BAB 5

Romance Completed 3924

“Universiti Malaysia Terengganu.”

“Best?”

“Bolehlah!” Ilya ketawa.

“Aku cemburu dengan kau.”

“Hah, kenapa?” Naqi senyum tawar, matanya memandang permandangan di luar yang kelam,

“Hidup kau, penuh warna warni tapi hidup aku tak. Hidup aku cuma ada satu warna. Hitam.”

Ilya garu kepala,

“Apa maksud awak?”

“Kau, walaupun cuma ada ibu dan tak ada ayah, aku rasa hidup kau mesti bahagia kan?” Ilya mengangguk.

“Aku, ada mama papa tapi aku rasa macam dia orang tak pernah ada. Sejak aku kecik, aku dihantar masuk ke sekolah asrama. Habis UPSR, aku masuk MCKK. Setiap kali cuti, aku balik rumah tak pernah ada yang menjemput aku kecuali bibik. Abang dengan kakak aku langsung tak kenal aku. Dia orang ingat aku anak bibik padahal pangkal nama kami sama, Megat.” Naqi hela nafas,

“Waktu aku lahir, abang dengan kakak aku tak ada. Semuanya di hantar ke sekolah asrama, balik rumah bukan mama yang pegang aku tapi bibik. Bibik yang jaga aku sampai aku darjah satu. Sebab itu dia orang ingat aku ni anak bibik. Habis SPM, aku dimasukkan KYUEM. Habis A-Level, terus dihantar ke Leeds tanpa aku sempat kenal parents aku, abang kakak aku.”

“Takkan waktu cuti sekolah pun awak...”

“Waktu cuti sekolah, aku dihantar ke tuisyen private dan kelas agama. Dari pagi ke malam, aku cuma hidup dekat rumah cikgu tuisyen aku. Balik rumah cuma untuk tidur.” Ilya terdiam,

“Saya tak tahu.” Naqi menggeleng,

“Bukan salah kau. Tak ada sesiapa tahu kisah hidup aku. Waktu graduation day aku, yang datang bukan parents aku tapi bibik aku dan driver papa aku.” Ilya terdiam tanpa kata. Dalam hatinya terbit rasa kasihan pada Naqi.

“Sebab tu jugak aku tak berapa pandai nak bergaul dengan orang sebab aku tak tahu sangat nak berkawan. Kau orang pertama yang nak bercakap dengan aku. Sebelum ni, semua tak berani nak tegur aku sebab aku dingin sangat. Waktu aku sekolah, aku tak ramai kawan. Orang cakap aku ni asal Antartika sebab dingin je dengan orang.” Ilya mencuit bahu Naqi dengan botol air,

“Sekarang ni awak ada kawan baru.”

“Siapa?”

“Saya!” Ilya senyum.

“Kau? Tak naklah! Banyak cakap sangat,” balas Naqi tanpa memandang Ilya namun bibirnya terukir senyum. Kau orang ketiga yang ikhlas nak kawan aku lepas Hairul dan Faris.

Entah bila, Naqi dan Ilya sama-sama tertidur. Tadi lepas bersembang pasal kehidupan keluarga Naqi yang sedih, mereka terus diam dan terus hanyut dalam mimpi. Naqi yang sedang nyenyak tidur terasa tidurnya terganggu bila bahunya dicuit orang. Terpisat-pisat dia buka mata.

“Kau nak apa ni?”

“Saya terjaga. Saya tak boleh tidur. Saya takut dengan gaung-gaung kat jalan ni.”

“Dah tu kau kejut aku, aku boleh buat apa?”

“Teman sayalah.”

“Aku mengantuk.”

“Awak suka naik bas?” tanpa mempedulikan rungutan Naqi, Ilya bertanya.

“Suka.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience