BAB 6

Romance Completed 17293

“Sebab, ni kali pertama saya cuba memasaknya,” terangnya lagi. Aku terdiam. Tidak tahu bagaimana reaksi yang harus kuberikan. Tiba-tiba rasa malu menerjah datang. Mujurlah mukaku sudah sedia merah sebab pedas tadi. Kalau tak, memang segan kalau mukaku merah dengan tiba-tiba.

“Okey je.” Kataku perlahan

“Hah?”

“Masakan awak tu okey je. Cuma saya je yang tak tahan pedas lebih tapi saya rasa nasi tu dah okey,” terangku malu-malu. Sememangnya, masakan dia boleh tahan. Baunya pun dah boleh buka seleraku. Ah, dia tersenyum lagi.

“ Terima kasih. Lain kali, saya akan kurangkan rasa pedas tu.”

“Lain kali?” Tanyaku.

“Yup, lain kali pula. Menu yang lain pula yang saya mahu cuba masak.”

“Jadi, saya ke testernya?”

“Sudah semestinya. Bukan ke awak dah janji nak tolong saya?” tekanya. Senyumannya ketika itu nakal sekali. Cepat-cepat aku usir rasa gelisah yang bertandang.

“Er, air ni, nanti saya bayar,” kataku untuk mengalih perhatiannya kepadaku. Dia ketawa kecil, menampakkan lesung pipitnya lagi.

“Takpe, air ni pun saya belanja,” jawabnya dengan sisa-sisa ketawa yang masih ada.

“Eh, takkan yang ni pun awak belanja juga. Satu gelas saya dah habiskan ni. Air jus pulak tu,” tekanku. Pelik budak ni. Tak marah ke mak cik dia nanti? Senang-senang je dia nak belanja orang.

“Betul. Jangan risaulah. Dia takkan marah pun.”

“Mana awak tahu dia takkan marah? Kalau camnilah gayanya, boleh bangkrap mak cik awak tu.” Aku masih tidak mahu mengalah. Dia mengusap lehernya perlahan-lahan. Sekejap-sekejap melirik ke arahku. Kemudian beralih pula gelas di tanganku. Hairanku di buatnya. Ada sesuatu pada wajahku ke?

“Tu…air saya. Saya sempat minum sikit je tadi. Mujur juga saya tak habiskan. Kalau tak memang naya awak tadi,” katanya sambil tergelak kecil. Apa?? Air dia? Terus aku letakkan gelas yang sejak dari tadi lagi di tanganku ke atas meja. Tindakanku itu mengundang lagi ketawanya.

Ketawanya yang agak kuat itu menyebabkan beberapa pasang mata memandang ke arah kami. Aku sungguh malu saat itu. Dan ketawanya bagaikan tiada henti tatkala dia melihat wajahku kembali merah.

Sejak malam itu, aku secara rasminya menjadi tester kepada masakan si Shafiq tu. Setiap kali dia mencuba resepi baru, pasti dia akan menghantar pesanan kepadaku melalui telefon bimbit.

Kata Yanie, aku tak ubah seperti orang yang dilamun cinta. Mana taknya kalau setiap kali aku terima mesej daripada Shafiq, senyuman tak lekang dari wajahku. Segan juga bila mendengar kata-kata si Yanie itu tapi aku buat-buat tak tahu saja.

Sehinggalah satu petang yang membuat aku menyesal kerana kelanjuran kataku sendiri…

“Wana, aku tengok bukan main mesra lagi kau dengan budak Shafiq tu. Ramai jugak yang tanye aku betul ke kau dengan dia tengah ‘hot’ berkasih sayang,” sembur si Fisya tiba-tiba ketika aku, Yanie dan dia sedang menunggu makanan di Kedai Kak Kinah petang itu. Hampir nak tersembur air yang aku minum bila di ajukan soalan paparazzi yang ‘hot’ begitu.

“Woi! Kau dah tak sayang mulut kau, eh. Ke memang nak rase lempang maut aku,” ancam aku pada minah kecoh tu. Minah ni memang betul nak cari nahas! Cepat-cepat si Fisya menekup mulutnya.

“Kau ni, ganas sangat. Camnelah si Shafiq tu boleh berkenan dengan kau. Entah-entah dia ada problem mata kot.”

“Woi!”

“Sudah. Dah macam Tom & Jerry pulak korang berdua ni. Asal jumpe nak bertekak,” Cepat-cepat Yanie mencelah. Mujur si Yanie ni ada. Kalau tak, memang masuk wad ICU minah kat depan aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience