BAB 4

Romance Completed 17293

“Taklah, Wana je. Dia turun pergi beli makanan malam untuk kitorang petang tadi.” Hah, eloklah Yanie. Kau kaitkan nama aku pula. Sekejap lagi, tak pasal-pasal aku kena soal siasat dengan minah tu.

“Amacam Wana? Budak tu lawa kan?” Fisya cuba memancing.

“Lawa ke tak budak tu, takde kaitan dengan aku. Kau jangan nak tanya soalan pelik-pelik. Aku nak buat eseimen ni. Kau dah siap ke yang kau punya?” Aku cuba mengalihkan topik perbualan. Pelik, tapi aku tak suka nama lelaki itu di sebut-sebut.

“Ala kau ni, macam tak kenal aku. Konfemlah yang kau punya aku copy. Macam biasalah.”

“Eloklah tu. Dari kau bersusah-payah ajak aku dengan Yanie join kau punya group gossip girl tu, meh, tolong aku siapkan kerja ni.” Yanie tergelak mendengar leteranku. Fisya dah buat muka seposen dengan muncung itiknya yang femes..

“Kau nikan. Kalau sehari tak mengenakan aku memang takleh ke? Eseimen tu kan minggu depan baru kene hantar. Rileklah dulu,” rajuk si Fisya.

“Cik kak, bukan ke proposal dengan eseimen Madam Kiah tu kena hantar dalam minggu ni juga. Kau dah siap ke belum yang proposalnya?” tanyaku. Kali ini aku berpusing menghadap Fisya yang sedang berkerut sambil menggaru kepalany a mendengar soalanku. Sah, cik kepoh ni lupa!

“Okey-okey. Aku nak dengar cerita budak baru tu tadi. Fisya, ce citer ape yang kau tahu.” Aik? Tak pernah-pernah si Yanie ni berminat dengan cerita minah tu. Hari ini, tiba-tiba saja excited nak tahu. Tertanya aku di buatnya. Muka si Fisya sudah berseri-seri. Suka benar dia bila ada orang berminat untuk mendengar ceritanya.

“Budak tu kalau tak silap aku, Shafiq namanya. Baru datang dari Johor. Sekarang, dia duk tunggu keputusan U, yang nak masuk bulan 9 nanti tu. Kiranya, budak tu muda tiga tahun dari kita la kan,” sakan si Fisya bercerita. Siap dengan gaya tangannya yang tersendiri lagi! Apa? Muda tiga tahun? Aku benar-benar terkejut. Tak pernah terfikir pun yang lelaki itu muda sebegitu. Tiba-tiba, rasa kecewa terbit dalam hatiku. Pelik, mengapa aku mesti kecewa dengan berita itu. Macamlah aku dah jatuh hati dengan budak mentah sebegitu. Tak mungkin!

“Oh, mudalah sangat. Ingatkan nak juga masuk line,” Yanie cuba melawak.

“Eh, kau ni. Si Epol tu mane kau nak letak?” Dah mula dah perangai si Fisya yang busybody tu.

“Apa pulak untuk aku. Untuk Wanalah,” kata Yanie sambil gelak.

“Apa ni, suka hati je nak kaitkan aku ngan budak tu. Aku tak suke tau, Yanie!” Aku dah mula berang. Aku tahu dia cuma bergurau tapi gurauannya kali ini terlebih. Yanie perasan yang aku tidak suka kata-katanya tadi. Cepat-cepat dia minta maaf sambil membuat muka comelnya. Aish, minah ni. Macam manalah aku nak marah kau kalau asyik buat muka budget comel camtu.

“A’ah, Wana. Cubalah kau ngorat dia. Mana tahu dia berkenan dengan kau nanti. Kau pun single lagi.”

“Amboi Fisya…Sejak bila kau bertukar jawatan dari reporter ke pencari jodoh ni? Korang jangan memandai nak bagi cadangan yang entah apa-apa tu. Dan tolong. Tolong jangan kaitakan aku dengan budak mentah tu.” Tegas kata-kataku. Aku tak mahu mereka berfikir yang bukan-bukan. Kenapa mesti kaitkan aku dengan budak tu?

“Mentah dia pun, tetap jambu,” gumam Fisya. Dia mahu menyambung lagi tapi terhenti bila sebiji bantal kecil yang kulempar jatuh tepat ke mukanya. Menjerit Fisya lantas membaling bantal itu semula ke arahku tapi tersasar. Sudahnya, cerita tentang budak itu terhenti di situ. Di ganti pula adegan membaling bantal dan gossip si Fisya yang lain.

Sejak dari malam si Fisya membuka ceritanya, aku tidak lagi cuba memandang lelaki itu. Aku harus bersikap matang. Kalaulah budak lelaki itu tahu yang aku pernah mengusyanya, mesti malu gila!

Jarang aku berkunjung ke kedai itu. Kalau aku ke sana pun, mesti berteman. Aku sendiri tidak mengerti akan diriku. Antara aku dan lelaki itu tiada apa-apa pun. Kenapa harus aku melarikan diri daripadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience