menjeling Ilya di sebelah, memang tak reti duduk diam!

“Tadi aku nampak kau menangis kat terminal. Kenapa?” Bas yang baru masuk Tol Sungai Petani Utara tidak menganggu perbualan mereka berdua. Entah kenapa, dari tak nak layan Ilya, Naqi dah terjebak bersembang dengan Ilya.

“Oh, sebab saya tengah sedihlah! Saya nak tinggal ibu, mestilah sedih tapi mana awak tahu saya menangis?”

“Aku ternampak.” Ilya ukir sengih,

“Awak stalk saya?”

“Dalam mimpi!”

“Sebenarnya...” Suara Ilya yang perlahan buat Naqi berpaling pada Ilya. Mata gadis itu berkaca,

“Sebenarnya... ayah saya baru meninggal bulan puasa itu hari. Jadi saya jadi sedih sikit nak tinggal ibu dekat sini.” Naqi terpempan,

“Sorry to hear that.”

“It’s okay! At least I know he’s safe there.” Naqi terdiam, dah tak tahu nak membalas.

“Ibu saya, nampak kuat tapi dalam hati dia tak ada siapa tahu. Nasib baik adik lelaki saya dah habis belajar, lega sikit nak tinggal ibu dekat Alor Star tu sorang-sorang.” Naqi mengangguk,

“Adik kau dah habis belajar?” Ilya mengangguk,

“Dia baru habis diploma. Saya tak pasti bila dia nak sambung degree.” Naqi diam.

“Awak ni, banyak mulut jugak rupanya ya?” Tersentak Naqi ditegur Ilya yang tiba-tiba mengukir sengih.

“Ah, malas layan kau!” Hoodie ditarik menutup muka.

“Ala, janganlah macam tu. Jomlah bersembang lagi!” Naqi sembunyi senyum yang mahu menguntum. Suara Ilya yang merayu itu memberi rasa yang lain macam di dalam hatinya.

“Kau nak sembang apa?” Dia bersuara. Ilya menguntum senyum,

“Nak cerita pasal isu semasa?” Hoodie ditolak ke belakang,

“Bosan gila!” Ilya garu kepala,

“Cerita pasal movie?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience