BAB 3

Romance Completed 17293

“Abang Mat ni pun satu. Cubalah bagi salam ke ape, ni tak, main sergah je. Di buatnya kitorang kena heart attack, bila-bila mase je boleh arwah,” leterku kepada orang tua tu. Abang Mat ni memang suka menyakat, bukan aku seorang sahaja yang terkena, kawan-kawan aku yang lain pun sama. Tapi itulah yang membuatkan dia mudah mesra dengan pengunjung kedai makan ini.

“Ala, adik Wana kita sorang ni… Cepat benar sensitifnya,”

“Mana tak sensitifnya Abang Mat oi, kalau kene ‘shock’ camtu,” aku pura-pura marah. Kali ini memang aku takkan bagi chance kat orang tua ni mengenakan aku. Lebih-lebih lagi depan lelaki itu.

“ Yelah, abang salah. Kan dah cakap sori tadi,” Abang Mat pura-pura merajuk.

“Dah-dah, toksah nak buat drama dengan muka tauge basi kat sini. Tak laku nanti kedai makan ni.” Kata-kataku mengundang ketawa mereka berdua.

Aku malu sendiri. Lupa pula yang lelaki itu juga ada di situ. Tanpa berlengah, aku cepat-cepat minta diri untuk pulang ke asrama yang asalnya lot kedai yang jaraknya cuma satu blok dari kedai makan itu.

“Eh, nak balik dah ke? Tunggulah sekejap. Kan hujan lagi tu. Mehlah borak-borak dengan Shafiq ni. Dia pun baru je sampai KL pagi tadi,” kata Abang Mat sambil menepuk bahu lelaki muda itu.

Lelaki itu hanya tersengih mendengar kata-kata Abang Mat itu. Oh, nama lelaki itu Shafiq rupanya. Eh, jap. Itu tak penting. Sekarang, yang problemnya Abang Mat ni. Apa kes orang tua ni? Demam ke? Kan nanti ada juga yang makan buah silat kepunyaanku percuma hari ni. Tak pernah dia buat ramah terlebih begini.

“Takpelah Abang Mat. Saya pun banyak keje sebenarnya. Tu hah, berlambak eseimen saya tak bersentuh lagi. Kalau saya lepak sini, konfem saya kene tonyeh dengan lecterur saya sebab tak siap keje.”

“Ala, yang tu boleh buat nanti. Temankanlah cik abang kamu ni, kesian dia sorang-sorang,” gurau Abang Mat sambil memandang kami berdua. Entah mengapa, aku tak suka akan pandangannya itu. Seperti ada sesuatu yang lucu baginya yang dia sembunyikan di situ. Sah! Orang tua ni memang nak cari nahas.

“Takpelah Abang Mat. Lain kali je kot. Lagipun Abang Matkan ada, boleh temankan dia.” Dah malas aku nak memanjangkan perbualan mengarut ni. Mujurlah ketika itu Kak Kinah menjerit dari dapur memanggil Abang Mat. Selamat aku dari menjadi mangsa sakat Abang Mat.

“ Pergi dulu,” kataku selepas seketika kami di tinggalkan Abang Mat. Tak sanggup aku berlama-lama di situ.

“Hati-hati jalan,” jawabnya. Ringkas kata itu tapi cukup membuat aku sedikit terkejut bercampur terharu. Aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Menyembunyikan wajahku yang sedang menghangat hanya kerana sepotong ayat itu!

“Weh, kau tau tak yang kedai makan Kak Kinah ada budak baru. Hensem woo. Fresh dari kampung lagi tu.” Dah mai dah minah kepoh ni, gumamku. Siapa tak kenal si Fisya ni, harapkan muka je lawa tapi suka sangat jadi reporter tak bergaji dalam hostel ni. Cakap je apa-apa cerita, semua dia tahu. Bosan betul aku.

“Hah, Fisya. Ape citer ‘hot’ kau kali ni?” Teman sebilikku, Yanie, bertanya. Kami berdua dah masak sangat perangai si Fisya yang suka bergosip tu. Kalau tak di tanya, nanti ada juga yang menarik muncung sedepa nanti. Mahu tak mahu, terpaksalah kitorang menadah telinga mendengar ceritanya yang entah ke betul entah ke tidak.

“Ni hah, aku nak bagitahu korang yang kedai Kak Kinah ada budak baru masuk kerja. Hensem sangat. Tak lama lagi kayalah Kak Kinah sebab ramai student especially yang gurl, pergi ke kedai dia sekarang ni.” Hah, kan dah cakap. Memang minah ni suka sangat over!

“Ye ke? Wana kata budak tu biasa-biasa je. Anak saudara Kak Kinah, kan Wana?” Aku cuma mengangguk, mengiyakan kata-kata Yanie.

Malas aku nak layan lebih. Sekarang yang perlu aku fokus adalah eseimen di depanku yang sudah separuh jalan kusiapkan. Tapi, fokusku hilang sebaik sahaja mendengar Fisya membukat cerita lelaki itu. Walaupun mata dan badanku sedang menghadap meja study, telingaku tetap bersedia mendengar apa-apa sahaja cerita yang bakal keluar dari mulut si Fisya kepoh tu.

“Oh, jadi korang dah jumpalah budak tu, eh?” Teka Fisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience