BAB 10

Romance Completed 3924

“Kau ingat aku tak tahu kau curi-curi ambik gambar aku tadi?” Ilya tersipu-sipu,

“Awak tahu?”

“Aku dah jaga pun tadi.” Ilya buat muka,

“Fine!”

“Ilya.”

“Ya?” Sahutnya tanpa memandang Naqi.

“Jom ambik gambar berdua.”

“Hah?” Dia berpaling kepada Naqi dan dia lihat Naqi tersenyum. Darah menyerbu ke muka. Kenapa muka dia nampak comel sangat ni?

Mereka terus bersembang selepas mengambil gambar berdua. Entah kenapa Ilya mengikut kata-kata Naqi dan entah kenapa Naqi mengusulkan cadangan seperti itu. Perbualan yang mulanya kekok menjadi ceria saat Ilya bercerita tentang pengalamannya menangkap ayam. Mereka ketawa, mereka bercerita seolah-olah hanya ada mereka di dalam bas itu.

“Naqi...”

“Ye?”

“Saya mengantuk.” Naqi mengangguk,

“Tidurlah.”

“Tak apa ke?”

“Lah, kenapa pulak?”

“Nanti awak nak sembang dengan siapa?” Naqi angkat bahu,

“Nanti aku akan tertidur sendiri.”

“Nak kongsi dengar ni?” Ilya menghulur earphonenya kepada Naqi.

“Aku ada lagu sendiri.” Ilya ukir senyum,

“Yeah, right! Lagu yang buat orang boleh terjaga dari tidur.” Naqi menggeleng namun earphone itu di capai,

“Lagu apa ni?”

“Can’t help falling in love.”

“Euw, cheesy!”

“Dengar jelah.” Disumbat earphone ke telinga. Mata mengerling pada si gadis yang sudah memejamkan mata. I can’t help falling in love with you, Ilya.

Wise men say only fools rush in but I can't help falling in love with you Shall I stay would it be a sin If I can't help falling in love with you

Like a river flows surely to the sea Darling so it goes some things are meant to be take my hand, take my whole life too for I can't help falling in love with you

Like a river flows surely to the sea Darling so it goes some things are meant to be take my hand, take my whole life too for I can't help falling in love with you for I can't help falling in love with you

“Kuala Terengganu! Kuala Terengganu!” Ilya membuka mata. Naqi di sebelahnya turut membuka mata.

“Eh, dah sampai Kuala Terengganu?” Tanpa mempedulikan Naqi, dia segera mengemaskan barang-barangnya dan terus berdiri. Dia memandang Naqi,

“Eh, kenapa tak siap lagi? Jomlah turun.”

“Aku turun dekat Kuala Berang.” Pap! Beg yang digalas melurut jatuh,

“Bukan Kuala Terengganu?” Naqi menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience