BAB 1

Romance Completed 3924

Dia menyusun langkah dengan teratur masuk ke dalam bas. Dilihatnya masih banyak lagi tempat kosong yang belum diduduki. Lega hatinya kerana dia boleh memilih tempat duduk yang menjadi keselesaannya.

Dibetulkan hoodie yang tersarung di kepala. Headphone yang berdentum dengan suara Joel Madden disarung ke kepala. Dia pandang ke luar tingkap. Masih ada ramai orang di terminal.

Matanya tepat memandang perlakuan seorang gadis yang memakai kemeja kotak-kotak. Si gadis kelihatan begitu sedih untuk berpisah dengan seorang perempuan yang dia kira sebagai ibu si gadis. Bibirnya menguntum senyum sinis.

Sedih sangat ke berpisah dengan mak dia? Aku? Mama tak sudi pun nak hantar aku ke terminal. Papa apatah lagi. Dia berbisik sendiri. Tergeleng-geleng kepalanya. Matanya dipejam, rapat. Dia mahu tidur.

Bunyi kerusi terhenyak di tempat duduk di sebelahnya buat dia kembali membuka mata. Dikerling orang di sebelahnya. Si gadis berkemeja kotak-kotak!

“Hai!” Seperti sedar dia diperhatikan, si gadis menegur,

“Nak pergi Kuala Terengganu?” Kening dijungkit. Perempuan ni demam ke apa? Dah sah aku naik bas nak pergi Kuala Terengganu, kan?

“Tak, nak pergi Johor.” Sinis suara si lelaki. Si gadis tersenyum,

“Haha... my bad! Mestilah pergi KT, kan?” Si lelaki diam. Malas nak melayan.

“Saya Ilya Nazirah. Orang panggil Ilya tapi kalau nak manja sikit, panggil ‘Baby’,” si gadis cuba berseloroh. Si lelaki mengerling,

“Ada?” Si gadis terpinga-pinga,

“Ada apa?”

“Ada aku tanya nama kau apa?” Erk! Terdiam si gadis. Dinginnya mamat ni! Ilya mengerling si lelaki di sebelahnya. Dingin dan beku. Sombong. Kerek. Berlagak dan... macam-macam lagi tanggapan tak elok yang otaknya cakap pasal lelaki itu.

“Kenapa?” Tersentak Ilya ditegur lelaki sombong itu. Si lelaki buka mata yang dipejam sedari tadi dan terus memandang Ilya.

“Awak memang spesies sombong dan berlagak macam dunia ni awak yang punya, ke?” Si lelaki terkejut dengan pertanyaan Ilya,

“Kau memang jenis direct je kan?” Ilya tersenyum,

“Buat apa nak bersimpang siur bila kita boleh tanya straight je.”

“Aku malas layan kau.” Ilya buat muka,

“Eleh, tadi sebelum bas jalan pun awak cakap benda yang sama. Awak layan jugak saya ni.” Si lelaki menggeleng. Volume i-Pod di kuatkan, sehingga Ilya boleh dengar bunyi berdentum dari headphone si lelaki. Tanpa mempedulikan Ilya, dia menyarung headphone . Ilya ukir senyum sinis,

“Gila!” Si lelaki buang pandang ke luar tingkap. Gelap. Tak ada apa yang boleh dilihat tapi matanya tak mengantuk.

Kali pertama dalam sejarah dia tak mengantuk dalam perjalanan jauh. Dulu sewaktu belajar di MCKK, sekejap saja dia sudah terlentok di dalam bas ketika perjalanan pulang ke rumah.

Tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit. Dia berpaling pada Ilya yang tersengih memandangnya. Dia melurut headphone turun dari kepala,

“Kenapa?”

“Jom sembang. Saya bosan.”

“Tidur jelah.”

“Tapi saya nak sembang dengan awak,” Ilya tersengih, lebih lebar dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience